CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2986|Reply: 21

[Tempatan] lagi artis dapat gelaran datuk!

[Copy link]
Post time 16-12-2017 08:07 PM | Show all posts |Read mode
PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Shamsulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

ADVERTISING

Turut menerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP),Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim dan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Mohd Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk, Mohd Aripin Daud.

Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, seramai 12 individu menerimanya iaituTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Paddy Abd Halim;Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

Penerima lain ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ab Qahar Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Raja Nushirwan Zainal Abidin; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Kementerian Luar Negeri,S Jojie Samuelakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd, Tong Yuw Choy.

Sementara itu, 78 individu pula dianugerahkan DIMP yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff;Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Profesor Dr Nasehir Khan E M Yahya,

Penerima lain adalah Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin; bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd Zulkifli Mohammedengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd, Farah Zarina Johari Faisal Stephen; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Sawalludin Ahmad; Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan Jabatan Penjara Malaysia, Mohd Zawawi Ab Rahim.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 10:42 AM


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... on-aziz-dapat-datuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari negeri pakhang boksit nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:55 PM | Show all posts
tahniah buat atok2 sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wah anugerah dari negri bauksit lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 09:00 PM | Show all posts
low classss takde rega
cc: @azmee06
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali sambut bday Soltan ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan dah takde keja lain ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 09:28 PM | Show all posts
menjadi2 kesoltanan boksit ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggraini Sentiyaki? Itu nama asal pelakon Enny Beatrice ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 09:50 PM | Show all posts
aku harap an artist mcm m.nasir dapat tan sri dari YDPA.kowser pulak legend mcm dia dah sama taraf retis datuk bersepah-sepah skrg.serupa takde nilai
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 10:09 PM | Show all posts
beta is better
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 10:21 PM | Show all posts
kasihan azwan ali tak dapat dato walhal dia dah bermati matian  berusaha berbakti kepada umno

#PrayForAzwan #SerundingAzanTerlajakSedap #KetepiAzwanNakLalu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
1 yg respek dgn tuanku sultan pahang dgn TMP ni diorg tak sentap langsung walaupun selalu kena cam bab pingat dgn masa pegang bola dulu..kalau kat selatan jimbabwe mmg dah ramai ke dalam agaknya

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
perghhhhhh 169.. dah macam budak konvo lak bilangan dia.. tak berketar lutut dia khuensssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sumbangan retis & wife pak denan ni kat society & negara??
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 16-12-2017 01:00 PM
low classss takde rega
cc: @azmee06

perghhhh thorbaik sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2017 01:33 PM | Show all posts
Setahun berapa kali penganugerahan nie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang ni berapa kali setaun keputeraan sultan dia? Taun ni je 2 ke 3x kot dia bg pingat ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam setahun berapa kali birthday sultan Pahang ni? Kenapa bersepah2 sgat pingat datuk dri Pahang ni??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 10:30 PM | Show all posts
royal council has to do something abt this ever so generous datukship!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069761 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list