CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3681|Reply: 2

AKU DI SISIMU [Widuri TV1: Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan

[Copy link]
Post time 17-12-2017 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Aku Di Sisimu
slot Widuri
TV1




Drama terbaru RTM bertajuk "Aku Di Sisimu". Menampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama turut membariskan pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan Bahar. Bermula 17 Disember 2017, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam menerusi slot Widuri TV1.

JUDUL : AKU DI SISIMU
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1
SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Johan Bahar
TERBITAN : KL Motion Pictures
PELAKON : Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Zazo

WATAK PELAKON
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Azhan Rani sebagai Faizal
Haeryanto Hassan sebagai Nasa
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Wan Rania sebagai Sarah
Azzahra Ahmad sebagai Ummi
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Azril

SINOPSIS AKU DI SISIMU
Kisah dilema yang dihadapi oleh Laila, seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.

Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara ‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi ditegah oleh suaminya.

Laila cuba bekerja tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan suaminya. Bapa Laila yang bersimpati dengan Laila yang tidak bekerja telah menyerahkan geran tanah supaya Laila menjual tanah tersebut bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital yang sama En. Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh. Dia yang mengetahui Mira menerima ‘VSS’ menyarankan supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin terus dijagai oleh Mira.

Laila yang mula bekerja terpaksa berkejar-kejar setiap hari untuk menguruskan anak-anak, menyiapkan kerja di pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital. Mira yang bersimpati dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual-bual. Mira memberitahu dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila tetapi tidak cukup modal kerana kosnya tinggi. Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapat sokongan daripada ayahnya.

Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Pelbagai halangan terpaksa mereka lalui.

Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Homestay aku duduk ni dpt channel RTM je. Terpaksa la hadap chanel mak aku ni. Kenapa teruk sangat drama ni? Meleret2. Cerita survey kedai dan plan party anak pun dah dekat nak abis 1 episode. Harapkan Fouziah Ghous je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Homestay aku duduk ni dpt channel RTM je. Terpaksa la hadap chanel mak aku ni. Kenapa teruk sangat drama ni? Meleret2. Cerita survey kedai dan plan party anak pun dah dekat nak abis 1 episode. Harapkan Fouziah Ghous je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059475 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list