CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4897|Reply: 11

Apa Yang Dilakukan Oleh Wanita Israel Ini Terhadap Bayi Mangsa Berbangsa Palesti

[Copy link]
Post time 18-12-2017 04:12 PM | Show all posts |Read mode




Nilai Kemanusiaan tanpa batasan! Lihat apa yang dilakukan oleh wanita Israel ini terhadap bayi mangsa berbangsa Palestin

Seorang ibu warga Palestin yang tercedera tidak berupaya untuk menyusukan anaknya. Kemudian hadir seorang jururawat wanita Israel membantunya.

Konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel dalam perebutan tanah dan kawasan seakan tidak akan pernah berakhir walaupun perbalahan itu sudah lama terjadi.

Kedua-dua negara cuba menuntut tanah yang dikatakan milik mereka masing-masing. Sehingga kini, peperangan dan pembunuhan dilihat sebagai langkah dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Disebabkan konflik yang berlaku, rakyat Palestin dan Israel hidup dalam keadaan saling bermusuhan. Walau bagaimanapun, ada antara mereka yang tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu untuk saling membenci.

Seorang jururawat di Jerusalem telah membuktikan bahawa nilai kemanusiaan memenangi segalanya. Dia menunjukkan bahawa para ibu perlu berdiri bersama, tidak kira bangsa dan negara asal mereka.

Pada tarikh 2 Jun 2017, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang bapa warga Palestin mengalami kemalangan dengan sebuah trak bersenjata di Jerusalem.

Kereta tersebut membawa seorang perempuan iaitu isteri pemandu serta seorang bayi bernama Yaman yang berusia sembilan bulan. Bapa Yaman terbunuh dalam kejadian kemalangan tersebut manakala ibunya mengalami masalah kecederaan kepala yang serius.

Mangsa kemalangan tersebut dibawakan ke Hospital Hadassah Ein Kerem di mana ibunya berdepan dengan kecederaan yang serius. Yaman juga mengalami kecederaan ringan, tetapi masalah terbesar bagi Yaman ialah dia masih menyusu badan. Susu ibunya adalah satu-satunya sumber makanan baginya.

Apabila seorang jururawat wanita berbangsa Israel, Ula Ostrowski-Zak memulakanshiftnya, Yaman masih menangis kerana kelaparan di bilik kecemasan sudah lebih 7 jam. Tiada siapa yang boleh menyusukan beliau menggunakan botol.

Makcik Yaman bertanyakan kepada Jururawat Ula jika dia boleh mencarikan sesiapa yang boleh menyusukan Yaman. Memandangkan Ula seorang ibu yang masih menyusukan bayinya, jawapannya sudah jelas.


Sepanjang tempoh shift kerja beliau, dia sudah menyusukan bayi tersebut sebanyak lima kali. Ula memberitahu Ynetnews bahawa makciknya sangat berterima kasih dengan tindakannya.


Makcik Yaman sangat terkejut dan memberitahu bahawa tiada wanita Israel yang sanggup untuk menyusukan bayi Palestin yang tidak mereka kenali.

Ula juga membantu mencari mereka yang sukarela untuk menyusukan Yaman selepas waktu kerjanya tamat.

Selepas Ula meminta bantuan untuk menyusukan Yaman di laman kumpulanFacebook La Leche League, dia menerima lebih seribu maklum balas dari golongan wanita yang sukarela mahu membantu dan memastikan Yaman mendapat makanan dan tidak berada dalam keadaan lapar.
“Makciknya (Makcik Yaman) terkejut kerana seorang warga Israel sanggup dan rela untuk menyusukan dia (Yaman), tetapi saya memberitahu dia bahawa setiap ibu sanggup melakukan perkara tersebut,” Ula memberitahu Ynetnews.


Perang mungkin sedang rancak berlaku dan politik mungkin kotor, tetapi kisah ini menjadi contoh mengenai kasih sayang yang dikongsi bersama oleh setiap ibu. Nilai kemanusiaan dan cinta tanpa batasan mengatasi segalanya.

Era Baru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 11:40 AM | Show all posts
Naluri seorang ibu..tak kira la siapa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:57 PM | Show all posts
Wah syabas buat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 11:54 AM | Show all posts
syukurlah masih ada nilai kemanusiaan dalam jiwa ula.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 03:43 PM | Show all posts
tak semua yahudi itu zionis....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:29 AM | Show all posts
Sebenarnya tak semua bangsa Israel tu jahat & kejam...ade ramai jer baik, ade jer yang best friend they all orang muslim kat negara dia sana tu, & ramai juga orang Israel respect agama islam serta beberapa agama yang lain. My singaporean friend pernah sampai tel aviv...dia citer kat sana ade mosque & bilal bebas laungkan azan serta penceramah bebas memberi ceramah agama dengan guna pembesar suara kat masjid...so far tiada masalah kebebasan beragama di sana. Sebenarnya tidak hairanlah kalau dari 25 orang rasul kita sebahagiannya keturunan bani Israel sendiri seperti nabi yaákub, nabi ishak, nabi ayub, nabi ibrahim, & beberapa orang lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 11:32 AM | Show all posts
ex_klia replied at 3-1-2018 10:29 AM
Sebenarnya tak semua bangsa Israel tu jahat & kejam...ade ramai jer baik, ade jer yang best friend t ...

betul... bukan semua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:00 AM | Show all posts
x semua israel itu jahat. ada kugak isreal y x setuju ngan serangan bangsa dia pd palestin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 06:54 PM | Show all posts
sana pn ramai arab israel,
duk jadi warganegara israel
tapi dlm tentera, dorg xkn dpt apply jawatan tinggi
psl zionis tkkn pcaya dorg.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:27 AM | Show all posts
ralph lauren, stephen curry shoes, the north face outlet, nike.dk, memphis grizzlies jersey, valentino outlet, soccer shoes outlet, new balance, supra footwear, oakley sunglasses, converse outlet, air max, longchamp outlet, fred perry polos, skechers outlet , hollister clothing, hollisterco, rolex, burberry outlet online, vans schuhe, philadelphia 76ers jerseys, coach factory outlet, north face jackets, christian louboutin shoes, cheap true religion, fred perry outlet, burberry outlet, baseball bats, pandora charms, saints jerseys, birkenstock outlet, omega watches, washington wizards jersey, chicago bulls jersey, oakley sunglasses, ferragamo shoes, coach outlet online, ray ban wayfarer, michael kors canada, marc by marc jacobs, titans jerseys, chiefs jerseys, jimmy choo outlet, hermes bags, oakley sungalsses outlet, michael kors outlet online, hollister online, omega watches, ray bans outlet, tommy hilfiger outlet stores, asics gel, giants jerseys, coach outlet online, air jordan, new york knicks, adidas, portland trail blazers jersey, hogan, ray ban sunglasses outlet, birkenstock deutschland, michael kors, celine bags, burberry outlet online, air max, giuseppe shoes, purses and handbags, baseball jerseys, oakley sunglasses, supra footwear, cheap oakley sunglasses, soccer shoes, michael kors outlet online, the north face, ralph lauren polo, nike air max 90, nike roshe, ralph lauren outlet, michael kors canada, ed hardy clothing, chargers jerseys, baseball jerseys, chrome hearts, coach outlet, rolex watches for sale, jerseys from china, nike air force, michael kors purses, prada outlet, michael kors outlet, coach store, adidas.se, huarache, air jordan shoes, barbour outlet, ray ban sonnenbrillen, air jordan retro, hollister clothing store, new balance, cleveland cavaliers, nike outlet, reebok, michael kors v?skor, mcm handbags, michael kors bags, bcbg max, coach factory shop, packers jerseys, oklahoma city thunder jersey, oakley vault, louboutin shoes, babyliss pro, adidas superstar, longchamp, adidas online, michael kors outlet online sale, jerseys from china, cc beanies, milwaukee bucks jersey, coach outlet, coach black friday, beats by dr dre, swarovski jewelry, ferragamo shoes uk, rolex watch, 49ers jerseys, true religion jeans outlet, cheap michael kors, fitflop outlet, oakley sunglasses cheap, beats headphones, nike roshe, cheap oakley, nike shoes, tory burch outlet, burberry handbags, juicy couture handbags, nike air max thea, burberry sale, coach outlet online, baseball jerseys, veneta, softball bats, ralph lauren outlet, oakley, boston celtics jersey, skechers, nike schuhe, michael kors, ralph lauren outlet online, ray ban sunglasses, mizuno wave, oakley frogskins, polo outlet store, prada, buccaneers jerseys, burberry sale, chi flat iron, chi hair, rolex watches, iphone 5s cases, ray ban, rams jerseys, cheap michael kors, skechers, true religion jeans, nfl jerseys, ecco outlet, pandora schmuck, michael kors outlet, michael kors outlet online sale, ralph lauren outlet, christian louboutin shoes, minnesota timberwolves jersey, oakley, hogan outlet, burberry sale, nike store, true religion outlet, detroit pistons, timberland outlet, puma online, burberry outlet store, michael kors, air huarache, michael kors taschen, burberry, pandora, panthers jerseys, michael kors outlet online, mcm backpack outlet, michael jordan, azcardinals jerseys, swarovski, oakley vault, nike free run, north face, kate spade outlet online, cheap nba jerseys, air max, hilfiger online shop, tory burch, oakley, nike air max, nike air max, nike huarache, oakley sunglasses outlet, prada outlet, oakley outlet, plein shoes, coach outlet store online, moncler mens jackets, fidget spinner outlet, timberland boots, cheap nfl jerseys, patriots jerseys, indoor soccer shoes, louboutin, mcm backpack, san antonio spurs jerseys, long champ, barbour jackets outlet, giuseppe zanotti sneakers, bottega veneta, coach factory outlet, texans jerseys, ray-ban sunglasses, barbour jackets, woolrich outlet, roshe run, new balance outlet, zapatillas nike, coach factory, cheap ray ban, heat jerseys, nike shoes, ralph lauren outlet online, roshe run, ralph lauren polos, prada sunglasses, replica watches, vikings jerseys, air max, oakley sunglasses outlet, ferragamo shoes, ferragamo, orlando magic jersey, coach outlet online, air yeezy shoes, new balance, versace outlet online, ray ban outlet, ralph lauren, long champ, birkenstock shoes,
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 03:40 AM | Show all posts
naluri seorang ibu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat hidayah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.447090 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list