CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2467|Reply: 5

Umpama Neraka Dunia, 7 Penjara Paling Kejam Pernah Wujud Atas Muka Bumi

[Copy link]
Post time 20-12-2017 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Kes Cikgu Azizan baru-baru ini mendapat liputan daripada pelbagai pihak yang prihatin.


Namun kemenangan berada di pihaknya, dan menyebabkan Cikgu Azizan terselamat dari hukuman penjara dan denda yang sepatutnya tidak berlaku dalam kerjaya mulia seorang guru.


Namun begitu, tahukah anda di manakah penjara  yang paling kejam pernah wuud muka bumi ini? Kalau masuk ke sini umpama berada di neraka dunia. Jom semak!


Bang kwang Prison (Thailand)


Sumber: buriramtimes.com


Digelar Bangkok Hilton dan terletak hanya 7 kilometer dari ibu kota Thailand, Bangkok. Penjara ini sangat terkenal dengan penyeksaan para banduan. Bukan setakat itu, mereka juga ditempatkan dalam sel kecil dan sempit kerana terpaksa bersesak-sesak dengan banduan yang lain. Antara yang menyedihkan adalah para banduan yang akan dihukum mati hanya akan tahu mengenainya beberapa jam sahaja sebelum perlaksanaan hukuman dijalankan melalui suntikan maut. Dalam tiga bulan pertama, mereka terpaksa menggunakan rantai yang diikat di kaki.


Alcatraz Island Prison (USA)


Sumber: prisonhistory.net


Penjara ini terkenal pada tahun 1920-an dengan nama “The Rock” atau “Devil’s Island”. Ini adalah antara penjara paling kejam di USA kerana pembinaannya dirancang secara terperinci untuk mengelakkan banduan melarikan diri dari sini. Di dalamnya mereka mencipta dunia mereka sendiri. Penjaga banduan yang kasar dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan ramai banduan yang mengalami gangguan mental akibat tekanan perasaan yang luar biasa. Ada peraturan tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain. Sekiranya mereka ingkar, ada hukuman berat menanti.


Diyarbakr Prison (Turki)


Sumber: dailysabah.com


Antara tahun 1981 sehingga 1984, seramai 34 banduan telah mati disini kerana penyiksaan berlebihan melalui fizikal mahupun mentalnya. Ini tidak termasuk penyeksaan mental secara seksual. Ramai sebenarnya melakukan protes terutama kekejaman terhadap penyeksaan seksual banduan terhadap pengurusan penjara, naum tidak berhasil. Ada yang mogok makan dan ada juga membakar diri mereka, namun ianya ternyata sia-sia. Penyeksaan dalamnya sangat mengerikan dan tidak hairan jika penjara ini termasuk dalam senarai penjara paling menyeramkan dalam dunia.

Gitarama Prison (Rwanda)


Sumber: newtimes.co.rw


Bayangkan kita bersesak dalam ruangan yang sempit sehinggakan nak membuang air besar pun terpaksa berdiri. Itulah yang terjadi di Gitarama, Rwanda selepas salah sebuah penjara mereka yang sepatutnya menempatkan seramai 500 tahanan disumbat sehingga 6000 orang dalam satu-satu masa. Kaki para banduan ramai terpaksa dipotong kerana membusuk dan sakit selepas mereka terpaksa berdiri dalam najis mereka sendiri. Jika kaki mereka tidak dipotong, mereka akan mati secara perlahan-lahan.





La Sante Prison (Perancis)


Sumber: lefigaro.fr


Terletak di Paris, Perancis dan Penjara La Sate ini terkenal dengan tempat yang sangat kejam kerana di dalamnya mereka menggunakan hukum rimba. Sistem itu meletakkan siapa yang kuat maka mereka akan berkuasa. Hal ini telah menyebabkan ramai banduan yang lemah di dalamnya tertekan dan ditindas. Mereka juga hanya diberi peluang sehari 4 jam sahaja untuk keluar dari sel untuk mengurangkan tekanan di dalamnya. Namun penjara ini tetap termasuk dalam senarai penjara paling kejam di dunia.


Guantanamo Prison (Cuba)


Sumber: humor.gunaxin.com


Penjara ini terletak di Teluk Guantanamo seluas 117 km per segi. Ianya adalah kompleks penjara di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan turut menempatkan sebahagian dari pengkalan angkatan laut Amerika Syarikat. Kem ini terkenal pada tahun 2002 selepas sebahagian penghuninya adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afganistan atau sesiapa sahaja yang dirasakan terlibat dalam serangan terhadap bangunan World Trade Centre pada 11 September 2001. Kem tahanan itu terdiri dari 3 iaitu Kem Delta, Ignuana dan X-Ray. Hanya dua sahaja masih beroperasi kerana kem X-Ray telah ditutup. Jumlah tahanan dalam Kem X-Ray berjumlah 660 orang dan berasal dari 44 negara. Mereka semua disabitkan dengan tuduhan sebagai sebahagian pengganas antarabangsa.



Carandiru Prison (Brazil)

Sumber: bentavener.com


Pada tahun 1992 berlaku tragedi rusuhan paling terbesar dalam penjara pada ketika itu. Tragedi pembunuhan itu melibatkan ratusan mangsa terkorban, 103 orang banduan dikatakan terbunuh, ada sumber lain mengatakan 111 orang. Perang antara kumpulan dalam penjara antara cetusan kekecohan dalam penjara, kemudian polis datanng untuk mengawal keadaan. Sebenarnya sebahagian besar banduan telah menyerah kalah dengan meletakkan senjata mereka dan meminta perlindungan polis, tapi permintaan mereka itu dibalas dengan polis menembak mereka.
Seram! Kalau 'termasuk' ke sini memang dah tak boleh kata apa dah. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2017 12:32 PM | Show all posts
omaiiigodddd....ngeeeriiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 01:55 PM | Show all posts
memang azab la
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh tadak!!! Sangat menyeksakan{:stress
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:38 PM | Show all posts
gitarama prison plg ngeri skali..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara yg ada kat msia nie pon aku x sanggup nak masuk...
Seram.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.257802 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list