CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5866|Reply: 42

Berbelah bagi

[Copy link]
Post time 21-12-2017 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku nak minta pendapat korg. Ok aku start

Aku dah masuk 27. Masa umur aku 15 tahun aku ada couple dengan sorang budak ni umur sebaya. Kita nama kan dia Bob. So kita orang couple selama 3 tahun, 18 tahun lah umur kita orang. Lepas tu aku masuk college, dia pergi plkn. Lepas spm hubungan kitaorang dah tak berapa baik. Sebab dia ingat aku ada lelaki lain which is not. Dia bla tanpa bagi aku any penjelasan. Which is buat aku memang depressed masa mula masuk college tu. Then after sometimes, aku dah ok. Aku tak lupa kan dia tapi aku dah separuh move on. Aku masih ber harap dia datang balik.

Then setahun lepas tu, aku pindah oversea. Aku dengan bob terus hilang contact. Time tu bob tak ada Facebook so tak boleh nak contact kan. 2 tahun lepas tu aku balik Malaysia, aku Cuba cari dia tapi tak dapat. Setahun lepas tu aku balik, aku dapat number dia aku ajak dia jumpa. Tapi time tu dia dah ada gf. Aku pun ok lah, biasa jela kan. Then aku balik tempat aku balik. Lepas tu aku langsung tak balik Malaysia lagi. 5 tahun aku bawa diri.

2016 Bob bertunang. Tunang dia muda 6 tahun dari kitaorang. Sepatut ikat setahun tapi tunang dia kata tak sedia so now dorang tak ada date bila nak kawen. Tunang dia pernah kantoi curang banyak kali. Tengah tahun 2017 aku balik Malaysia sebulan. Bob org pertama aku jumpa bila aku touch down. Aku suruh dia jemput aku. But before aku balik tu, dalam bulan January 2017 kitaorg dah start contact balik. Contact macam biasa lah, FaceTime hampir setiap hari. Aku punya lah happy dapat finally jumpa dia.

Ktorang lepak hampir setiap hari. Time ni bob dah tak bercakap dengan Tunang dia. Tunang dia dekat Shah Alam, bob dekat Melaka. So sepanjang aku dekat sana, aku banyak spent time dengan Bob. Pagi sebelum aku nak balik tu, aku cakap dengan Bob aku sanggup tunggu dia. Kalau dia tak jadi kawen, aku sanggup kawen dengan dia. Tapi bob tak boleh bagi aku jawapan sekarang.

Now kitaorg masih contact, FaceTime everyday but aku tak tahu dia anggap aku apa. Aku sanggup tunggu dia tapi aku tak nak nanti di pengakhiran dia kata dia nak terus kan dengan Tunang dia tu. Aku sanggup balik duduk Malaysia kalau dia betul nak kan aku dan kawen.

So aku sekarang ni berbelah bagi nak terus kan tunggu dia or walk away. Aku sayang bob ni, family aku semua tahu pasal bob.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
pendapat saya

jangan ganggu tunang orang
jangan jadi penunggu
doa banyak2 supaya Allah mudahkan jodoh walaupun di mana jodoh berada
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Awk tau dia tunang org, still awk kacau dia? Tunang dia curang is none of ur bisnes. Let them settle la
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
move on jelahhh
tunang orang kot
biar dia ada masalah mcmana pon dgn tunang dia..status x berubah sslagi x putus..
kang uols kena kecam cm.izreen..nakmtak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, tunangan orang tak boleh dikacau ye. Move on ajelah. Ramai lagi lelaki lain out there. Kalau Bob ni suka TT, dari dulu lagi dia dah confess & work for it.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 08:50 AM | Show all posts
umur sudah 27thn...kalo nk tnggu pon bajet dlm 1 tahun jaa..kalo still mcmtu gak, plz move on kawen dgn lelaki lain. Jgn buang masa dgn benda yg u sendiri pon x pasti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2017 09:00 AM | Show all posts
Bob tak boleh bagi jawapan maksudnya dia tak nak kat kau kot?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya kau neh.  Kalau di biarkan berlarutan ada potensi jadi Yizrenn Yizrael
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 09:43 AM | Show all posts
hal dia dengan tunang dia jangan masuk campur.

tunang dia mencurang dengan orang lain, si bob ni pun boleh kata mencurang dengan u.


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 10:26 AM | Show all posts
awak pun sama menggatal dengan si bob lagi mau mengata tunang dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 11:00 AM | Show all posts
confirm2 si bob dh ada tunang kot, common sense please. Kalo pompuan lain menghimpit tunang kita, ko rasa pompuan tu sejenis macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 11:22 AM | Show all posts


Apa ciri-ciri Bob yang sampai adik setia habis dengan dia? Dari cerita adik nampak macam adik ni yang terhegeh-hegeh dengan Bob. Kenapa Bob nak bertunang dengan orang lain bukan dengan adik? Kalau dengan tunang dia boleh beralih kasih pada adik tak mustahil dia akan buat perkara sama pada adik jugak

Jangan dengar cerita sebelah pihak. Cuba adik contact tunang Bob untuk dengar kepastian betul ke tunang Bob tu curang. Akak rasa Bob ni yang curang sebenarnya.

Zaman sekarang, kualiti lelaki yang baik yang patuh pada agama dan hati yang ikhlas sangat susah dicari. Yang banyak sekarang lelaki jenis nak kikis duit perempuan yang berkerjaya supaya hidup senang. Cuba bayangkan adik ni tak ada duit dan tak berkerjaya, rasa-rasanya Bob ini nak ke berkawan dengan adik?

Nak cari pasangan biarlah yang nak susah senang bersama-sama.

Jawapan ada di tangan adik. Dan pilihan ada di tangan adik. Sebelum terikat siasat habis-habis latarbelakang bakal pasangan anda. Jangan percaya sebelah pihak.

Yang penting: SAYANG DIRI SENDIRI DAHULU SEBELUM SAYANG ORANG LAIN

Maaf jika bahasa akak terkasar.


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 11:50 AM | Show all posts
Suruh je la that guy istikarah. Mintak petunjuk kat Allah.

Kau pon, kalau dah tunang esok, ada girl lain duk facetime dgn tunang ko, jgn la hangin ok. Tak kira la tunang that guy to player, but kita jgn buat org. Esok2 kena kat kita balik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 02:57 PM | Show all posts
u bagi nama BOB
i terbayang dia berbadan besar, gems dan gelap
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 03:49 PM | Show all posts
One thing for sure, walau u dah terus terang kat bob tapi die tak boleh bagi jawapan maksud nya die tak nak pun kat you... so move on... jgn kacau tunangan org...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 05:39 PM | Show all posts
emmm... sy tau awak syg dan cinta kat dia.. mcm sy dulu tau ada seseorg suka kat sy tapi sy boleh pilih org lain setelah org yg suka kat sy telah pindah sekolah.. boy tu pindah sekolah masa form 4 dan sy rapat dgn sorang nie form 5.. sedangkan sy sebelum tu x pernah rapat mana2 budak lelaki pun, tapi boy yg sy maksudkan yg selalu kacau memberi kesan pd sy, sampaikan masa form 5 sy ada BF itu tu BF sy budak baru pindah dr sekolah lain. tapi lepas spm sy jumpa Boy nie dan dia luahkan perasaan sampai sy pun x terkata..
knapa masa boy tu sebelum pindah sy x melayan budak lelaki tapi lepas boy nie pindah sy boleh plak kawan dgn budak lain jadi BF plak tu... saya xde jawapan tapi sy mmg ada rasa sunyi sejak boy pindah...
so awak jgn terlalu mengharap... jodoh tu akan dtg sendiri klu Bob tu susah nak beri jawapan sbb Boy pun mengharap sesuatu yg belum pasti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik.. akak nak nasihatkan adik ya.. takut bob tu buat kan tempat persinggahan je. Nnt last2 dia balik ngan tunang dia balik. Lagi pun dia mesti nak jaga ego dia.. tak nak la putus tunang kan.

Pada pendapat akak la dik kan.. adik doa byk2.. mintak dekat Allah, kalau dia untuk adik.. permudahkan lah. Kalau dia bukan utk adik, hilangkan lah perasaan adik pada dia dan berikan lah terbaik untuk adik.

Mintak kat Allah dik. Put your trust in him.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:03 PM | Show all posts
U kata tunang Bob tu curang. Tapi Bob tu tak curang ker dengan u? U rasa tunang Bob tu tau ker hubungan korang yang tetiap hari contact facetime bagai. Tolong berhenti kacau tunang orang. Jangan rosakkan hubungan diorang. Kecuali la kalau Bob tu dah confirm putus tunang. Kalau jodoh tak ke mana sis tapi buat masa ni PLEASE BACK OFF.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 02:18 PM | Show all posts
Aku baca sikit je which aku rasa ko byk sgt buang masa..
Ape dlm donia ni ade sorg aje ke lelaki?? Tunang org pulak tu..

Aku suggest ko p carik laki lain yg berkualiti.. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 02:39 PM | Show all posts
Nampak sangat kau yang terhegeh2 kat bob tu dik. Andai kata satu hari nanti korang akan berkahwin. tetiba2 ex tunang dia kacau bob tu (aku sure bob akan layan sebab bob sayang tunang dia tu) jangan pulak berduka lara ye...Biar bersedih sebelum kahwin jangan selepas kahwin.

Kita ni nak cari lelaki untuk berkahwin biarlah cari yang betul-betul sayangkan kita, nak berkahwin dengan kita. bukannya dengan lelaki yang tak jadi kahwin dengan orang yang dia sayang, baru kahwin dengan kita.

Masa dia bertunang, dia boleh curang dengan kau tak mustahil bila berkahwin dia akan senang-senang curang
  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074367 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list