View: 3387|Reply: 13
|
Gara-Gara Justin Bieber, Selena Gomez Derhaka Dengan Ibu Sendiri
[Copy link]
|
|
Hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber kebelakangan ini jelas sekali menampakkan titik perdamaian antara mereka.
Namun sayangnya, terdapat halangan yang perlu ditempuhi oleh mereka untuk meneruskan hubungan ini.
Mandy Teefey, ibu Selena naik darah dengan sikap anaknya sehingga dia dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles.
Foto: Carian Internet
Ternyata ibunya tidak merestui hubungan baik mereka sehingga tercetus ‘perang besar’ ketika mereka berbual tentang Bieber.
Menurut sumber, Selena telah berterus terang dengan ibunya yang mereka sudah menghabiskan masa berduaan dan ini menyebabkan mereka anak-beranak ini bertengkar.
Foto: IG Selena Gomez
Doktor datang membuat pemeriksaan terhadap ibunya di sebuah hotel yang bertempat di Los Angeles setelah dihubungi oleh ahli keluarga Selena.
Kisah penyanyi lagu Fetish dan Bieber ini kembali hangat sebaik sahaja Selena berpisah dengan penyanyi The Weeknd. Dia juga menafikan hubungan yang retak ini bukanlah disebabkan Bieber.
Foto: IG Justin Bieber
Peluang baik ini tidak disia-siakan Bieber untuk kembali menawan hati Selena tambahan pula pada September lalu Selena telah menjalani pembedahan buah pinggang dan itu menjadikan Bieber lebih menghargai hubungannya dengan Selena.
Netizen pula di laman Twitter berpendapat Bieber sepatutnya menjauhkan diri dengan Selena kerana keluarganya tidak menyukai mereka bersama.
Foto: Twitter I Saw Him
Bieber seakan telah berjaya mencuri hati Selena walaupun mengetahui tentangan keluarga tetapi sehingga kini belum ada perkongsian lagi tentang status kedua-duanya.
Mesti teruk Selena bergaduh dengan ibunya hingga masuk hospital. Sanggupkah Selena melupakan Bieber demi ibunya? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selena ni cinta mati betol kat justin |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya this 2 lovebirds, cinta tidak direstui |
|
|
|
|
|
|
|
sian 2 org ni............... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa mak selena x suka bieber rupanya. hbs la cinta terhalang |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan tadi mak selena ni amy adam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amirah ni faham english ke tak? Kan tweet tu cakap pasal justin kena jauhkan diri family selena n selena sbb depa toxic. Bukan justin yang toxic. Takda kaitan ngan artikel. |
|
|
|
|
|
|
|
so mak salena nk jd nyonya mansur??
allah kasssimmmmm!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah chuols.
#CintaPastiMenang
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu diaorh bercinta elok ajekan? i dah lupa kenapa mak selena tentang habisan percintaan diaorg? dgn si gorilla player tu mak dia ok pulak ya. ujung2 break juga |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mungkin mak dia dah tak percayakan Justin kot sejak diaorang dah berpisah dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
i suke je couple ni together....cute |
|
|
|
|
|
|
| |
|