CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6113|Reply: 42

Pengalaman sendiri

[Copy link]
Post time 21-12-2017 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman yang pernah terjadi pada diri sendiri. Kalau ada yang sudi baca sy akan cerita segala kejadian yang pernah terjadi pada diri sy sendiri dari zaman sekolah sampai lah ke ipt. Di rumah sendiri pun sy pernah kena dgn benda ni semua. sy masih lagi newbie kalau ada silap ke minta maaf ye, dan bagi tunjuk ajar ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2017 03:35 PM | Show all posts
Ni masa zaman sekolah menengah. Masa tu baru je form2 dah duduk hostel. Bukan asrama penuh pun. Harian biasa je. Mybe bagi korang tak seram kot. tapi bagi aku seram... Sebab tu 1st time aku nampak benda tu depan mata aku sendiri sampai aku demam seminggu .

Kakak aku pun sekolah situ juga tapi masa form4 dia dah ke sekolah lain. Aku je yang duduk situ. Tu parents aku suruh duduk asrama sbb senang. Kakak aku pernah bagitahu yang asrama ni memang ada kes misteri. Asrama ni 4 tingkat, yang tingkat 4 ni mmg takde pelajar duduk pun. Maklumlah sekolah aku sekolah harian biase je kan. Budak kat sekolah ni rumah dekat jee.. Yang duduk asrama pun pelajar yang budak pulau redang jee.. Kalau pelajar ramai yang duduk asrama, mmg akan guna lah bilik dekat tingkat 4 tu.. Tapi memang jarang sekali kot.. Kakak aku pernah bagi tahu yang asrama ni kat tingkat 4 tu ada seorang 'nenek' . Masa tu aku budak lagi. Aku x tahu benda tu ape. Form 2 bru kot. Masa tu memang aku x percaya..

Ada jugak akak senior ni.. Dia bagitahu dekat org bilik aku ni suruh hati2 sikit, jangan duk bising je malam2  sebab masa tu bilik aku kalau keluar bilik je memang bertentangan dengan bilik tingkat 4 tu.. Dia sendiri yang bagitahu kes nenek tu. Tingkat 4 ni dia hanya ade 4 bilik je.. 4 bilik tu mmg nenek tu semua jaga.. ni yang aku tahu dri akak senior tu sendiri lah.

Nak dijadikan cerita. Asrama memang wajib lah kan sembahyang maghrib berjemaah.. aku dengan kawan aku sorg ni lambat sikit. sbb masa tu sekolah aku 2 sesi. aku ni sesi petang, habis sekolah pun pukul 630petang.. nak makan malam lagi.. nak mandi pergi solat lagi kan.. kitorang memang lambat lah masa tu. tapi aku yang lambat sekali . Tapi aku suruh lah kawan aku ni tunggu aku. yelah kawan kot , tunggu lah kejap. bila aku keluar je dri bilik air terus ke bilik aku tu.. kawan aku takde pun. aku bagi nama dia 'F'. masa tu memang aku marah giler kot. yelah dahlah lewat sesame. tapi dia tinggal je aku. aku suruh dia tunggu. sakit betul hati aku. Aku bersiap lah dengan telekung bagai..  Aku keluar je bilik aku tu.. aku rase macam ade something tengah tgk aku.. perhati je aku.. dengan tengah cari selipar utk pakai.. aku pun terpaling lah ke tingkat 4 tu.. syok giler benda tu tgk ke arah aku memang terpaku aku sekejap.. lepas tu aku slow je jalan , turun tangga dan ke surau.. mmg aku duk fikir je tu ke nenek.. dengan rambut putih, bertongkat..

lepas selesai solat di surau. si F ni tegur aku. dia kata "kenapa aku tinggalkan dia?" aku kata lah mana ada aku tinggal dia sedangkan aku dalam bilik air tengah mandi.. dia kata masa tu.. dia nampak aku ni x bercakap pun dengan dia dalam bilik air, dia memang dah pelik.. lepas tu dia kate aku ni keluar bilik begitu je.. dengan senyap .. F ni panggil pun , aku buat biase je dia kata.. tu dia ingt aku ni dah pergi surau..

sebenarnya masa si F tengah mandi , aku duduk kat bilik sebelah.. bagitahu dekat budak junior yang aku dgn si F ni lambat sikit.. lepas aku nak masuk bilik air tu.. aku tengok  si F ni dah siap mandi. tu aku bagitahu kat dia dlm bilik air tu yang suruh tunggu aku kejap.. bila aku cerita yang masa dia mandi aku ke bilik sebelah tu.. senyap sekejap si F ni... si F ni kate "ada jugak yang nak teman aku mandi" Pagi tu memang kitorang demam.. dan parents kitorang datang ambil.. lama jugak lah kitorang dpt mc.. siap kena tulis surat lagi ke guru kelas masa tu sebab demam teruk sngt.. Esokkan kitorang balik ke rumah tu, malam tu jugak lah ada histeria kat asrama kitorang.. naseb lah masa tu aku x duduk asrama. kalau x memang takut bebenor aku. tu lah kali pertama aku nampak tu semua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Best...teruskan TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang nampak 'nenek'  tu ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2017 04:21 PM | Show all posts
ni kisah bukan pada diri aku sendiri, tapi ni apa yang terjadi dekat kakak aku sendiri. masa ni family aku semua pergi hantar kakak aku yang atas aku pergi sambung belajar dekat kedah. gelaran aku panggil dia " kak E" .  rumah aku ni, rumah tok kepada mak aku ni.. kira parents aku duduk dan ubah suai rumah tu.. masa tahun tu atuk aku ni duduk dengan family aku.. parents aku x bawak lah dia pergi ke kedah ni sebab perjalanan jauh.. nanti dia lenguh badan kan susah pulak kan.. so mak aku arahkan anak dia yang sorg ni. kakak aku untuk jaga atuk aku ni.. aku bagi gelaran "kak A".. masa kitorang pergi tu perjalanan lancar alhamdulillah.. sewa homestay.. dan malam tu.. aku tido awal.. semua org x tidur lagi.. aku je tido..

bangun pagi tu, kak E ni bagitahu lah kat aku. 'terlepas something" , aku pun ape? dia kata nantilah.. x pun tanya mak sendiri.. aku pun ok laa... lepas makan pagi tu semua.. aku nampak mak aku ni call kak A aku ni.. tnye macam mana keadaan kat sana. lepas pada call tu semua.. aku pun tanya lah kenapa mak? mak aku pun kata yang aku belum cukup umur lagi x boleh tahu masa tu aku baru je umur 15tahun haha.. bwh umur lah kot.. tkpe, aku cuba korek jugak cerita dekat kakak aku ni semua. maklumlah aku ni bongsu dalam keluarga aku.. kakak aku ni ramai.. so boleh lah korek cerita ni semua huhu.. aku tanya lah kak E ni apa yang dah jadi.. dia kata semalam.. kak A aku ni tinggal berdua je dgn atuk aku kat kg.. atuk aku ni aku rasa dia ni dah nyanyok.. dan mmg makan minum semua mmg kne sediakan utk dia kat dapur.. kira atuk aku pergi jee ke dapur tu..

ni apa yang kak E aku cerita..
malam yg aku tido nyenyak gile tu.. kak A aku ni ada call mak aku.. memang bnyak kali dia call.. mak aku pun call dia balik mcm pelik je kan call malam2.. lepas tu kakak aku suara mcm ketakutan.. dia cerita yang lepas je sediakan makan minum atuk ni.. atuk siap makan semua.. atuk duduk lah kat sebelah kak aku ni.. kak A aku ni ckp masa tu mmg semerbak bau atuk aku ni.. bau org2 tua kan.. mcm tu lah. atuk aku ni dia ni jenis x mesra dgn cucu.. x pernah ckp pun dgn cucu dia..dan dia ni ade masalah pendengaran sikit.. saat tu, atuk aku bagitahu lah dkt kak A aku ni yang mari lah tido sekali dengan atuk.. kak A aku pun kate lah tkpelah atuk tido jelah.. mase tu mesti atuk aku ingt kak aku ni masih budak lagi kot.. sbb dulu2 zaman kecik, kitorang adik beradik ni memang suka tido dengan atuk dan nenek aku ni..  masa tu atuk aku lupa kot yg cucu dia ni semua dah besar panjang

lepas pada tu, kak A aku ni masuk bilik .. perjalanan nak ke bilik tu.. akak aku perasan yang atuk aku ni follow dia dari belakang.. dan bau atuk aku tu memang bau kuat sangat.. kak aku ni cepat2 lah jalan dan masuk bilik terus tutup pintu dan kunci.. dan yang paling x dijangka atuk aku ni ketuk pintu bilik kak aku ni sambil pnggil nama kak aku ni " A.. oooo... A" .. masa tu memang kak aku senyap jee dan terus call mak aku..

Nanti tt sambung balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2017 04:23 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 21-12-2017 04:00 PM
Memang nampak 'nenek'  tu ke

haah.. berdasarkan apa senior aku cakap yang nenek ni x suka dekat budak yang suka buat bising dan kotor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2017 04:51 PM | Show all posts
teruskann... nice stori..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:23 PM | Show all posts
pandai betul TT berenti time saspen kan.
cepat la sambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt org pulau redang ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 09:09 AM | Show all posts
Sambungan..

Malam kak A aku call mak aku. Dia ceritalah segala apa yang terjadi. Memang mak aku terkejut.. Dan mak aku terus call ayh saudara aku iaitu "ak Cu" suruh dia datang rumah utk tengokkan atuk aku ni sebab tetiba je dia berubah..

Malam tu memang pak cu aku datang rumah aku dan dia ke tingkap bilik kak A aku ni dan ketuk (dari luar rumah) boleh imagine kan? .. Pak cu aku ketuk dan kata kat kak A "pak cu ni nanti pak cu masuk tengok atuk".. Then... bila pak cu aku masuk dan memberi salam.. atuk aku ada kat ruang tamu.. masa tu dah pukul 11.30 malam.. atuk aku nampak je pakcu aku ni terus dia kata " Eh kau rupanya, buat apa datang malam2?" pak cu aku pun pelik lah sebabnya dia x pernah tanya kenapa anak dia datang.. selalunya dia buat biasa je kalau anak cucu dia datang... Pak cu aku kata lah " saja datang malam2 nak tengok atuk, kenapa x tidur lagi?" Atuk aku kata nak tido lah ni.. terus dia bangun dari sofa dan berjalan ke bilik dia.. Pak cu aku ckp.. masa tu memang kuat sangat bau atuk ni.. Macam satu rumah je bau dia nii..

Esokkan nya,, bila family aku dah selesai urusan daftar kak E aku ni.. Family aku terus balik sebab risaukan pasal atuk aku... Kitorang sampai tu dah nak maghrib.. sampai sekali dengan mak saudara aku sorg ni .. sbb mak aku pun dah bagitahu kat dia pasal atuk aku ni.. Lupa nak bagitahu, kak A aku ni.. Pagi lagi dalam pukul 7 mcm tu lah dia terus balik kolej dia.. sebab dia memang takut sangat malam tuu.. pagi tu dia tinggalkan atuk aku dengan pak cu aku sbb malam tu pakcu aku tido sana utk teman kan semua ni kan..

ok balik pada cerita.. masa tu aku dgn kak Y aku ni mmg tkut lah kan nak masuk rumah kan bila dah tahu kisah sebenar mak aku kata lah dia atuk kau jugak nak takut apa nya.. yelah masa tu aku baru form4 kot.. nak masuk rumah tu.. keadaan kan dah maghrib.. dengan gelap nya rumah.. sbb x pasang lampu.. ayh aku ni berani sikit.. dia pun masuk lah.. lepas tu mak aku.. sekali dengan mak saudara aku ni haa.. lepas tu baru lah aku dgn kak Y aku..  Ayh aku terus buka lampu.. lampu ruang tamu aku ni memang susah sikit nak bukak.. memang ambil masa. dan bila lampu buka.. semua terkejut sebab atuk aku ada kat sofa tengah pandang kitorang straight takut wehh.. meremang bulu roma aku.. bayangkan dia duduk dalam keadaan gelap sorg2

Masa tu mak aku buat biasa je mcm x terkejut lah dengan ni semua kan.. terus tanya atuk aku makan dah ke belum kan ? dia x ckp langsung.. terus bangun dan masuk bilik.. aku mcm pelik, atuk aku ke ni, ke benda lain eh? sbb atuk aku ni dah tua masa tu dia dah 80 lebih umur dia.. mak ayah aku sendiri pun meremang masa tu aku ingt aku sorg je rasa benda tu semua..

Dan malam tu.. mak ayah aku ajak aku dengan kak Y aku ni baca yassin kat ruang tamu.. masa tu jugak lah atuk aku keluar ke dapur utk makan malam.. masa kitorang tgh bace yassin tu.. atuk aku tanya .. "ada orang mati ke baca yassin ni?" terus mak aku balas, " x semestinya untuk org mati atuk"

macam tu lah cerita nya.. hari minggu pada peristiwa tu , mak aku buat tahlil utk ni semua.. yalh takut ada pape yang sembunyi kan.. sampai sekarang, peristiwa tu macam jadi tanda tanya family besar aku ni, betul ke tu atuk aku, atau org lain??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 09:09 AM | Show all posts
Noyen replied at 22-12-2017 01:23 PM
pandai betul TT berenti time saspen kan.
cepat la sambung.

dah sambung.. baca lah ye , kalau ada kurang tegur ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 09:10 AM | Show all posts
nagaijau replied at 21-12-2017 04:51 PM
teruskann... nice stori..

terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 09:11 AM | Show all posts

ehh x.. tapi sekolah sy tu ramai budak pulau redang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 11:01 AM | Show all posts
Ni kisah di ipt.

Kisah ni aku sem 1. tapi dah final masa tu. ipt aku ni kalau sem 1 wajib duduk hostel. kira hostel yang aku duduk ni semua sem 1 kecuali ajk surau tu semua laa. yg tu semua kak senior lah. ok ni masa ni aku dgn kawan aku 3 org.. aku bagi nama "A,D dan N" kitorang ni dari kg yg sama , sekolah pun sama dan ipt pun same kuat betul jodoh persahabatan kitorang kan .. ipt aku ni boleh di katakan majoriti semua org negeri tu.. kira 20% je org bukan asal dari negeri tuu. kitorang 1 jabatan cuma kos yang lain2. kira paper last ni semua ambil. tpi paper last ni, last dari orang lain.

kitorang x balik sbb nak study.. kira yg mana dah habis tu semua balik lah. kitorang semua blok lain2 . malam tu kitorang mcm nak overnight sbb nak study sama2 kat blok si D ni .. ptg tu aku , N dan A ni semua siapkan barang utk pindah ke bilik si D ni. Lepastu kitorang pergi cari makan.. utk beli bungkus dan makan dalam bilik , kira tu makan malam kitorang dah..

Dalam pukul 9 lebih, aku bercakap dengan si D ni.. aku x tahu lah macam mana dia ckp kat aku , tapi aku dah lupa apa yang dia kena kan aku sampai aku marah dia.. Aku dengan dia ni x pernah gaduh.. sebab dia ni jenis lembut sikit.. nak berkasar pun aku mcm segan dengan dia.. tapi dia ni baik selalu ambil berat pasal aku.. tapi aku x tahu lah aku jadi marah kat dia.. dan dia pun mcm pelik dekat aku sbb benda tu benda biasa je dia kata apa yang dia gurau dengan aku tu.. dia pun mcm naik angin juga lah dengan perubahan aku ni. Lama tu.. aku dengar si D ajak aku pergi tandas . aku pun pergi lah kan sbb aku pun nak ke sana. aku keluar je dari bilik tu aku nampak dia dah masuk ke pintu nk ke tandas tu.. bilik dia ni jauh sikit dari tandas. masa tu aku dah pelik kenapa si D ni laju sangat. aku pun ingt x tahan sangat kot.. Sampai je aku ke tandas, aku masuk lah dan aku dgr ad org guna tandas. aku ingt dia lah kan. aku pun masuk sebelah tandas sebelah dia tu.. aku masuk je dia dah siap.. aku pun kata lah "D, tunggu aku kejap" . lepas aku kata tu mcm senyap, aku pun aik, aku salah org ke? sdgkan dia yang ajak aku pergi tnds. aku keluar tu aku tgk tkde pun org.. aku pun ingt dia ni masih terasa hati dgn aku, tapi bila pikir balik kalau dia terasa dengan aku mesti dia ajak ke tandas tu dgn si A dan si N tapi dia ajak aku. aku pun biarkan aja lah..

Nak ke bilik si D ni.. jauh lah sikit. .kira keluar dri tandas tu.. nak ke arah bilik dia mesti nampak lobi kat blok tu.. nak ke arah bilik tu aku nampak ada org kat situ tgh duduk dan tunduk kepala dia.. aku pun ok ni mesti tgh otp dgn boyprend then gaduh, nangis lah tuuu. aku ingt tu lah.. tpi dia ngis jeee.. nak ke bukan pintu tu mmg aku bau busuk.. masa tu lah aku rasa macam ada sesuatu.. aku buat biasa jelah.. sekali aku bukan pintu, si D ni sedap tu baring ats katil. aku kata lah kat dia " kenapa kau tinggalkan aku kat tandas?" dia pun mcm pelik.. dia kata x lah. masa tu aku rasa seram sejuk sngt sbb busuk yg aku bau tu mcm dari bilik ni.. aku nak bunyi kan x elok..

dan masa tu jugak lah aku rasa mcm ada duk perhati aku. masa tu aku menyandar kat loker si D ni.. kire menghadap lah ke loker roomate dia.. aku rasa macam yg perhati aku tu dri atas.. aku positifkan diri dan kata dalam hati, tu hanya bagasi.. tpi meremang dan bau tu Tuhan je tahu..
Aku x tahulah macam mana aku terpandang ke ats loker kwn dia tu.. benda tu tgh mencangkung tgk je ke aku.. sepitas lalu je aku tgk.. mmg masa tu aku x senang duduk.. aku bagitahu dekat kwn aku yg kita pindah bilik si A tpi jauh lah sikit bilik dia tu mcm kena lalu kat surau dulu...

tgh bersiap simpan barang dan kitorang pun gerak 4 org rapat2 utk ke blok si A ni.. masa tu kitorang dengar something kat pokok besar surau hostel tu...

Nanti tt sambung balik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Best TT. Sambung lagi ye.

Lagi satu nak tanya, mmg si D ke yg ajak pergi tandas? Mana satu D yg betul? Confuse sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2017 10:17 AM | Show all posts
Sambungan..

Masa kitorang jalan tepi surau tu.. kitorang dengar ada orang menangis masa tu.. kat surau hostel gelap memang x pasang lampu pun.. tapi kitorang memang x nampak siapa yang menangis tu.. lepas tu lama2 kitorang dengar macam seram je.. terus kitorang lari x pusing belakang dah takut punya pasal woi ..

Malam tu kitorang bincang yang pagi esok tu kitorang nak pergi rumah atuk si D ni.. sbb tu je peluang kitorang utk keluar dri hostel.. sebelum tidur tu kitorang pergi tndas ramai2 dan tido malam tuu.. Esokkan subuh tu kitorang bangun.. Aku ni demam.. x berdaya langsung masa tu.. Si A ni dia cuti solat... disebabkan kitorang bertiga bangun solat subuh.. dia pun bangun sekali dan bagitahu yang dia kena tindih semalam.. nak kejutkan semua tapi dia kata memang x berdaya langsung tngan nak sentuh si N.. sbb malam tu dia tidur sekali dgn si N.. aku pulak tido sekali dengan si D.. lepas siap semua.. kitorang pun tunggu lah sepupu si D ni dtg ambil untuk hantar kitorang ke rumah atuk si D.. Masa tu sepupu si D ni belajar kat situ jugak tapi kos lain.. Masa tu aku x keluar lagi mulut utk tanya si D yang betul ke dia yg ajak aku ke tandas semalam tu.. Aku rasa mcm masa belum sesuai... disebabkan aku demam , diorang yang tolong kemaskan baju aku utk bawa ke sana haha ..

Sampai je rumah atuk si D ni.. kitorang rehat lah semua.. Dan masa tu laa diorang tanya aku.. apasal aku ni keluar je smlm tu.. aku cerita lah segalanya.. yang si D ni ajak aku pergi tandas.. sampai je sane dia boleh tinggalkan aku jee sorg2 dalam tandas.. dan aku cerita yang nk ke bilik si D ni nampak ada org mcm tgh tunduk kepala mcm nangis, bau busuk dan benda yang perhatikan aku dari loker tu.. Si A ni mcm sengeh tpi muka takut.. Si N ni pulak tanya aku yeke ni? si N ni penakut sikit dalam kalangan kitorang berempat ni.. masa tu lah si D mula bagitahu aku yang sebenarnya.. dia xde ajak aku pergi tandas pun masa tu.. dan dia langsung x keluar bilik masa tu.. aku pun terus mcm ni .. memang aku dengar malam tu si D ajak aku pergi tandas.. memang aku berbahas jugak lah dengan dia masa tu sbb aku xnak lah benda yang terjadi tu sebenarnya aku ni dah terkena dengan benda lain diorang memang tenangkan aku.. diorang cerita yang masa aku bangun dan terus ke pintu tu.. aku mcm cepat2 je nak pergi macam aku kejar something.. memang lah cepat sbb masa tu aku nak kejar si D ni rupanya masa tu aku kejar benda lain .. dalam 2 hari jugak lah kitorang bermalam kat rumah atuk si D ni.. memang aku demam lama masa tu. lebih kurang seminggu lah.. sebab paper last tu aku masih demam sambil jwb exam ..

TQ sangat dekat kawan aku si A,D,N kalau xde diorang ni siapalah yang sanggup layan aku yang demam mcm apelah time tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2017 10:18 AM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 24-12-2017 10:29 PM
Best TT. Sambung lagi ye.

Lagi satu nak tanya, mmg si D ke yg ajak pergi tandas? Mana satu D yg  ...

TQ sudi baca..
dekat sambungan boleh tahu yang mana D sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 12:08 PM | Show all posts
maggicelup replied at 26-12-2017 10:18 AM
TQ sudi baca..
dekat sambungan boleh tahu yang mana D sebenar..

seramnyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaa dh abis, skit nyeeee.. x puas bca.. xde cite lg ke TT???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2017 04:09 PM | Show all posts
Ni kisah adik mak saudara sabit aku lah(Makcu) .. Kisah ni hebohlah jugak walaupun family aku ni bukan family betul dia tapi kisah ni memang buat peringatan bagi kitorang semua..

Aku ni org pantai timur.. Asal pun memang sini.. Dan kawasan dan bandar kitorang duduk ni memang dekat dengan pantai.. Adik dia ni baru je kahwin.. Boleh dikatakan lepas diorang kahwin tu terus dapat rezeki anak.. Diorang ni muda lagi.. tua dripda kakak aku jee. umur dlm x sampai 30..

Masa ni kandungan dia dah 8 bulan.. masa tu makcu aku kata x tahu lah kenapa tapi malam tu adik dia ni nak pergi pantai kat bandar.. pantai ni memang tempat org muda lepak malam2.. tapi kalau lewat malam.. memang bahaya pantai nii sebab ramai yang kena kacau.. lagi satu, pantai ni dekat dengan hospital.. kalau org pantai timur msti tahu ni pantai apa dan negeri apa huhu .. ok sambung balik.. suami si adik makcu aku ni bawak lah si isteri dia ni ke pantai.. yelah org pregnant kan kalau x ikutkan kehendak emosi dia tu kemain kann.. aku tahu pun sbb aku tgk kakak2 aku pregnant mcm mengade pun lebih je

ni berdasarkan apa yang makcu aku cerita.. malam tu memang diorang ke pantai siap turun tgk air laut.. malam2 kot.. dgn pregnant bagai kan.. masa tu takde apa yang berlaku pun.. lepas tu diorang balik dan tido.. malam tu.. adik makcu aku ni mimpi ada org ambil anak dia.. masa tu dia mimpi memang dia dah beranak masa tu.. memang dia boleh rasa sakit lahirkan anak.. dan sedih org ambil anak dia tu, anak 1st kot xkan x sedih kan..sedar pagi nak bangun subuh.. tengok2 perut dah kempis.. dan darah penuh ats katil .. makcu aku kata memang pagi tu adik dia sakit sangat.. mcm org lepas melahirkan anak.. pagi tu terus call family ape semua.. panggil ustaz semua tu.. rupa2nyaa.. ada bunian yg ambil anak dia dalam perut tuu.. lepas pde 2 3 hari tu.. adik makcu aku ni memang termimpi akan ada org tengah main dengan anak dia tu.. Alhamdulillah sekarang adik makcu aku tu dah selamat lahir anak dia sorg lagi (anak kedua)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.090148 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list