CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2960|Reply: 7

Anak berubah

[Copy link]
Post time 21-12-2017 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Anak perempuan saya yg tingkatan 1 dah mula berubah. Sebelum ni, kami sangat rapat. Dia lebih selesa luahkan perasan pada saya berbanding mak dia. Dulu dia tunggu saya balik dari kerja untuk cerita macam2 pada saya, pasal sekolah, pasal kawan2, pasal subject sekolah.. dan kalau pergi shopping pun, dia selalu pegang tangan saya and kadang2 manja nak itu ini.. Saya selalu kena kan dia buat joke ntah apa2.. kadang2 ttido kat tepi saya..

But now, dia dah mula diamkan diri.. jauh dari saya.. bila tanya, jawab sepatah. Bila buat joke, its annoying ( lawyer buruk ). Ajak pergi shopping pun, tak nak ikut dah. Saya cuba tarik utk berbual, dia cuba mengelak. Mula igt ada masalah dengan saya, kot la saya buat dia terasa ke. Saya suruh mak dia cuba korek rahsia or tanyakan, tapi dia tiada masalah dengan saya.

Last2, saya jumpa in person, face to face, dia admit yang dia dah berubah tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa jadi camtu. but still dia tak kembali macam dulu balik..

Adakah anak saya ni normal? atau saya yang ada masalah yang tak boleh accept dia dah berubah?


nasihat tuan/puan amatlah dialukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dia pms kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 05:24 PM | Show all posts
maybe dah period so perasaan segan pada lelaki mula ada..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 09:49 PM | Show all posts
Anak dah masuk alam remaja. Memang mcm tu la. Ada perubahan.  Normal la tu.  cuma sebagai bapa, teruskan apa yang u selalu buat. Selalu try borak dengan dia, bagi dia rasa masih di sayangi. Walaupun dia tak jawab banyak, u buat tak tahu je. Jangan asyik tanya dia nape dia dah berubah. Memang la u tak ada buat salah atau kecik kan hati dia, tapi mood dia dah jadi mcm tu. dia pun masih belum boleh nak handle mood dia. Bagi dia masa. Jangan bagi tekanan dekat dia. Balik kije, tanya soalan yang sama mcm dulu. Dia pun dah start rasa segan nak manja2 dengan u. Kalau ada yang dia tak nak buat, jangan paksa.
Untuk saya, dia tengah alami perubahan ke alam remaja. Pantau juga dia kawan dengan siapa. Sebab time ni la, perangai dia akan berubah ikut corak pergaulan dia.
Harap dapat membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 10:24 PM | Show all posts
Once dah 13 thn, minat anak2 now lebih kepada kawan2, dia start dah mula suka someone, suka berangan, ada krisis identiti. PMS. Semua la bercamput aduk. Agak kritikal jugak phase ini. My advise, luangkan masa mcm yg dulu2,  kenal and stalk dgn siapa dia berkawan.  Budak2 umur mcm ni mmg senang hanyut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2017 10:07 AM | Show all posts
dia pms kot

maybe dah period so perasaan segan pada lelaki mula ada..


Tak kot sebab mende ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2017 10:09 AM | Show all posts
Anak dah masuk alam remaja. Memang mcm tu la. Ada perubahan.  Normal la tu.  cuma sebagai bapa, teruskan apa yang u selalu buat. Selalu try borak dengan dia, bagi dia rasa masih di sayangi. Walaupun dia tak jawab banyak, u buat tak tahu je. Jangan asyik tanya dia nape dia dah berubah. Memang la u tak ada buat salah atau kecik kan hati dia, tapi mood dia dah jadi mcm tu. dia pun masih belum boleh nak handle mood dia. Bagi dia masa. Jangan bagi tekanan dekat dia. Balik kije, tanya soalan yang sama mcm dulu. Dia pun dah start rasa segan nak manja2 dengan u. Kalau ada yang dia tak nak buat, jangan paksa.
Untuk saya, dia tengah alami perubahan ke alam remaja. Pantau juga dia kawan dengan siapa. Sebab time ni la, perangai dia akan berubah ikut corak pergaulan dia.

Harap dapat membantu.

Once dah 13 thn, minat anak2 now lebih kepada kawan2, dia start dah mula suka someone, suka berangan, ada krisis identiti. PMS. Semua la bercamput aduk. Agak kritikal jugak phase ini. My advise, luangkan masa mcm yg dulu2,  kenal and stalk dgn siapa dia berkawan.  Budak2 umur mcm ni mmg senang hanyut.


Ada possibility dia jadi macam dulu balik?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 09:26 PM | Show all posts
mr_4ng3L replied at 22-12-2017 10:09 AM
Ada possibility dia jadi macam dulu balik?

Tak ada possibility dah jadi macam dulu..dah tak boleh la berharap dia tukar jadi mcm dulu... cuma kena handle dia jangan banyak sangat berubah.. kalau dah jadi mcm ni, tak digalakkan hantar dia ke asrama. Nnti makin lain perangai dia. Sekarang ni tgh zaman, dia mencari acuan. Acuan perangai dia. Kalau hantar ke asrama, acuan jadi lain, acuan dah x sama mcm family. Maksud nnti makin berbeza la perangai anak tu. nnti dah tak boleh ngam dgn family.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071031 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list