View: 942|Reply: 3
|
[Dunia]
Menang emas cipta robot kesan radioaktif
[Copy link]
|
|
ROBOT pengesan bahan radioaktif ciptaan pelajar Malaysia berjaya memenangi pingat emas kategori kreatif pada Olympiad Robot Antarabangsa 2017 di Stadium Pusat Olimpik Qinhuangdao, China, semalam.
Robot yang dicipta dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah itu berjaya menarik hati juri berdasarkan fungsi dan kekemasan robot yang dihasilkan sekali gus melayakkan mereka meraih pingat emas.
Malah, robot yang dicipta Batrisyia Mohd Razalee, 14, dan Safurah Mohd Hazri, 16, itu bukan hanya berfungsi sebagai pengesan radioaktif tetapi ia juga dapat menyedut bahan berkenaan untuk dikuarantinkan dalam menjaga keselamatan orang ramai di sekeliling.
Batrisyia berkata, mereka perlu menghasilkan robot melalui tema yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Mentakrifkan Semula Keselamatan Awam.
"Alhamdulillah, kami berjaya menghasilkan robot pengesan bahan radioaktif dalam tempoh yang diberikan malah, robot berkenaan berfungsi dengan baik semasa pertandingan berlangsung.
"Kami sentiasa peka dengan elemen penting dalam penciptaan robot ini kerana jika kami membuat satu kesilapan sekali pun pastinya ia tidak akan berfungsi," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang hari ini.
Katanya, antara maklum balas yang diberikan juri adalah robot dihasilkan mereka banyak memanfaatkan peralatan elektronik selain kekemasan ciptaan robot berkenaan.
"Kami berjaya mengalahkan peserta yang disertai oleh wakil kelab, sekolah dan institusi berkaitan robotik dari beberapa negara seperti Jerman, New Zealand, Australia, Thailand, Filipina, Pakistan, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China," katanya.
Selain itu, pada pertandingan yang bermula 16 hingga 20 Disember itu, pasukan negara turut berjaya membawa pingat perak kategori 'Robot in Movie' dimenangi dua pelajar dari MRSM Kuching iaitu Yoel Shalom Anding dan Khairul Zakwan Ahmad.
Seterusnya, pingat gangsa dimenangi pelajar MRSM Bentong, Pahang iaitu Intan Farhanah Rosman dan Nur Afiqah Batrisyia Ros yang semua mereka berusia antara 14 hingga 16 tahun.
Dalam pada itu, Guru Pengiring MRSM Adha Arffain berkata, pihaknya berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua peserta terutama atas kejayaan mereka menewaskan pasukan lain.
Katanya, kejayaan itu diharap dapat dipertingkatkan pada masa akan datang terutama menerusi kejohanan bertaraf antarabangsa yang lain.
"Semua peserta sudah membuat persediaan sejak bulan Julai lalu selepas Robotfair 2017 yang berlangsung di MRSM Bentong dan selepas itu kami fokus kepada pertandingan antarabangsa ini dan berjaya memperoleh kejayaan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan cipta vaccum besar/ ada jentera utk punggut sampah di pantai teluk likas KK, tadi pagi semak betul sbb air pasang/ ombak besar sampai jalanraya bawa sampah masuk jalanraya, alam memulangkan balik masalah kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah tahniah.................... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah adik2 dan guru2 pembimbing |
|
|
|
|
|
|
| |
|