View: 5537|Reply: 11
|
Selfie Dari Puncak Bukit Kokdiang – Biar Curam Tapi Puas Hati Pandangan Sawah Pa
[Copy link]
|
|
Selfie di sawah padi dah jadi hal biasa.
Tapi bagaimana pula dengan selfie dari puncak bukit hingga menampakkan keseluruhan bendang padi dan kawasan sekitar?
Yang viral minggu ini– pemandangan saujana mata memandang dari Bukit Kodiang atau juga digelar bukit Mok Cun.
Ya, anda tak salah dengar – ia sama dengan nama drama bersiri lakonan Erma Fatima, juga sebagai Mok Cun yang bercakap dalam loghat Kedah.
Ia menjadi tular selepas sekumpulan pendaki berada di puncak lalu memotretkan panorama kehijauan alam sekitar yang menakjubkan.
Malahan ramai netizen yang mengatakan ia antara keindahan yang cukup mendamaikan mata dan perasaan yang melihatnya.
Ada juga netizen yang berkongsi panorama Kodiang pada tahun 1978 dalam mood suram. Hal ini menambah rasa kagum terhadap pemandangan indah ini.
Mengikut cakap-cakap penduduk kampung Kodiang, bermula hujung Disember hingga awal Januari 2018, pemandangan akan lebih menarik dengan musim padi menguning. Jadi ketika ini adalah masa terbaik bagi merakamkan keindahan negeri Darul Aman ini. Ini kerana selepas ini akan bermula musim menuai.
Jadi, ramailah berbondong-bondong mendaki bukit kodiang atau bukit Mok Cun yang tidaklah setinggi mana tapi tetap mampu memberi pendaki merasai kepenatan.
Tapi pabila melihat sawah padi yang terbentang luas dan jika bertuah sekali sekala dapat melihat ketibaan keretapi yang merentasi sawah-sawah padi, anda pasti melupakan seketika kesibukan dan masalah yang melanda.
Sebagai pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di Kedah, Kodiang atau penduduk setempat memanggilnya Kokdiang, lokasinya bersempadan dengan Perlis. Manakala bukit Kodiang terletak di Kampung Kandis.
Tekstur bukitnya agak berbatu dan tajam tetapi ia adalah cabaran biasa bagi mereka yang hobinya mendaki.
Jadi bagi anda yang tidak begitu lasak, apa kata cabar diri sendiri dengan mendaki bukit mok cun ini dan nikmatilah kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik gambar2nya tp gigil lutut tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah...cantiknya.. terus lekat nama mokcun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknyaaaaaaa. Berbaloi lah berpenat2 mendaki sampai ke puncak |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah cantiknya |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhhh....mmg cantik & mempersonakan {:love |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terjatuh dan mati bertambah lagi statistics mati sebab selfi |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah... cantik ciptaan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Pembetulan:
Orang Kodiang x panggil Bukit Kodiang sebagai Bukit Mok Cun. Penggambaran drama Mok Cun tak dibuat di Kodiang pun...cuma somewhere in Kedah jer. Orang Kodiang sebenarnya tidak seperti yang diceritakan di dalam drama itu. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyer.. Subhanallah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|