CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4347|Reply: 13

Semua nak beku

  [Copy link]
Post time 24-12-2017 03:27 PM | Show all posts |Read mode


Wisconsin: Seorang bapa mahu semua ahli keluarganya dibekukan apabila mereka meninggal dunia kelak dengan harapan dapat dihidupkan semula pada masa hadapan.

Dennis Kowalski, 49, membayar AS$140,000 (RM570,585) kepada sebuah syarikat bagi membolehkan dia, isteri dan tiga anaknya dibekukan cecair nitrogen sebaik meninggal dunia.

Kowalski yang juga seorang paramedik dan Presiden Institut Cryonics percaya satu hari nanti kemajuan sains mampu menghidupkan semula manusia yang sudah meninggal dunia.

“Saya mendapat tahu mengenai proses ini ketika masih remaja lagi dan melihatnya sebagai satu perkara yang menarik.

“Saya mendaftar diri kira-kira 20 tahun lalu. Kini isteri serta tiga anak juga sudah mendaftar.

“Anak saya masih muda dan dia tidak terlalu memikirkan sangat mengenai perkara itu. Namun, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup ini,” katanya.

Cryonics menyimpan mayat manusia sebelum dipindahkan ke dalam ruangan sejuk beku di ibu pejabat institut itu di Michigan.

Di kemudahan berkenaan darah pada mayat akan dikeluarkan sebelum digantikan dengan bahan antibeku.

Syarikat itu mengenakan bayaran AS$28,000 (RM114,086) untuk mayat seseorang itu dibekukan sebelum dibuka pada masa depan apabila sains mampu menghidupkan semula manusia.

Sehingga kini syarikat itu menyimpan 160 mayat manusia dan 100 bangkai haiwan kesayangan yang sudah dibekukan.

Syarikat itu menjadi tumpuan pada tahun lalu apabila seorang pelajar Britain berusia 14 tahun yang ingin dibekukan, berjaya memenangi kesnya di mahkamah.

Pesakit kanser yang dikenali sebagai JS itu membawa kes ke mahkamah untuk membolehkan mayatnya disimpan di pusat terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2017 03:43 PM | Show all posts
ye pasti boleh hidup sis, tapi lepas kiamat lah hari kebangkitan. selagi tak kiamat agak impossible di hidupkan kecuali  mahluk jin syaitan masuk ke tubuh badan dan berlakon seolah di hidupkan kembali.

next booming science is artificial intelligent mungkin masa tu ada penemuan baru untuk kebaikan manusia. akak kalau tahu pasal AI nak seat SPM exam semula
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
erm masalahnya nanti nak buat apa mayat2 beku tu
bukan boleh hidup balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 06:01 PM | Show all posts
memori simpan mana? dlm pendrive ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2017 03:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-12-2017 03:43 PM
ye pasti boleh hidup sis, tapi lepas kiamat lah hari kebangkitan. selagi tak kiamat agak impossible  ...

sis ada tengok ke filem AI steven spielberg?...sedih dan teruja dengan citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2017 04:10 PM | Show all posts
espri6006 replied at 25-12-2017 03:44 PM
sis ada tengok ke filem AI steven spielberg?...sedih dan teruja dengan citer tu

belum sis, ada link x? tengok rating bagus 86%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2017 04:14 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-12-2017 04:10 PM
belum sis, ada link x? tengok rating bagus 86%

Sis,,,abang donlod kat internet jer sebab citernya dah lama sekitar 90an gitu. After lost my son a year ago..abang pun ternampak ASTRO ada tayang citer ni. So abang cari dalam internet then jumpa. Apalagi ...robot yg dicipta tu abang bayangkan anak abang yang meninggal tu...sadiss....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2017 04:17 PM | Show all posts
espri6006 replied at 25-12-2017 04:14 PM
Sis,,,abang donlod kat internet jer sebab citernya dah lama sekitar 90an gitu. After lost my son a ...

anak dah kt syurga abg, dont worry. abg ayah yang baik. apa boleh buat? doakan baik2. baguslah abg tabah seronok teknologi AI ni tp buat masa ni mahal sangat lebih mahal daripada harga iphone 7Sd ( D Stand dino). one day AI akan jadi affordable technology seperti os.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2017 02:30 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-12-2017 04:17 PM
anak dah kt syurga abg, dont worry. abg ayah yang baik. apa boleh buat? doakan baik2. baguslah abg ...

kembang setalam @dinopower2  
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 03:54 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-12-2017 04:17 PM
anak dah kt syurga abg, dont worry. abg ayah yang baik. apa boleh buat? doakan baik2. baguslah abg ...

ni dah kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 03:54 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-12-2017 04:17 PM
anak dah kt syurga abg, dont worry. abg ayah yang baik. apa boleh buat? doakan baik2. baguslah abg ...

ni dah kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 07:43 PM | Show all posts
Bucky? Winter Soldier?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Karipap frozen ada, donut frozen ada, otak2 frozen ada, frozen sperm ada, retis frozen pun ada.. So skrg why not frozen family?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 12:41 PM | Show all posts
Teringat 1 episode Golden Girls tp sebab benda ni mahal sgt so drg froze kepala je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.377426 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list