CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3263|Reply: 9

Lupakan Seafood! Ini Syurga Makanan Sebenar Di Kota Kinabalu, Jom Cuba Semuanya

[Copy link]
Post time 27-12-2017 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Pergi sahaja ke Kota Kinabalu, Sabah pasti benda pertama yang akan terlintas bila sebut makanan adalah makanan lautnya yang menjadi sebutan ramai sebab murah dan sedap.


Disebabkan sering mendengar mengenai kehebatan makanan laut di sana, sampai kita terlupa bahawa terdapat beberapa lagi makanan yang tak kurang menariknya dan berbaloi untuk dicuba!


Ini antara beberapa lokasi menarik yang dikongsikan Vit Daily untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan akhir sekali makan malam. Terbaik dan memuaskan!


Sarapan Pagi


Restoran Happy Muslim

Untuk sarapan pagi anda boleh cuba di restoran ini kerana dimaklumkan bahawa Mee Rojak dan Soto Campur di sini adalah tarikan utama.



Foto - Vit Daily



Kuah rojaknya boleh dikatakan pekat malah sampai boleh buat orang yang makannya susah untuk berhenti dari menikmati hidangan berkenaan.



Foto - Vit Daily



Kalau anda nikmati hirupan sup dengan perlahan, boleh rasa yang sup ini sudah direneh sebaiknya dalam jangka masa yang lama.


Selain dari rojak dan soto terdapat juga pelbagai lagi pilihan makanan lain di sini yang anda boleh cuba.


Wan Wan Coffe Shop


Foto - Vit Daily



Mee Konlo dan Tom Yam Ikan Merah disini dikatakan sangat memuaskan hati sehingga membuatkan anda rasa amat berbaloi berjalan ke Kota Kinabalu. Tak cukup dari itu hidangannya juga amat simple.


Tom yam di kedai ini sudah menghampiri rasa asam pedas tetapi anda perlu datang sendiri ke sini untuk merasai keistimewaan hidangannya.


Anda juga perlu bersedia untuk beratur menunggu giliran kerana ia sentiasa penuh dengan pelanggan.


Makan Tengah Hari


The Warung


Foto - Vit Daily



Jangan disangka kedai yang ringkas bermaksud makanannya serta rasanya juga ringkas. The Warung pasti membuatkan anda puas hati bila makan di  sini.


Porsi makanan di sini amatlah banyak sehingga ambil masa nak habiskan nasi lalap serta ayam penyetnya.


Warung Bandung


Foto - Vit Daily



Anda peminat ayam panggang belado atau peminat setia makanan pedas?


Ha sinilah warung yang patut anda cuba kerana ayam panggang beladonya adalah versi paling pedas yang boleh buat anda berasap makan.


Di warung ini juga ada nasi panggang yang sedap di makan bersama ayam panggang belado. Jadi apa lagi bolehlah cuba.


Minum Petang



Kedai Kopi Kak Tini


Foto - Vit Daily


Kalau anda pernah dengar nama kedai Pisang Goreng Beratur dari rakan-rakan yang pernah ke Kota Kinabalu maka inilah gerainya.


Kedai Kopi Kak Tini memang legend habis dan dikenali di kalangan orang ramai. Menggunakan pisang Abu, rasai sendiri kerangupan pisang gorengnya yang memang lain dari yang lain.


Kawasannya juga tidak berapa sibuk dan selain pisang goreng biasa, di sini juga ada pisang goreng cheese.


Anda jangan terkejut jika lihat ada yang datang ke kedai ini bungkus sampai berpuluh ringgit kerana ia adalah kebiasaan.




Makan Malam


Todak Waterfront Seafood Market


Foto - Vit Daily



Kalau ke Sabah tidak makan makanan laut pasti ada sesuatu yang tak kena pada diri anda.


Terletak sebaris dengan pasar Filipina, Todak Waterfront Seafood Market pasti menjadikan mata anda rambang untuk memilih makanan laut apa bagi makan malam.


Gerainya juga banyak dan anda perlu membuat pilihan dan antara yang menjadi kegemaran adalah Gerai Santai Haji Manja.


Kalau orang ramai sangat, pengunjung kenalah banyak bersabar. Yang pasti, kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, silap-silap boleh kongsi berdua.


Wah, baru tahu kan banyak lagi makanan yang boleh dicuba kalau ke Kota Kinabalu. Jangan lupa cuba semua yang dicadangkan okay! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu sabah{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 01:18 PM | Show all posts
hmmm mi sup daging sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Feberet i kalau pegi sana,mesti pegi mkn puding kelapa dengan lokan bakar. Dapppnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 03:11 PM | Show all posts
yeah.. lunch kt todak waterfront is a must in keykey..!

hari2 nak!

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 03:16 PM | Show all posts
aduh kedai kopi wan wan tu , aku search gugel dh tutup?

ni valid ka pnya artikel ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: yeah.. lunch kt todak waterfront is a must in keykey..!hari2 nak!

Todak Waterfront tu buka siang ke? Ingatkan malam je..

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 01:31 PM | Show all posts
good info..nanti kalau pegi sabah boleh try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 08:23 AM | Show all posts
My fav Warung Bandung dan Wan wan, beratur ok nak tunggu meja. Dulu2 suka juga pergi todak, sekarang kalau seafood i prefer Putri Kitchen, kamhiong sedap gila
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:52 AM | Show all posts
Bila la nak pegi Sabah ni..Padahal sebelah je..

Banyak kali dah plan nak pegi asyik ade halangan je itula inila..Tu pasal orang kata kalau nak pegi takyah plan2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073320 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list