CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8633|Reply: 6

KISAH YANG HILANG [Seramedi TV3: Izzue Islam, Eyka Farhana]

[Copy link]
Post time 28-12-2017 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 28-12-2017 01:07 AM

Kisah Yang Hilang
slot Seramedi TV3
Isnin hingga Rabu, 10 malam




Kisah Yang Hilang ialah drama terbaru slot Seramedi TV3. Membariskan pelakon seperti Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, dan Wan Gegau. Drama terbitan MIG Productions Sdn Bhd dibawah arahan Mohd Azaromi Ghozali. Drama Kisah Yang Hilang mula bersiaran 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : KISAH YANG HILANG
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin–Rabu, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Seramedi TV3
SKRIP : Panel Skrip MIG
PENGARAH : Mohd Azaromi Ghozali
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Elanie, Adam Shah, Tengku Fiella, Amai Kamarudin, Bella, Fify Azmi

WATAK PELAKON
Izzue Islam sebagai Fattah Aqil
Eyka Farhana sebagai Suri Bakawali
Epy Kodiang sebagai Sabri
Wan Gegau sebagai Asmat
Aizat Hassan sebagai Johan

SINOPSIS KISAH YANG HILANG

Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, computer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.

GAMBAR PELAKON





sumber: myinfotaip.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti prrkampungan bunian...
Mknn yg suri bawa tu...haaa...apa la..

Watak 3 stooges tu mcm nk tiru wan peah..ada 3 org tu

Izzue islam berlakon best...sbb pndai buat ekspressi muka..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama kali tgok drama ni..baru perasan..MIG recycle watak2 dalam drama dengan filem dia ye..Suri Bakawali tu dulu ada drama Suri Bakawali lakonan Yana Shamsudin..Malam ni pulak watak Habib dgn Mustika yg dalam filem Keramat..jalan cite pun lebih kurang sama..psl tongkat sakti mende ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:58 AM | Show all posts
aku layan citer ni sementara nunggu si abg packing buku2 sekolah dia...dalam seramnya ada lawak...tapi part david teo mula membebel tu sakit telinga dengar...sebutan bm pun tak betul..

mlm tadi kisah pontianak nama melati..x seram tp lawak la..kena plak dengan izzue tu..nasib x keluar loghat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang boleh bagitahu saya nama asal/sebenar Sarah(nama watak) dalam kisah yang hilang episod 11...???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tertengok tadi.
Itupun sbb esok anak cuti sekolah
Best jugak
Rugi lak byk episod terlepas
Hmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 01:29 PM | Show all posts
i think ok laa   drama ni
kenapa tak ramai org layan  ? sbb bukan kisah cinta laa kot..
kelakar pun sama
mcm mythbuster kisah2 hantu  kampung  .. kisah Badi Mayat  laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059667 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list