|
Dengan kecanggihan teknologi hari ini, dah banyak rupanya benda yang dicipta khas buat 'golongan pemalas'. Amboi! Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini, anda pasti akan menyukainya!
Kenapa?
Kebanyakan daripadanya dicipta dengan ciri dan fungsi bagi memudahkan urusan seharian kita terutama buat si pemalas yang enggan 'mengangkat punggung' hingga nak menggerakkan kepala pun terasa berat sangat! Jom tengok, apa saja bendanya tu.
1) Cermin mata (Vinmax's new Bed Prism Spectacles)
Foto: Qoo10.sg
Anda pasti suka membaca ketika berbaring, kan? Dengan adanya produk seperti ini, maka mudahlah untuk anda membaca ketika berbaring. Tak perlu lagi menundukkan kepala ketika membaca hingga leher terasa sengal dan lenguh. Bagus betul, kan?
2) Bantal alat kawalan jauh serbaguna
Foto: Webjazba.com
Eh, eh! Bantal seperti ini pun ada? Macam alat kawalan jauh jer bantal ni. Yalah, bila tubuh dah baring di atas sofa, pasti terasa malas nak bangun, kan? Nah, bantal seperti ini amat berguna buat anda untuk mematikan lampu ataupun ingin menyalakan pemain DVD anda.
3) Meja ajaib
Foto: Pdword.com
Eh, meja apa pula ni? Sebenarnya meja sekecil ini boleh dijadikan tempat menyimpan makanan. Alah, ala-ala peti sejuk, tapi versi meja. Menarik bukan?
4) Mesin kebun
Foto: Pinsdaddy.com
Apa tu? Lah, rupa-rupanya ini adalah robot untuk membantu anda menanam rupanya. Senang cerita, 'campak' saja tanaman yang anda inginkan, kemudian biarkan robot ini saja yang tolong siram dan 'membelai' tanaman anda. Dah tak perlu nak bersusah-payah bercucuk-tanam. Senang kan?
5) Pemicit ubat gigi (iLifeTech Hands Free Toothpaste Dispenser)
Foto: Unusualgifts.in
Pernah terasa malas setiap kali mahu menggosok gigi? Mesin ini sangat sesuai untuk anda kerana ia mampu mengeluarkan terus ubat gigi ke atas berus gigi anda. Hanya perlu memasukkan berus gigi ke dalam lubang mesin ini dan semuanya akan dijamin 'beres'. Wow! Betul-betul menjimatkan masa! Tiada lagi tiub ubat gigi yang comot kerana anda malas membersihkannya.
6) Garpu automatik (The Spinning Spaghetti Fork)
Foto: Amazon.com
Okey, ini dah pemalas tahap 'dewa' namanya! Nak makan mi pun, kena guna garpu automatik ya? Garpu ini akan menggulung sendiri mi yang akan 'disumbat' ke dalam mulut anda.
Mungkin satu hari nanti, akan dicipta sebuah mesen untuk menggerakkan tubuh manusia kerana sikap malas semakin parah. Tetapi penulis percaya, pembaca semua rajin-rajin, kan? - CARI |
|