CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28752|Reply: 157

[EDISI POWER COUPLE?]17 Pasangan Selebriti Paling Hebat 2017?

  [Copy link]
Post time 29-12-2017 11:27 PM | Show all posts |Read mode
SUMBER: ROJAK DAILY
17 Pasangan Selebriti Paling Hebat 2017
Tidak hanya di media sosial, tetapi kerjaya di bidang seni dan perniagaan.

Pada mulanya kami fikir tentu sukar untuk kami kumpulkan 17 pasangan selebriti suami isteri yang hebat untuk tahun 2017. Tetapi setelah dibuat perhitungan, terlalu ramai untuk dipilih sehingga undian demi undian kami lakukan. Tapi ingat, ini hanya pendapat dan susunan kami, anda juga pasti ada pilihan yang tersendiri juga. So, lets have some fun! Jom kita lihat 17 pasangan selebriti hebat 2017 mengikut susunan.
17. Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella
Perkahwinan bekas suami Erra Fazira dan pelakon terkenal daripada Indonesia, Laudya Cynthia Bella tahun ini memang sedikit mengejutkan. Namun, kekuatan ikatan kekeluargaan antara mereka dan bekas isteri Engku Emran menjadikan mereka pasangan yang hebat. 'Syurga Yang Tak DiRindukan' seolah diterjemah menjadi cerita benar.
16. Jep Sepahtu dan Sari Yanti
Juga perkahwinan yang mengejutkan dan diadakan secara tertutup. Tetapi dari segi kerjaya, Jep sebagai salah seorang anggota kumpulan Sepahtu memang sangat popular termasuklah dengan program Sepahtu Reunion dan sebagainya. Begitu juga Sari Yanti yang semakin cantik.
15. Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari
Satu lagi pasangan gandingan dua negara, Malaysia dan Indonesia. Baru-baru ini, Ashraf di anugerahkan Selebrity Entepreneur of the Year di SME & Entepreneurship Business Awards. Mereka berdua juga sering digandingkan untuk menjadi duta produk.
14. Adib Khalid dan Izara Aishah
Di dalam usia yang masih muda, Adib telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk Tune Studios / Tune Music. Izara pula, selain melancarkan produk kecantikan sendiri di bawah jenama Madame Izara, masih aktif berlakon drama. Filem lakonan beliau bertajuk Kau Yang Satu ditayangkan pada tahun ini.
13. Datuk Acis dan Datuk Sheila Majid
Datuk Acis banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja di belakang tabir termasuklah menjadi salah seorang pengarah muzik untuk Konsert Sheila Majid di Stadium Negara. Datuk Sheila Majid pula mengembalikan nostalgia konsert-konsert hebat beliau apabila konsertnya di Stadium Negara bukan sahaja dihadiri golongan kerabat diraja, tapi juga artis-artis tempatan dan dari Indonesia. Tweet beliau tentang kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia hampir mencecah 30,000 retweet dan menjadi perbincangan hangat di penghujung tahun 2017.
12. Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin
Selain berlawak jenaka bersama kumpulan Sepahtu, Shuib juga begitu menonjol dengan lakonan beliau di dalam Abang Long Fadil 2 yang mendapat kutipan filem tertinggi di Malaysia. Beliau dan isteri, Siti Sarah juga sentiasa menunjukkan sisi bahagia dan romantik di media sosial. Siti Sarah kembali aktif menyanyi selepas menjadi naib juara Gegar Vaganza pada tahun 2016 dan terpilih menjadi duta beberapa produk di Malaysia.
11. Johan dan Ozlynn
Johan mungkin merupakan penyampai radio yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia. Okay, mungkin! Tapi tidak mustahil. Pasangan suami isteri ini juga sudah mempunyai syarikat produksi sendiri dan mula menerbitkan drama. Dalam kesibukan menjaga keluarga, Ozlynn juga masih aktif berlakon dan menyertai beberapa program TV.
10. Akim dan Stacy
Satu-satunya pasangan penyanyi suami isteri yang termasuk dalam senarai. Akim yang kembali memuncak setelah bergabung dengan kumpulan Majistret sememangnya aktif dalam persembahan pentas dan juga penciptaan lagu. Manakala Stacy yang berehat panjang setelah melahirkan anak mereka yang pertama kembali menggegar dengan single yang paling baru dilancarkan, Cakap Ke Tangan.
09. Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Daripada seorang pelakon, Rozita Che Wan atau Cheta mula melangkah menjadi seorang sosialista. Walaupun masih aktif berlakon dan mengacara, Cheta sudah mempunyai perniagaannya sendiri. Malah beliau kini lebih banyak menjadi duta kepada produk-produk. Begitu juga dengan suaminya Zain Saidin yang mengurangkan aktiviti lakonan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan kasutnya berjenama Zapatos.
08. Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle
Selain pengarahan, Datuk Farid Kamil juga masih aktif berlakon termasuklah di dalam naskah Tombiruo yang meraih lebih RM8 juta di pawagam. Sebelum itu, beliau juga bersama Zul Ariffin di dalam filem J Revolusi dan turut berlakon di dalam filem Pinjamkan Hatiku. Begitu juga dengan Datin Diana Danielle yang turut mencapai pelbagai kecermelangan termasuklah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin baru-baru ini melalui filem Hanyut. Beliau turut terlibat dalam drama bersiri My Coffee Prince.
07. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana
Dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke57 tahun ini mungkin pencapaian terbesar Syamsul pada tahun 2017, selain mengungguli pelbagai anugerah lainnya. Beliau turut berlakon di dalam filem blockbuster 2017, Abang Long Fadil 2, malah semakin hebat sebagai seorang rapper. Puteri Sarah pula walaupun sedikit mengurangkan aktiviti seninya, tetap gah dengan jenama fesyen Islamiknya, Shara.
06. Hairul Azreen dan Hanis Zalikha
Bermula sebagai seorang pelakon, Hairul sebaliknya mula menonjol sebagai juara Celebrity Fear Factor Malaysia. Beliau turut mempromosikan kehidupan yang sihat melalui media sosial milik beliau. Terbaru, beliau terlibat dalam filem Polis Evo 2 yang masih di dalam proses penggambaran terakhir. Hanis pula bermula sebagai blogger dan diangkat menjadi pelakon dan pengacara bijak menyusun atur langkah di dalam bidang seni. Kini, kedua-dua mereka merupakan antara pasangan terhebat 2017.
05. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Nama Aeril Zafrel menjadi sebutan ramai di penghujung 2017 apabila lakonan beliau di dalam drama bersiri Mandatori mendapat perhatian. Sepanjang tahun, keletah suami isteri ini sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana masing-masing begitu sporting, tetapi lakonan Aeril di dalam Mandatori benar-benar menunjukkan kemampuan beliau sebagai seorang pelakon hebat. Wawa pula mula mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Mereka berdua memang power couple!
04. Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani
Yusri yang sebelum ini banyak di belakang tabir, mula ke 'hadapan' bersama isterinya dalam program realiti eBubabypedia. Beliau juga kembali membuat comeback bersama kumpulan KRU untuk konsert Emoji baru-baru ini serta turut menerbitkan siri Saka Sisters. Lisa Surihani pula baru-baru ini dianugerahkan sebagai Top Female Actress di Top Asia Corporate Ball 2017. Selain menjadi duta kepada pelbagai produk, Lisa turut aktif dalam badan kebajikan dan khidmat masyarakat.
03. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Pinjamkan Hatiku menjadi buah tangan Sam untuk tahun 2017. Malah pelakon hebat ini juga sibuk di lokasi penggambaran filem blockbuster Polis Evo 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan. Selain itu, pasangan suami isteri yang menimang cahaya mata pada tahun ini juga mempunyai perniagaan sendiri. Syatilla pula baru sahaja meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita untuk Drama di Anugerah Telenovela. Selain daripada itu, beliau turut menjadi duta untuk pelbagai jenis produk.
02. Fattah Amin dan Fazura
Bermula dengan Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah, akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri. Fattah Amin antara pelakon lelaki yang banyak menerima anugerah popular manakala Fazura pula mengaut anugerah terbaik dalam kategori masing-masing. Sebelum ini, mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Gabungan kedua-dua mereka sangat hebat. Kedua-dua mereka juga baru sahaja memenangi anugerah di Anugerah Telenovela dan Fazura menutup tirai tahun 2017 dengan filem lakonan beliau dalam Ayat-Ayat Cinta 2.
01. Awal Ashaari dan Scha Alyahya
Pasangan paling hebat 2017! Awal sebagai pelakon dan pengacara memang hebat. Bukan setakat itu sahaja, pasangan ini sering sahaja menjadi trendsetter dalam berpakaian. Scha juga baru sahaja terpilih sebagai duta sebuah telefon pintar. Mereka berdua sememangnya bijak mengatur langkah bukan sahaja di dalam bidang seni, tetapi juga di dalam bidang perniagaan. Terbaharu, mereka melancarkan jenama pakaian dan aksesori mereka sendiri, Schawal, dan dijual secara online.
Inilah 17 pasangan selebriti yang kami rasakan berjaya di tahun 2017. Siapa akan terus bertahan di tahun 2018 atau adakah power couple yang baharu akan muncul? Kita nantikan. Selamat menyambut Tahun Baru 2018.

SUMBER: ROJAK DAILY
SIAPAKAH PILIHAN WARGA FORUM?






Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 2280 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2017 11:33 PM | Show all posts
Meols 1st voter hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:37 PM | Show all posts
dah vote
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah vote....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dah vote.  tpi mcm tau je couple mana akan menang. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
#fattzura
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2017 11:48 PM | Show all posts
Dh vote jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Done. Hahahha... Same2 kita nantikan power couple 2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Voted...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Done vote....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 12:32 AM | Show all posts
done voting...!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ive to admit..clearly fattzura
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Thn 2017 adalah thn fattzura mendoniaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Done vote
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Fattzura of the year la chuols
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 02:24 AM | Show all posts
Tentu la Fattzura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2017 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan ah bukak thread tapi dah tahu jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganja vote, Bang Sajat & Kak Yin
Eh, selebriti kah mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah shading and contour tp masih besar
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh vote..  Fattzura le utk 2017.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.530913 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list