CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16756|Reply: 136

[Dunia] Edisi Buruh Haram Malaysia di Korea Selatan: Tak seindah 'Winter Sonata", t

  [Copy link]
Post time 1-1-2018 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-1-2018 09:26 AM

"Tidak Seindah Drama Winter Sonata"

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/01/buruh-korea-cedera-lutut/

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 4:10 PM

Afiq dimasukkan ke hospital selepas dua minggu menetap di rumah tamu yang menjadi tempat perlindungan pekerja asing di Korea Selatan.

PETALING JAYA: Satu lagi kes melibatkan rakyat Malaysia berstatus buruh haram dikesan dan ia melibatkan pemuda berusia 22 tahun berkelulusan diploma dalam bidang marin yang sanggup memperjudikan nasib di Korea Selatan demi meraih pendapatan lumayan.
Namun tanpa diduga, anak muda yang dikenali sebagai Afiq serta graduan institusi pengajian tinggi swasta negara ini ditimpa kemalangan hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen yang serius pada lututnya.

Lebih malang lagi apabila dia tidak menerima rawatan perubatan yang sewajarnya dengan segera.

"Mula-mula majikan saya beritahu hospital tidak beroperasi disebabkan ketika itu cuti umum dan saya terpaksa menahan sakit selama seminggu.

"Kemudian, baru mereka bawa saya ke hospital untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dakwanya lagi, pihak majikan sekali lagi menimbulkan masalah apabila memungkiri janji untuk membiayai kos pembedahan lutut Afiq yang mencecah KRW9 juta (RM33,737).

Pemuda itu mendakwa pada asalnya pihak majikan berjanji untuk menanggung semua kos perubatan termasuk pembedahan, namun berubah fikiran selepas mengetahui kos yang dikenakan terlalu tinggi.


Seorang lagi mangsa rakyat Malaysia membuat aduan di pejabat Kementerian Pekerjaan dan Buruh kerana tidak dibayar gaji.


"Mereka hanya menanggung bil pemeriksaan kesihatan dan ujian MRI, kemudian mereka meminta saya pulang ke Malaysia untuk jalani pembedahan dan kembali semula bekerja apabila sudah pulih.

"Saya yang tidak tahu hak sebagai seorang pekerja hanya menanggung sakit di rumah sebelum membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Hidup di sini tidak seindah drama Winter Sonata," katanya yang bekerja di Korea Selatan menggunakan visa pelancong.

Namun, nasib Afiq berubah apabila dia ditakdirkan berjumpa dengan seorang aktivis kemanusiaan yang juga seorang rakyat Malaysia, Z Hilmi di restoran Kampungku di Myeong-dong, Seoul, beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia.

Aktivis tersebut menasihatkan agar Afiq membuka kes tuntutan ke atas majikan agar bertanggungjawab ke atas insiden yang menimpa dirinya.

Dalam tempoh dua minggu mangsa menetap di rumah tamu aktivis tersebut, dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan dan segala kos ditanggung pihak majikan.

"Kalau bukan kerana rezeki saya berjumpa dengan sukarelawan itu, saya tidak tahu sebenarnya kes saya boleh dilawan di pejabat buruh," ujarnya.


Buruh Haram Malaysia Tanggung Risiko Sendiri

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/01/reezal-merican-korea/

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 10:22 AM

Kedutaan Malaysia di luar negara berdepan kesukaran untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tanpa permit yang sah.

PETALING JAYA: Nasib sekumpulan rakyat Malaysia yang bertindak melulu ke Korea Selatan untuk mengejar gaji lumayan yang ditawarkan dan kini terkandas akibat pelbagai masalah masih diawang-awangan.

Status pekerja tidak sah kerana menyalahgunakan tempoh tiga bulan sebagai pelancong itu adalah faktor utama yang menyukarkan pihak kerajaan Malaysia untuk menyalurkan bantuan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mereka yang menerima tawaran  pekerjaan di luar negara wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat sahih dan terperinci mengenai syarat-syarat bekerja di negara tersebut.

"Sila dapatkan maklumat melalui kedutaan asing yang berkenaan di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara berkaitan.

"Kedutaan Malaysia di luar negara akan sentiasa membantu rakyat kita tetapi terpaksa menghadapi kesukaran dalam memberi bantuan konsular sekiranya mereka didapati bekerja di luar negara tanpa permit sah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Rata-rata mangsa mendakwa, para ejen yang membawa mereka ke Korea Selatan bertindak lepas tangan sekiranya mereka mengalami kecederaan di tempat kerja.

Malahan, Reezal Merican mengakui sedia maklum mengenai kegiatan segelintir pihak yang menawarkan peluang pekerjaan sambil melancong kepada rakyat Malaysia dan mengumpan mereka dengan gaji lumayan.

Tambahnya, mana-mana individu yang memasuki sebuah negara tanpa permit atau visa sah, termasuk permit pekerja asing, boleh dihadapkan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.

"Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarkan imej negara kita. Oleh itu, saya ingin menasihati semua pihak untuk berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

"Setiap rakyat Malaysia yang ingin mengunjung mana-mana negara hendaklah mematuhi syarat kemasukan dan undang-undang tempatan yang sewajarnya," ujarnya.

Pihak polis Korea Selatan dan dua aktivis kemanusiaan membantu seorang mangsa, rakyat Malaysia mendapatkan haknya daripada majikan.

Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mendedahkan, hampir semua yang bekerja di sana memperjudikan nasib masing-masing selepas diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

Tawaran gaji berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan kerja-kerja '3D' (dirty, difficult, dangerous-kotor, sukar,bahaya)yang tersedia di Malaysia menjadi faktor utama rakyat kita sanggup mengambil risiko mencari rezeki di negara K-pop itu.

Namun, ada harga yang harus dibayar untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan tersebut.

Dibiarkan bekerja lebih masa, tidak dibekalkan pakaian keselamatan, hilang anggota badan akibat kemalangan, dipukul majikan dan tidak dibayar gaji adalah antara situasi yang membelenggu pekerja asing di negara tersebut.


Buruh Haram: Rakyat Malaysia Ditawar Kerja Kotor, Bahaya

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/01/buruh-haram-korea/

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 8:00 AM

Kebanyakan rakyat tempatan mengelak bekerja dalam sektor kerja-kerja '3D' terutama di sektor pembinaan dan pembuatan yang dianggap 'teruk' dan gajinya rendah. - Gambar hiasan

PETALING JAYA: Korea Selatan dilihat agak terbuka dalam menerima masuk pekerja asing untuk bekerja di negaranya, terutama dalam bidang yang berisiko tinggi.

Ini kerana kebanyakan rakyat tempatan mengelak bekerja dalam sektor tersebut yang dilabelkan sebagai kerja-kerja '3D' (dirty, difficult, dangerous-kotor, sukar,bahaya)terutama di sektor pembinaan dan pembuatan yang bagi mereka 'teruk' tetapi gajinya dianggap rendah.

Situasi ini menyebabkan kerajaan Korea Selatan mengkaji masalah kekurangan tenaga buruh dalam setiap industri secara tahunan dan menetapkan kuota pekerja asing dalam skim kerja berkemahiran rendah berdasarkan keperluan majikan.

Melihat senario ini, tidak hairanlah jika kerajaan negara ini turut mempunyai peruntukan dan menyediakan pampasan untuk pekerja asing yang cedera atau terbabit kemalangan di tempat kerja.

Menurut wartawan media di negara itu, Korea Herald (KH), Ock Hyun-ju yang bekerjasama dengan mStar Online bagi menyingkap isu ini, katanya, menerusi Akta Piawaian Buruh dan Akta Insurans Pampasan Kecacatan Perindustrian, pekerja tempatan dan pekerja asing akan dibayar pampasan untuk sebarang kecederaan yang berlaku di tempat kerja.



Seorang mangsa rakyat Malaysia membuat aduan di pejabat Kementerian Pekerjaan dan Buruh kerana tidak dibayar gaji.

"Permohonan memfailkan pampasan kepada Kementerian Pekerjaan dan Buruh tidak memerlukan persetujuan majikan, malah mereka yang tinggal di negara ini secara haram boleh menerima wang itu.

"Tempoh mereka berada di sini akan dilanjutkan sehingga mereka selesai menjalani rawatan. Apabila rawatan selesai, mereka dihantar kembali ke negara asal," kata Hyun-ju.

Hyun-ju yang membantu daripada segi perkongsian maklumat mengenai situasi ini di Korea Selatan turut turun padang dan bertemu dengan beberapa mangsa dari Malaysia di sana yang cedera semasa bekerja, tetapi diabaikan oleh majikan.

"Pekerja asing rasa sukar untuk menerima pampasan disebabkan halangan bahasa, kesedaran yang rendah terhadap skim itu dan mereka takut hilang kerja atau dihantar pulang jika bertegas menuntut pampasan.

"Kebanyakan pekerja tanpa memiliki status sah, seperti pekerja Malaysia yang disebut dalam artikel terdahulu mendapati lebih sukar untuk menerima pampasan kerana mereka diupah secara harian dan tidak menandatangani kontrak dalam banyak kes," katanya selepas membuat semakan.

Hyun-ju turut memetik seorang aktivis tempatan berhubung majikan yang cenderung untuk menutup kes dengan memberi 'wang penyelesaian' kepada pekerja yang cedera bagi mengelak daripada membayar skim insurans kendalian kerajaan pada kadar yang tinggi.


Hyun-Ju (tiga dari kanan) ketika menemubual pekerja asing yang merupakan rakyat Malaysia di Korea Selatan.

"Di bawah undang-undang, kadar yang perlu dibayar untuk skim ini bergantung kepada jumlah kemalangan industri di tapak kerja mereka.

"Mereka juga harus membayar denda jika ditangkap mengupah pekerja asing tidak berdaftar. Selain itu, perniagaan yang mecatat kadar kemalangan yang tinggi didapati tidak mendapat banyak kelebihan," katanya.

Mengikut data kerajaan Korea Selatan, tahun ini jumlah pekerja asing dalam Sistem Permit Pekerjaan (EPS) yang dari 16 negara di Asia dan Asia Selatan untuk mengisi kekurangan buruh di bidang pembuatan, perikanan dan pertanian adalah sekitar 275,000 orang.

Visa EPS membenarkan mereka bekerja di sana sehingga empat tahun dan 10 bulan.

"Malaysia bukan salah satu daripada 16 negara, sebab itu rakyat Malaysia tidak mempunyai laluan rasmi untuk memasuki pasaran buruh di sini," katanya.

Permintaan pekerja asing berkemahiran rendah terus meningkat di kalangan majikan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana, kerana mereka mencari buruh yang lebih murah.

Bagaimanapun, pada masa sama kerajaan Korea Selatan perlu berhati-hati bagi mengelak pandangan awam bahawa pekerja asing 'mengambil' pekerjaan penduduk tempatan.



Buruh Haram:Rakyat Malaysia Tagih Bantuan


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/31/sukarelawan-korea/

Diterbitkan: Ahad, 31 Disember 2017 10:21 PM

Z Hilmi (kanan) turut berurusan dengan pihak polis Korea Selatan yang bekerjasama dalam membela nasib mangsa.

PETALING JAYA: Bekerja tanpa permit yang sah dan hanya menggunakan visa pelancong adalah antara dilema yang menghantui rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pembelaan selepas ditindas majikan di Korea Selatan.

Ada antara mereka yang pulang semula ke Malaysia dengan tangan kosong, malahan mengalami kecacatan kekal tanpa mengetahui mereka berhak mendapatkan bantuan dan pampasan daripada pihak majikan.


Seorang sukarelawan Malaysia yang dikenali sebagai Z Hilmi, 29, kecewa apabila ada pihak yang mendakwa mangsa-mangsa penindasan majikan itu tidak dilindungi undang-undang buruh di negara tersebut kerana datang bekerja sebagai 'buruh haram'.

"Ada visa (bekerja) atau tidak, itu saya akan tolak ke tepi. Saya akan bantu semua mangsa secara habis-habisan sehingga mereka dapat hak sebagai seorang pekerja.

"Sebenarnya, kes-kes penindasan melibatkan rakyat asing boleh dilaporkan ke Kementerian Pekerjaan dan Buruh di Korea Selatan dan mereka akan bantu tanpa mengira status kewarganegaraan mangsa tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.



Pandangan dari arah luar ke salah satu kilang yang menjadi tempat rakyat Malaysia bekerja di Korea Selatan.

Untuk rekod, Malaysia tidak tersenarai dalam 16 negara yang telah menandatangani perjanjian dengan Korea Selatan menerusi Sistem Permit Pekerjaan (EPS).

Sementara itu, Kementerian Pekerjaan dan Buruh di negara itu bertanggungjawab untuk memeriksa dan memilih warga asing yang dibenarkan bekerja di negara yang mempunyai kuasa ekonomi keempat terbesar di Asia itu berdasarkan kebolehan mereka berbahasa Korea.

Perkara tersebut disahkan oleh Ock Hyun-ju, rakan kerjasama media mStar Online di Korea Selatan, Korea Herald (KH) yang sama-sama menyingkap isu ini di negara K-pop itu.

Beliau turut bertemu dengan rakyat Malaysia di Seoul yang cedera akibat jarinya tersekat di dalam mesin, putus jari dihempap mesin dan gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Menurut rekod sukarelawan bebas itu pula, kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa di Korea Selatan dan ia melibatkan sebanyak 87 kes dalam tempoh dua tahun.



Gambar menunjukkan mangsa yang tidak dibayar gaji terpaksa mengasingkan besi dan aluminium yang diambil dari tempat pelupusan sampah.

Jelasnya, antara jenis masalah yang pernah dikendalikannya adalah melibatkan kes putus jari, patah kaki, patah tangan, cedera akibat terkena asid, dipukul majikan dan tidak dibayar gaji.

Z Hilmi yang mula berkhidmat di negara itu sejak September 2016 berkata, dia dan majikannya yang berasal dari Maghribi akan cuba menyelesaikan masalah setiap mangsa melalui perbincangan bersama pihak majikan.

Namun, sekiranya pihak majikan enggan bertanggungjawab, mereka berdua akan membuat aduan ke Kementerian Pekerjaan dan Buruh dan berjuang sehingga kes tersebut selesai.

"Saya tidak dapat nyatakan bagaimana bos saya (lelaki Maghribi) melakukannya, tapi dia yang banyak membantu menguruskan kes-kes mangsa di sini.

"Saya banyak melihat perjuangannya menuntut hak mangsa sehingga berlaku pergaduhan antara beliau dan pihak majikan. Lepas saya lihat kesungguhannya, saya tidak sampai hati untuk meninggalkan negara ini dan membiarkan beliau keseorangan membantu orang-orang kita," katanya yang pada mulanya tidak merancang untuk menetap lama di negara itu.





Kiri: Keadaan kaki salah seorang mangsa yang terkena asid. Kanan: Keadaan jari mangsa yang terputus akibat kemalangan di kilang.

Pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga menganggap sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari mangsa-mangsa yang telah pulang ke Malaysia tanpa sebarang pembelaan.

Z Hilmi turut berharap agar mana-mana pihak di Malaysia dapat menghulurkan bantuan untuk tujuan tersebut.

Buat masa ini mangsa-mangsa yang terkandas di Korea Selatan dibenarkan menginap di rumah tamu milik majikannya sekiranya tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

"Jika kes mereka berjaya diselesaikan, mangsa hanya diminta menyumbang sejumlah kecil daripada wang pampasan yang diterima bagi memudahkan kami menggunakan wang itu untuk membantu mangsa lain.

"Namun, jika kes tersebut gagal diselesaikan, mereka dibenarkan tinggal secara percuma termasuk diberikan makan dan pakaian," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2018 05:26 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 1-1-2018 09:30 AM

Cacat, Pokai Habuan Buruh Haram Malaysia Di Korea Selatan

http://www.mstar.com.my/berita/b ... daan-korea-selatan/

Diterbitkan: Ahad, 31 Disember 2017 2:00 PM



Gambar-gambar rakyat Malaysia yang cedera didakwa semasa mereka bekerja di pelbagai sektor Korea Selatan.

PETALING JAYA: Hanya kerana mengejar gaji lumayan dan tergoda dengan janji manis pihak tertentu, ada dalam kalangan rakyat Malaysia cacat atau cedera akibat bekerja di Korea Selatan.

Memang kasihan, tetapi itulah realiti kehidupan di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segala-galanya kerana tarikan won Korea!

Pendedahan insiden menyedihkan itu dibongkar dengan pendedahan beberapa mangsa dan sumber yang rapat dengan mereka kepada mStar online.

Kumpulan ini, jika sekali pun 'terlepas' risiko ditipu ejen yang menguruskan kemasukan mereka, ia sama sekali tidak menjanjikan kesenangan hidup atau gaji tinggi seperti yang diimpikan sebelum terbang ke negara K-Pop itu.


Hakikat ini diakui beberapa rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa, hanya kerana keterujaan untuk mendapat tawaran gaji tinggi antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan, sambil kononnya mahu mahu menimba pengalaman bekerja di luar negara.

Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap kes biasa,  ada yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan aspek kebajikan dan keselamatan sebagai pekerja oleh pihak majikan.

Paling mengejutkan apabila ada antara mereka yang sebelum ini sempurna, terpaksa pulang ke tanah air dalam keadaan cacat dan cedera disebabkan kemalangan di tempat kerja, dan lebih menyedihkan apabila majikan hanya lepas tangan.

Semua ini kerana mereka masuk menggunakan visa pelancong dan status mereka di sana sebagai buruh haram!


Antara posting tawaran kerja di Korea Selatan yang banyak ditawarkan di Facebook.

Antara yang menjadi mangsa adalah seorang bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangan ketika bekerja di sebuah kilang besi, April lalu.

"Saya hanya fikir tentang duit apabila memilih bekerja di Korea sehingga melupakan aspek keselamatan diri," katanya yang berusia 26 tahun, tetapi enggan mendedahkan identitinya.



Afiq (bukan nama sebenar), 22, yang mempunyai diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur pula cedera pada lutut apabila terlibat dalam kemalangan di kilang konkrit tempat dia bekerja kira-kira enam bulan lalu.

Malang nasibnya apabila majikan bukan saja berlengah-lengah untuk menghantarnya ke hospital dengan memberi 1001 alasan, tetapi juga enggan menjelaskan bil rawatan sebanyak RM33,737 seperti yang dijanjikan.

"Sebaliknya mereka menyuruh saya balik ke Malaysia untuk pembedahan dan datang bekerja semula apabila  sembuh," katanya.

Bagaimanapun Afiq tidak menganggap dirinya ditipu ejen, tetapi lebih kepada menjadi mangsa majikan di Korea Selatan yang tidak mementingkan keselamatan dan kebajikan pekerja.


Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mengakui realiti kejadian ini dengan mendedahkan seramai kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa melibatkan 87 kes dalam tempoh dua tahun.

Jelasnya, hampir semua yang bekerja di sana memperjudikan nasib masing-masing selepas diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

"Sebanyak 90 peratus yang datang bekerja di sini adalah lelaki dan mereka dikehendaki melakukan kerja dalam pelbagai bidang seperti pekilangan, pembinaan dan perladangan di beberapa lokasi seluruh Korea Selatan.

"Kebanyakan mereka berusia 20 hingga 30 tahun ini ditawarkan kerja-kerja berat, termasuklah wanita," dakwanya sambil menambah ada juga pekerja yang berusia lebih 40 dan 50 tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini belum ada laporan mangsa wanita yang ditawarkan kerja sebagai pelacur.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang datang bekerja di Korea Selatan bernasib tidak baik.

"Ada yang bekerja dengan selamat dan mendapat gaji lumayan seperti yang dijanjikan.

"Jika mereka bernasib baik, mereka akan dapat pekerjaan yang sesuai dengan diri dan kemampuan mereka, tapi kebanyakannya diberikan tugas berat," katanya sambil menambah nisbahnya adalah 2:10.


Apa yang pasti, sama ada mereka ini pulang semula ke Malaysia dengan membawa habuan lumayan atau terpaksa kembali dalam keadaan cacat, mereka tetap tidak dapat lari daripada gelaran 'buruh haram'.

Persoalannya, adakah wajar mereka ini mendapat pembelaan dan adakah ejen yang tanpa rasa takut menawarkan peluang kerja ini secara terbuka patut dibiarkan terlepas begitu sahaja?.

Setakat ini, kami masih menunggu maklum balas pihak bertanggungjawab di negara ini dan juga Korea Selatan berhubung perkara ini.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 05:57 PM | Show all posts
dia orang ni sindiket guna nama backpacker, guna nama travel agent tidak berdaftar  walhal  realiti tak register dengan kerajaan. kasihan siapa2 terpedaya mohon pihak berkuasa gempur habis habisan mana2 agent yang menipu mangsa2 kerja korea ni.

mana2 mangsa buat je report polis dan buat aduan dekat nst. biar wartawan bongkar kegiatan penipuan mereka2 yang berkenaan.

habis lah wartawan dah bongkar semua . good job wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak ke korea. Diorang tu pun depress, kos sara hidup tinggi.. aku dah gi korea, mahal hokayyy... brg, makanan lebih mhl dari singapore.. dapat beribu2 won bayar sewa mkn kat sana, pulangan sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 06:41 PM | Show all posts
umbut replied at 1-1-2018 06:19 PM
Sibuk nak ke korea. Diorang tu pun depress, kos sara hidup tinggi.. aku dah gi korea, mahal hokayyy. ...

kena faham yang menipu ni agent :

>janjikan gaji RM 7000, hakikat realiti kilang nak pekerja lebih 3 bulan, gaji kerja 3 bulan sama ada burn dpt kat agent penipu atau pun dapat> separuh
> agent ni janjikan id card sama cm australia janjikan bridging visa. hakikat semua cara ni illegal. dan id card ni dh ada orang buat aduan  minggu lepas pasal mat kobis
> id card bayaran 500 000 won dapat duduk korea legal 2 tahun
> rakyat malaysia xde visa kerja 3D kt korea hanya negara tertentu sahaja ada
> agent ambil duit tak sambut kat airport
> agent ambil duit kerja takde lepas tu pau duit rumah sewa
> agent guna duit gaji budak malaysia di australia lari ke korea

sindiket korea australia ni sama je. hati2 lah. guna nama macam2 hakikat tetap sama agent. benda tak jadi isu kalau agent bertanggungjawab , jadi isu bila agent menipu lepas tangan buat hal. dah ramai jadi mangsa sebab tu kecoh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 06:58 PM | Show all posts
umbut replied at 1-1-2018 06:19 PM
Sibuk nak ke korea. Diorang tu pun depress, kos sara hidup tinggi.. aku dah gi korea, mahal hokayyy. ...

well at least bleh pakai baju sejuk tebal2 main salji...takpun selfie berlatarbelakang cherry blossom utk masuk salam perantau..bangga kot org kampung tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2018 06:59 PM | Show all posts
dahla masuk secara haram..keje pun secara haram..dah sebijik prangai cam PATI yg korg pandang keji tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada beza dengan indon dan bangla yang masuk secara haram di negara kita demi sesuap nasi.

Itu pun ada aja rakyat kita yang mencerca.
Mungkin macam tu juga ummah kpop mencerca orang kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama macam buruh bangla nepal rohingya yg kena tipu kt malaysia la. Sengsara.
Baik ko keje lt malaysia je dekk
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hadoi la
bikin malu la.keje buruh kat mesia x de class ke sampai nak ke korea nun?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu sot kabar msia crita cam abah dier yg dok sana
Yg kat cni punya crita selg boleh ko sorok
Ni wartawan ke mesyuarat tingkap punya crita
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 08:00 PM | Show all posts
Sekurang-kurangnya Kementerian Buruh Korea tolonglah jugak walaupun tau dia orang ni berstatus buruh haram kerja takde permit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 08:34 PM | Show all posts
berita susulan viral budak kobis yg bangga gaji 12k keje petik kobis kat korea.  sekarang dah kecoh malaysian nk masuk kore a selatan dah susah.  seketat- ketat pemeriksaan imigresen kat sana bagi rkayat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suatu ketika dahulu Malaysia di hadapan Korea Selatan tetapi sekarang jauh ketinggalan. Rakyat Malaysia yang ada diploma dan ijazah bekerja kilang di sana kerana gaji lebih lumayan? Mencerminkan betapa jauhnya Malaysia tertinggal. Memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya bila jatuh sakit di negara orang & tidak dipedulikan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Maleis = indon/bangla/nepal/myanmar/vietnam di mata k-pop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2018 09:15 PM | Show all posts
spital tak dibuka sbb cuti umum?


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran pulak aku x-pramugari nak keja kilang besi. Gaji pramugari tak masyuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 09:26 PM | Show all posts
umbut replied at 1-1-2018 06:19 PM
Sibuk nak ke korea. Diorang tu pun depress, kos sara hidup tinggi.. aku dah gi korea, mahal hokayyy. ...

tapi tu la nyah..tengok je video mak hayam botak dok gebang pasal korea terus bebudak baru nak up belajar malas ni percaya nyah...the power of saliva sangat nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 09:27 PM | Show all posts
saladin780 replied at 1-1-2018 06:59 PM
dahla masuk secara haram..keje pun secara haram..dah sebijik prangai cam PATI yg korg pandang keji t ...

tak mengapa lah nyah..perangai pun sama macam pati agaknya nyah..pengotor dan suka ludah sana sini nyah...harum nama negara dibuat nyah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.201317 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list