CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Dunia] Edisi Buruh Haram Malaysia di Korea Selatan: Tak seindah 'Winter Sonata", t

  [Copy link]
Post time 2-1-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelip2_07 at 2-1-2018 01:08 AM
chazey replied at 1-1-2018 10:53 PM
Macam tak je. Tengok adik ipar ai yang keja under MAS macam hidup cukup makan je... Mungkin yang m ...


kwn ai kakak tu keje mas hampir 22 taun..start ujng taun 2015 mcm tu brenti..ms tu kn mas dh krgkn staff..klu keje pn dia kata xberbaloi..lg senior lg dorang xnk sbb kena byr gj mhl. last2 keje kontrak ngan company lain pegi ms umrah ngan haji jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah alang2 cedera tu. Pergi mati je la. Masuk sana secara haram. Lepas ni kena visa pulak. Dlu australia ketat, sekarang ni korea pulak. Buat tindakan takde fikir dlu. Kejar gaji besar je. Bimbo plak tu. Hospital tutup ke masa cuti. Hak sendiri pun tak tau. Tak kaji betul2 sebelum p. Memang 100% salah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 1-1-2018 10:29 PM
kalau dengar cerita PATI dan warga asing yang masuk kerja di malaysia, lebih menyayat hati...
sam ...

harap merepot je malaysians bodoh jadi PATI bangsat kat negara orang itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sendiri cari pasal, susah jugak nak kasian. Agent2 ni pulak amek kesempatan atas kau org. Mmg keji lah kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 03:49 AM | Show all posts
Dedulu bangsa cina malaysia jer yang suka kerja di korea, taiwan dan Jepun cara haram .. la ni Melayu pulak ya. Kira okaylah tokey hantar hospital cuma tak bayar bill jer .. acu tokey bagi samseng yang settle mati katak jer di negara orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian yg jd mangsa kemalangan kt tmpt keje ni .. tp at the 1st place matlamat x menghalalkn cara .. msk bkn under permit keje .. jdnya bila kerja dh mcm menipu la .. mana nk dtg keberkatannya .. jd apa2 mmg susah .. cari jalan utk bekerja luar negara secara sah .. yg pegi ni mmg dh x pikir apa dh .. mgkn sbb dh x nmpk jln utk survive hutang piutang kt msia .. moga dipermudahkn la urusan dorang ni ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2018 06:10 AM | Show all posts
shernazz replied at 1-1-2018 07:50 PM
hadoi la
bikin malu la.keje buruh kat mesia x de class ke sampai nak ke korea nun?

bukan xde class dik, tapi jumlah pedapatan tu yang beza. Kalau kat malaysia ni ibarat gaji buruh RM1500 sebulan maybe di Korea rm4500-5000 (mungkinlah). So kalau bekerja di korea sambil kerja boleh kenal tempat orang gitu. Kebanyakkan yang kerja hanya fikir pasal duit saja tapi tidak pernah terfikir pasal kecederaan atau kemalangan ibarat kata untung sabut..macam tu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 1-1-2018 10:23 PM
kalau tak silap aku, kes pramugari ni kerana dia diberhentikan kerja... terdesak punya pasal, dia  ...

Gitu kisahnya, patutla dia sanggup keja kilang besi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 1-1-2018 10:53 PM
Macam tak je. Tengok adik ipar ai yang keja under MAS macam hidup cukup makan je... Mungkin yang m ...

Depends on kampeni apa & seniority la kot. Kawan2 gay iols keja pramugara seawal grad dulu sampai umo 40 tahun ni kehidupan sungguh lavish sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 2-1-2018 12:00 AM
X masyuk
Yg masyukny side income as stwrds

Oopppss!
Iols pun terus teringat muvie hot tahun 90an 'Pramugara Terlampau', itu pun kira part time gak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 1-1-2018 08:42 PM
Suatu ketika dahulu Malaysia di hadapan Korea Selatan tetapi sekarang jauh ketinggalan. Rakyat Malay ...

Yeah. Tahun 1990 dulu memang Malaysia depan sikit dari Korea. Tetiba dalam tempoh 20 tahun Korea take over kita bertiang - tiang kita tinggal. Siapa PM masa tu?     Oh 1 lagi tak boleh Salah kan PM 100%. Negara ni macam kereta Dan pemandu. Pemimpin adalah pemandu manakala rakyat adalah enjin Dan Kereta. Kalau pemandu Handal sekali pun enjin buruk rasa2 berapa lama nak sampai destinasi?  So, menjadi satu hal pemandu nak cari Dana repair enjin. So,  ikut tahap lah enjin tu nak repair sampai jadi Bagus, so bila enjin dah Bagus baru lah sampai destinasi dgn cepat. So, pemandu memang play the important role. Cuma bagi aku kita kerja as a team. Kalau ko tgk Cara rakyat Korea bekerja Dan mentality nya. Ko akan rasa no wonder lah Malaysia ketinggalan. Ni Kalau ko compare mentality Dan Cara bekerja rakyat Korea Dan Malaysia lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi lah. Ramai rakyat kita obses nak kata. Takat 12k tu kat Malaysia pun ko boleh dapat. Dgn syarat ko Ada kelulusan Dan skill. Ni Kalau belajar pun tak habis darjah 6 macamana ko nak dapat 12k?  Bodoh lah org yg Gi Korea semata2 untuk 12k
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:17 AM | Show all posts
chazey replied at 1-1-2018 10:53 PM
Macam tak je. Tengok adik ipar ai yang keja under MAS macam hidup cukup makan je... Mungkin yang m ...

pramugari ni kalo gaji basic mmg sikit katanye
yg lavish tu sbb allowance ...baru masyukkk income nya

kokye pun nak gaji tinggi jangan la convert ke RM
dok kat korea bukan murah living costnye kena la ikut won


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:19 AM | Show all posts
kalau kerja senang tak berisiko, tak kotor....logic org korea tak akan bagi org luar buat....
umpannya mesti gaji lumayan...tapi risiko putus tangan, putus anggota badan & kematian... tanggung sendiri lah...


so fikir fikir kan lah....lebih baik kerja di negara sendiri...walaupun gaji sederhana...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kerja dekat singapore pun bleh dpt camtu

nape nak jejauh sampai korea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2018 09:21 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 2-1-2018 01:22 AM

"Bantu Buruh Haram, Jangan Biar Terkapai-Kapai"

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 8/01/02/pokb-korea/

Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 8:00 AM

Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@thestar.com.my



PETALING JAYA: Situasi yang menimpa rakyat Malaysia yang bekerja sebagai buruh haram di Korea Selatan tidak harus dipandang sepi dan mereka perlu menerima pembelaan sewajarnya atas dasar kemanusiaan.

Pengakuan demi pengakuan tentang penindasan yang dialami mangsa berjaya menarik perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) untuk menjadi penyelaras bagi melancarkan Misi Tabung Kemanusiaan Rakyat Malaysia Di Korea Selatan.

Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pihaknya bersedia menjadi penyelaras yang akan menggerakkan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dari segi kewangan dan makanan, juga tiket penerbangan untuk membawa mereka pulang.

“Saya terkejut apabila mengetahui tentang perkara ini. Biarpun perbuatan mereka bekerja menggunakan visa pelancong itu menyalahi undang-undang, namun ia tidak bermakna mereka perlu dibiarkan menanggung risiko sendirian.

“Kita akan bantu atas dasar kemanusiaan dan kesilapan mereka bukannya melibatkan dadah. Tapi, membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa bantuan itu sedikit sebanyak mencalarkan maruah negara,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sheikh Ahmad Dusuki berkata demikian ketika mengulas mengenai dilema rakyat Malaysia yang ditindas oleh majikan di Korea Selatan gara-gara bekerja tanpa permit yang sah menggunakan visa pelancong.

Sheikh Ahmad Dusuki aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan melangkaui sempadan negeri Kelantan.


mStar Online pada Ahad melaporkan, terdapat mangsa yang pulang ke Malaysia dengan tangan kosong, malahan mengalami kecacatan kekal kerana kemalangan di tempat kerja tanpa mengetahui mereka berhak mendapatkan bantuan dan pampasan daripada majikan.

Buat masa ini, seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang dikenali sebagai Z Hilmi bekerja dengan seorang sukarelawan Maghribi di Korea Selatan dalam usaha memperjuangkan nasib mangsa sehingga kes mereka berjaya diselesaikan.

Mereka menyediakan tempat tinggal sementara buat mangsa yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

Selain itu, aktivis tersebut turut mengadakan perbincangan dengan pihak majikan dan berurusan dengan pejabat buruh untuk memastikan hak mangsa dikembalikan.

Difahamkan, kini terdapat kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa di negara itu dan ia melibatkan sebanyak 87 kes dalam tempoh dua tahun.

Antaranya melibatkan kes putus jari, patah kaki, patah tangan, cedera akibat terkena asid, dipukul dan didera majikan serta tidak dibayar gaji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah tlg translate whatsapp conversation utk pihak immi korea...nasib kau laaaaaa..agen tu pon x boleh buat apa kalau jd masalah..bkn diorang ada connection dgn sapa2 pon..tlg beli tix je pon....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 1-1-2018 06:58 PM
well at least bleh pakai baju sejuk tebal2 main salji...takpun selfie berlatarbelakang cherry blos ...

"kami pelajar tahun akhir kursus kejuruteraan elektrikal dr university of seoul mengucapkan selamat hari raya pada mak abah, tok wan, uwan, maktok, along, angah, bang cik, kak cik, kak teh, bang teh, ucu, busu, kucing kami comel, ex-mrsm bitara 1995, etc etc" - utusan meloya
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 1-1-2018 10:49 PM
Sedihnya nasib korang kat negara kpop dek. Bangla yindon sangat tarafnya.

Sistah..sudah la selama ni pon org korea dgr nama malaysia...dh dipandang rendah tau...dongnama dia panggil kita..south east asian...merefer kpd malaysia indon vietnam...tarap2 tu je kita..tp ok la sket bila kita kata kita dtg under gov punya scholarship utk belajar...or kerja dkt conglomerate..sebut kah samsung cj...baru dorang oooo waaaaaa...baru reti nk respek..neh dtg plak geng pati ni...kalau tanya kerja apa...pemetik kobis...haaa mmg dorang terus associate kan malaysia--dongnama--pekerja low classs...masuk plak secara haram.. Memburukkan nama malaysia je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
PERIHAL PELUANG KERJA DI KILANG ATAU LADANG DI KOREA SELATAN. PERKARA-PERKARA DAN RISIKO YANG PERLU ANDA TAHU

Assalamulaikum.

Sebagai rakyat Malaysia yang telah lebih 10 tahun menetap di Korea dan tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang dan budaya kerja di sini, saya rasa terpanggil untuk membuat penjelasan tentang perkara ini untuk manfaat bersama.

Sejak akhir-akhir ini saya selalu menerima mesej(pm)/inbox melalui facebook bertanyakan dan meminta saya mencari peluang kerja kilang @ ladang korea. Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya bukan ejen pekerjaan, Semalam pula telah  tular video tentang seorang pemetik kubis di Korea yang mendakwa dapat gaji dalam RM 11000 selepas sebulan lebih bekerja.

Sebelum saya menulis panjang tentang entri kali ini, tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk menutup periuk nasi anda yang sedang bekerja disini. tetapi adalah untuk memberi panduan dan juga peringatan  kepada anda di Malaysia yang ingin datang bekerja di kilang atau ladang di Korea dengan visa pelancong. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Kebelakangan ini  banyak pihak ejen pekerjaan yang menawarkan peluang kerja di Korea secara melancong dengan menjanjikan gaji yang lumayan. Sebelum anda membuat keputusan untuk datang bekerja di sini, silalah membuat sedikit kajian dan bertanya kepada sesiapa yang pernah menetap di Korea kerana pihak ejen kebiasaanya akan hanya memberikan khabar-khabar indah sahaja dan jarang menerangkan risiko-risiko yang akan anda hadapi jika datang bekerja di sini.

DI BAWAH INI SAYA SENARAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM ANDA DATANG BEKERJA KILANG @ LADANG DI KOREA SELATAN

1.   STATUS RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DI KILANG ATAU LADANG DI KOREA SELATAN

Biasanya pihak ejen akan membuat iklan bekerja secara melancong. Ingin saya ingatkan anda datang ke Korea dengan menggunakan visa melancong @ lawatan sosial.

Tujuan visa melancong dikeluarkan adalah untuk memberi anda tempoh waktu untuk melancong di Korea dengan masa maksimum  90 hari dan pihak kerajaan Korea berharap anda akan BERBELANJA wang anda  di Korea kerana ini dapat menjana pendapatan rakyat tempatan.

Kesimpulannya, bekerja di Korea dengan menggunakan visa melancong adalah HARAM dan merupakan kesalahan  dari segi undang-undang imigresen Korea.  Sekiranya berlaku serbuan oleh pihak imigresen ketika kau sedang bekerja,bersedialah untuk masuk depot tahanan dan anda akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing dan dilarang untuk memasuki Korea selama beberapa tahun.

Setakat ini ramai rakyat Malaysia yang datang ke Korea selama 90 hari, pulang ke Malaysia sekejap dan dan datang kembali untuk bekerja.  Perkara ini mungkin belaku selama beberapa tahun.  Ada juga yang overstay. So behave.

2.  EJEN YANG MENAWARKAN FOREIGN IDENTITI CARD (ID) UNTUK SESIAPA YANG TIDAK MAHU BERULANG ALIK KE MALAYSIA

Saya mendapat maklumat ada ejen yang menawarkan khidmat membuat  ID Korea dengan bayaran 600000-100000 KRW melalui orang tengah. Dengan ID ini konon-kononnya anda telah menjadi penduduk Korea yang sah untuk bekerja.

Perlu diingatkan, rakyat Malaysia tidak akan ditawarkan Visa/permit non-skilled worker/E-9 jika bekerja didalam job skop yang dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Demeaning, and Dangerous) job di Korea. Hanya rakyat dari negara (Philippines, Mongolia, Sri Lanka, Vietnam, Thailand, Indonesia, Uzbekistan, Pakistan, Cambodia, China, Bangladesh, Nepal, Kazakhstan, Myanmar and East Timor)  yang mempunyai MOU dengan Kerajaan Korea untuk menhantar pekerja tidak mahir ke Korea akan  dikeluarkan visa pekerja tidar/kurang mahir (E-9)

Kebiasaanyan dengan bayaran yang disebut di atas, pihak ejen akan menolong anda untuk memohon visa G-1 yang jatuh dalam kategori VISA PENEMPATAN SEMENTARA untuk orang-orang yang memohon perlindungan suaka atau dalam kata lain visa untuk PELARIAN.  DIingatkan Lagi visa G-1 adalah visa perlindungan Sementara bukannya  VISA/PERMIT KERJA.  (Dengan adanya ID Korea, kelebihannya hanya anda tidak perlu berulang-alik ke Malaysia setiap 90 hari sekali. Sebagai rakyat Malaysia, untuk bekerja di Korea secara sah, anda perlulah memohon permit kerja sebagai professional* iaitu kebiasaannya kategori E-7,E-6,E-2 dsb bukannnya G-1.)
*Kerja professional adalah seperti Engineer, manager bank, teacher,lecturer etc)

Pihak ejen biasanya akan  membawa anda ke pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Korea dan meminta anda mengisi borang.

Selepas itu anda akan diminta membuat pengakuan palsu yang anda adalah dari golongan LGBT, syiah dsb dan kalau pulang ke Malaysia, mungkin anda akan diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Atas sebab ini, pihak UNHCR akan  membuat surat sokongan untuk anda mendapat perlindungan di Korea. Kebiasaanya pihak Korea akan  memberi anda visa G-1 ini atas dasar kemanusiaan ( Negara Korea adalah negara yang mementingkan dasar kemanusiaan). Visa G-1 ini biasanya akan  diberi salama 6 bulan dan boleh diperbaharui setiap 6 bulan selama tempoh maksimum 2 tahun.

Visa ini diberi sementara menunggu pihak UNHCR memproses permohonan anda untuk menjadi PELARIAN yang diiktiraf.  Diingatkan bahawa peluang untuk menjadi pelarian yang dikitiraf adalah tidak mudah kerana sgt sedikit dari  mereka yang memegang visa G-1 akhirnya mendapat taraf pelarian selepas dinilai oleh pihak UNHCR.Dengan pengakuan palsu yang anda buat, macam tak ada harapan je mahu tinggal di Korea selepas tempoh 2 tahun . Rasa Malaysia ni bukanlah negara yang berperang cam Syria ke , Myammar ker. Mana adanya peluang nak dapat PR pun.

Yang menjadi persoalan sekarang , sekiranya pihak kerajaan Malaysia mendapat tahu anda memohon menjadi pelarian. Saya tidak pasti apa tindakan yang akan diambil jika anda pulang ke Malaysia nanti. Tepuk dada tanyalah pihak berkuasa Malaysia untuk maklumat lanjut.

Setakat ini mengikut data imigresen Korea, rakyat Malaysia yg mempunyai visa G-1 sudah beratus orang dan semakin bertambah. Saya jugaL khuatir jika perkara ini berterusan, imej Malaysia dia sini akan terus rosak.

3.   JENIS-JENIS PELUANG PEKERJAAN DAN RISIKO KEMALANGAN KETIKA BEKERJA ATAU JATUH SAKIT

Kebiasaanya kerja-kerja yang ditawarkan adalah jenis kerja 3D atau non-skilled job seperti kerja di kilang besi, buruh binaan, kerja ladang kobis, kilang kimchi, jadi pelayan restaurant(yg ni biasanya ramai Korean Chinese) dsb. Kerja kerja 3D ni merbahaya dan berisiko tinggi.

Sama seperti kita di Malaysia, orang tempatan tidak ingin bekerja keras seperti ini lagi, jadi kebiasaanya kerja-kerja 3D dan low paid job diisi oleh pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Tanah besar China , Vietnam dan seangkatan.

Dengan ini memang berlaku kekurangan tenaga kerja didalam sector ini, maka berpusu-pusulah ejen menawarkan kerja di Korea mencari rakyat asing yang sanggup datang bekerja dan mengambil risiko.

Tapi malang tidak berbau kan, mungkin anda pernah terbaca atau terdengar mengenai kisah mereka yang sedang bekerja di Kilang atau ladang  yang memerlukan sumbangan untuk membiayai kos rawatan hospital di kerana tetiba jatuh sakit atau tercedera(tangan terpotong, kaki terpotong dsb) semasa bekerja.

Perlu diingatkan bahawa anda datang berkerja tanpa permit yang sah, pihak majikan hanya memberi anda gaji hari dan tidak terikat untuk memanggil anda untuk bekerja pada hari esok jika dia tidak berpuas hati dengan anda.

Anda juga tidak akan dapat membuat sebarang kontrak bertulis yang sah di sisi undang-undang korea.Dengan itu, sebenarnya anda tidak dilindungi dengan  insuran nyawa dan kemalangan dan pihak majikan tidak perlu bertanggung jawab sekira berlaku kemalangan.
Anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Jikalau majikan ada bayar sekalipun mungkin untuk kos rawatan penyakit yang tidak terlalu serius.

Saya kadang rasa kesal sebab ramai rakyat kita yang tidak tahu issue akan terus mengecam kedutaan Malaysia jika lambat memberi pertolongan.  Perlu di ingatkan, disebabkan status anda yang bekerja tanpa permit yang sah, agak sukar untuk pihak kedutaan memberi pertolongan yang sepatutnya atas dasar diplomasi.

4. PENIPUAN OLEH MAJIKAN, KEPALA KONTRAK DAN LAIN-LAIN

Masalah yang selalu saya dengar dari bekas-bekas rakyat kita yang pernah kerja di sini adalah seperti gaji tak dibayar penuh, gaji kena tahan, gaji kena tolak dengan benda-benda tak masuk akal dan sebagainya. Kalau tak puas hati pun kita tak boleh nak dakwa kerana tak  ada kontrak bertulis yang sah.

5.   TARAF ANDA SEMASA KERJA KILANG DI KOREA

Kalau  di Malaysia,pihak majikan selalu pandang rendah kepada pekerja-pekerja dari Indonesia, Bangladesh dsb. Ingatlah, kalau anda datang bekerja di sini tulah taraf anda. Takyah lah nak eksyen  sangat ngan saudara anda dari Indonesia. Sama taraf je kita kat sini di depan majikan Korea. Silap hari bulan orang Thailand, orang Bangladesh, orang Tanah Besar China yang jadi supervisor anda.

Lagi satu budaya kerja di Korea mementingkan produktiviti dan kepantasan. Sekiranya anda bekerja secara slow dan steady, bersedialah untuk kena maki hamun. Ayat yang paling anda akan selalu dengar masa kerja ialah "Palli palli" yang bermaksud cepat-cepat. Pandai-pandailah kau bawak diri dan prepare mental dan fizikal.

Jika anda terfikir yang kerja kilang di Korea ini adalah sesuatu yang sama macam kerja kilang di Malaysia yang ada uniform lengkap, naik bas bersama-sama, boleh mengular masa kerja dan sebagainya, sila fikir kembali niat anda itu.

6. TAWARAN GAJI YANG LUMAYAN KALAU DITUKAR KEPADA MATA WANG MALAYSIA

Mungkin anda terus tertarik dengan janji gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM10000 sebulan.

Sebenarnya pekerja asing yang tak ada pengalama da skill  ni di bayar gaji minimum per jam sahaja. So usually untuk mereka yang bekerja di kilang mungkin boleh dapat dalam 1.4 juta won(lebih kurang rm5000) sebulan.

Biasanya ejen akan cakap  gaji boleh mencecah 10000 sebulan jika rajin bekerja. Makna rajin bekerja ni adalah jika anda rajin bekerja kuat dan selalu overtime dan kerja anda juga berisiko tinggi dan merbahaya.

So gaji yang lebih besar akan dibayar kerana kerja sangat merbahaya dan memenatkan. Sebagai contoh dalam 8000/1 jam. Kalau bekerja 10jam sehari dah dapat 80000 won, kalau 16jam sehari dah 128000. Kerja 6hari seminggu 128k x 4 ×6 = 3072000 won (lebih kurang 11 ribu)

Persoalannya, sanggupkah anda bekerja dengan teruk seperti mana anda tengak rakyat Indonesia/ bangaladesh tinggal di Malaysia. Tinggal pulak di rumah kongsi. Tepuk dada tanya selera.

Anda juga perlu ingat gaji anda dibayar dalam duit won. Nilai 1000 won bersamaan dalam RM3.70. Dan nilai 1000 won ni macam seringgit je kalau guna di Korea. Cost of living di Korea ni tinggi, gaji pekerja kilang ni korea ni "ciput" jer sebenarnya untuk rakyat tempatan.

7.   RISIKO EJEN MENCARI KERJA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Untuk pengetahuan anda, terlalu banyak ejen-ejen pekerjaan yang menawarkan  kerja di Korea dan dikalangan mereka adalah Rakyat Malaysia sendiri.

Kebiasaannya mereka sudah mempunyai sedikit pengalaman bekerja di sini, atau kenal ejen Korea dan mempunyai maklumat tentang kilang atau ladang yang  memerlukan pekerja dengan segera.

Dengan alasan mahu menolong rakyat Malaysia mencari kerja, mereka mengenakan bayaran sekitar RM2500-RM3500 untuk setiap orang yang berminat sebagai upah untuk mereka menguruskan perjalanan anda ke Korea.

Ada kes di mana mereka yang baru tiba di lapangan terbang tidak diambil oleh ejen  seperti yang dijanjikan sebelum ini. Akibatnya, mereka terkontang-kanting sendiri di kawasan lapangan terbang tanpa arah tujuan.
Ada juga yang kerja dijanjikan tak ada dan di bawa ke tempat lain.

Namun tidak semua ejen yang scammer, ada jer yang betul bagi kerja. Jika masih lagi ingin mengammbil risiko untuk datang , anda perlulah membuat sedikit kajian dahulu.

Saya rasa inilah beberapa perkara yang perlu anda fikir sebelum datang bekerja di Korea. Saya bukan pihak immiresen untuk melarang anda datang bekerja tanpa permit di sini, dan saya faham sangat keadaan ekonomi Malaysia sekarang menyebabkan ramai yang mahu bekerja di luar negara.

TETAPI SEKIRANYA ANDA MASIH MAHU MENGAMBIL RISIKO DAN  DATANG BEKERJA, SILA AMBIL BERAT PERKARA DI BAWAH

1. Bersedia dari segi mental dan sanggup mengambil risiko

Anda datang bekerja di sini tanpa permit, anda perlulah bersedia dari segi mental dan sangup mengambil segala risiko.

Janganlah nanti dikemudian hari jika berlaku kemalangan atau jatuh sakit, barulah anda mencari ehsan rakyat malaysia yang gaji tak sebesar di Korea untuk membantu anda membayar bil hospital.

Saya taknak lah nanti anda susah disini nanti, tiada siapa yang sudi monolong. Kesian nanti keluarga di Malaysia.

Orang kata, masa dapat gaji besar "poyo" jer dengan gaji, tapi kalau dah sakit baru nak ingat dunia.

2. Janganlah selalu update status facebook/sns anda tentang kerja yang anda buat di korea

Ingatlah anda tiada permit yang sah, senanglah pihak berkuasa mahu mengesan dan menangkap anda. Silap hari bulan, esok masuk depot tahanan. Kalau tak pun rakyat malaysia yang duduk diam-diam bekerja pun kena tempias disebabkan perbuatan "poyo" anda.

Kebelakangan ini juga, saya dengar ramai rakyat Malaysia yang datang melancong ke Korea turut di sekat dan dihantar pulang kerana pihak imigresen suspek mahu datang bekerja. Lama lama nanti cam Australia lah kot.

3. Tinggallah perangai buruk anda di Malaysia dan jagalah penampilan.

Maaf berkata tapi rata-rata yang saya jumpa berpakaian tidak kemas dan selekeh atau pun ala-ala kumpulan rock ataupun budget hebat. Ngan ramput panjang tak terurus lagi, tak pun rambut perang tapi muka hitam legam.

Lepas tu berkumpul ramai-ramai di kedai makan atau tepi jalan sambil tengok awek korea. Lepas tengok ramai dan buat bunyi acah-acah mahu mengorat awek macam kat Malaysia.

Ketahuilah anda bahawa dengan pemakaian dan perangai seperti tu, orang korea pandang anda sebelah mata je. Samalah seperti orang malaysia pandang pekerja indonesia/bangladesh jer.

Wife saya pun cakap benda sama setiap kali pergi itaewon dan berjumpa dengan rakyat malaysia yang bekerja di sini. Buat malu jer.
Janganlah merosakkan imej Malaysia.

Saya sebenarkan sangat galakkan anda keluar  pergi dan menimba pengalaman di tempat orang, tapi datanglah secara sah. Barulah hidup aman.

Akhir kata, semoga entri ini bermanfaat kepada anda. Sudi-sudilah share untuk bagi peringatan bagi sesiapa yang mahu datang bekerja Kilang atau ladang di Korea.

Terima Kasih kepada Mohd Hazwan dan Afnan Nazren  kerana turut memberi input untuk saya menyiapkan entri ini.

Maasalamah,

Muhamad Khalid Bin Ismail,
Suwon, Gyeonggi-do, South Korea
26 Dec 2017,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.101147 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list