|
farah mndoza bgtau nak jd dri sndri xnk hipokrit katanya.. lantak sheolss lah..
“Ini adalah diri saya yang sebenar, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya boleh terima komen mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul.
“Tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman, saya harap mereka berhenti sahaja. Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” katanya ketika dihubungi sebuah portal tempatan.
Kata Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus, setakat ini dia turut menerima banyak pesanan mesej oleh pengguna laman sosial yang mengecam cara pemakaianya.
“Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block (sekat). Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya.
“Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah hanya kerana mereka,” kata pelakon berusia 27 tahun itu yang ketika ini masih berada di Pulau Langkawi, Kedah.
Sementara itu ditanya mengenai hubungan baiknya dengan Janna Nick yang sedikit renggang kini. Kata Fara dia dan Janna masih berkawan baik dan tidak pernah bergaduh.
“Netizen yang mengatakan kami konon bergaduh tetapi sebenarnya kami masih lagi baik seperti biasa malah sering bertemu,” kata Fara
kredit to mynewshub
|
|