CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3948|Reply: 22

MEMBER OH MEMBER

[Copy link]
Post time 3-1-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by besarkecik at 4-1-2018 03:52 PM

Aku yakin mesti ada antara korang yang terpaksa memendam rasa menyampah dengan kawan korang semata nak jaga hati diaorang.


Ada perangai kawan aku yang aku tak suka.


Contohnya :
1) Tak boleh lebih dari dia.
Aku ingat lagi macam mana antara kawan aku ni tak boleh tengok orang senang. Ada sorang kawan aku memang berjaya buat satu kolej benci aku.
Masa zaman belajar, kitaorang kena duduk asrama sebab pelajar memang sikit, nak tak nak kena jugak tinggal dekat situ wlaupun angker. Siap langsuir lalu lalang lagi.
Balik pada cerita, aku lalu dekat bilik member aku, terdengar dia cakap bukan-bukan pasal aku. Siap fitnah & burukkan kekurangan aku. Aku terpaksa hadap semua ni.
Aku sendiri tak tau kenapa dia benci sangat dekat aku dari aku masuk kolej tahun 2008 sampai sekarang, 2018. Memang jenis tak boleh tengok aku ada kawan gamaknya.
Sebab mulut dia, dari batch aku, sampai junior kolej benci dengan aku. Pernah masa aku mandi, ada orang rejam aku dengan batu, nasib baik kena badan. Dengan batu besar macam batu rel keretapi tu, kalau kena kepala memang boleh pecah wei!.
Dia siap fitnah aku lagi dekat mak aku. Depan aku dia cakap "Anak makcik ni, asyik marah saya je, asyik nak bergaduh dengan saya". Berderau darah aku. Tak pernah sepanjang aku berkawan, aku marah kawan-kawan aku. Cuma aku tegur, tak bermaksud aku marah. Sebab mulut dia, aku kena pulau. Baru nak letak makanan dekat atas meja cafe kolej, kawan kawan kolej aku dah blah dah. Tapi, aku kuat. Aku habiskan jugak study aku.
Bila dah hanis belajar, aku pernah kerja part time sementara tunggu kerja yang lagi bagus. Masa tu makan ramai-ramai dengan mak dia sekali. Boleh dia tanya aku yang tengah sedap makan, 'Bila kau nak kerja betul-betul ni? Asyik terumbang ambing hidup kau, kau tu dah 27, takkan tak de rasa nak berubah, gaji kau berapa ni??"
Terus aku rasa tawar makanan yang aku makan tadi, nak taknak aku terpaksa habiskan. Dia tanya aku lagi soalan sama, depan mak dia aku jawab,
"Syukurlah aku tak kerja, kalau aku kerja, takde siapa nak tolong korang yang suka buat kerja last minute ni. Tu pu  tak tau bersyukur ke?"
kesah???


2) Kawan berangan hot.
Ada je kawan aku yang rasa dia paling hot dari semua orang. Setiap hari cerita, ramai orang ada dia couple.. Putih mata!
Ada sorang lagi bagi statement "dia belum kenal aku siapa, silap-silap orang yang suka kau tu, boleh suka aku". Tak koser aku nak fikir semua tu. Aku ada tanggungjawab lain yang kena aku buat.


3) Kawan kedekut.
Ni korang faham sendirilah.
Yang tak boleh blah, kawan aku yang sorang ni, bila aku dapat gaji, dia tuntut suruh belanja. Setiap kali aku belanja, mesti dia cakap "nanti aku belanja kau pulak. Bila aku tuntut, ada je alasan dia. Pernah sekali tu, dia dah janji nak belanja aku, dia suruh guna duit aku sikit, sebab dia bawak RM10. Macam, guna duit sendiri-sendiri tapi yang pasti lagi lebih duit yang aku keluarkan. Aku bukan kedekut. Tapi, tak larat asyik aku keluarkan duit. Lepas tu boleh pulak dia marah aku sebab kenapa dia kena belanja. Sampai tangan dia nak jirus air teh depan orang ramai.


Apapun, busuk-busuk pun tetap aku kawan. Kemungkinan besar, ada perangai aku yang diaorang tak suka. Bila ada kawan tegur cara kita, yang baik kita ikut.Jangan pulak dia ajak clubbing, kau pun ikut jugak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 12:39 PM | Show all posts
kalau sorang tak suka ko tapi orang lain ok dengan ko, yang sorang tu la bermasalah dengan ko..
tapi bila ko kata satu kolej tak suka ko, maksudnya memang ko la yang bermasalah..
so pernah tak kaji selidik kenapa satu kolej pulau ko?
takkan la semua orang dia boleh hasut untuk benci ko..
koman-koman akan ada sorang yang cuba untuk faham and pilih untuk selidik kebenaran..

untuk permulaan ni, ko cari la orang yang positif untuk dibuat kawan..
tak payah la kawan dengan 3 golongan yang ko cerita tu..

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade je member baik.. sjenis yg kalu ko cite psl bnjir dia pon ade kesah ngan banjir.. bff aku.. ktorg blkg kutuk2 jgk dia tp dpn jaga hati sbb pkr nk kwn lama.. xkan sbb pangai dia nk benci dia poreber.. dia pon ade baiknya..

Aritu paling xtahan, kwn aku si I cite anak dia 8bln dh start nk jln, si bff aku ni up la cite anak buah dia 7bln dh jln.. haa ko ado? Kami sume terdiam xckp ape..hahaha sjenis dia ade je cite psl ape pon.. pastu sjenis dia je btol..

Tapi aku, kami syg je bff tu...kikikikii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 01:48 PM | Show all posts
Dah kaji selidik.
Kolej aku kecik je. Aku 1st batch, masa belajar pun ada berapa puluh orang je. tak mustahil senang je utk orang benci aku. Sebab bukan aku sorang dia buat benda sama.
Kalau aku bermasalah, takkan kawan sekolah dengan kawan tempat kerja mesti aku dibenci sekali.
Tapi, masuk junior bawah junior aku, ada yang ok, tapi macam biasalah, memang dia tak suka aku ada kawan agaknya.
Tahun lepas dia boleh buat status dekat FB yang kawan kawan yang pulaukan aku sebelum ni, berubah & tinggalkan dia bila rapat dengan aku.
Sekarang ni baru diaorang tau siapa dia sebenarnya.
Macam bagitau tadilah, kena kawan orang yang positif.
Aku sebenarnya lagi suka orang tegur cara aku, sebab aku boleh ubah jadi lebih baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 01:56 PM | Show all posts
sheqim replied at 3-1-2018 01:35 PM
Aku ade je member baik.. sjenis yg kalu ko cite psl bnjir dia pon ade kesah ngan banjir.. bff aku..  ...

sama macam akulah, aku kawan je dengan kawan kawan aku ni. sayang wei dengan diaorang. busuk busuk pun kawan.ntah-ntah aku pun perangai yg orang tak suka.
tapi kawan yang pertama dalam cerita ni, entah mana dia sekarang semenjak ramai dah sentap dengan mulut dia.
hilang gituh je dia. ke kifarah dah berbalik dekat dia???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 01:59 PM | Show all posts
yang kawan-kawan aku cerita dekat atas , semua hilang gitu je. yang 1st tu 6 bulan hilang.
yang lagi 2 orang dalam cerita ni dah 4 tahun hilang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju dengan mukadimah TT yg ni

"Aku yakin mesti ada antara korang yang terpaksa memendam rasa menyampah dengan kawan korang semata nak jaga hati diaorang."

aku rasa semua kita ni ada sorang dua kwn atau kenalan yg mmg tak boleh tgk org lain lebih dr die.ataupun kita ni sendiri yg berperangai macam tu kt member2 lain cuma kita je tak perasan
bagi kes aku, aku ade beberapa kawan yang jenis tak boleh orang len lebih dari dia, susah nak terima pendapat orang sbb rasa pendapat dia je betul dan yang paling best sekali adalah humblebragging
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape ramai ngat menci chuolls tu.. check diri sendiri pelis.. betul ke semua benci... takkan takdak kawan langsung.. ke perasaan u jerrr... mulut pemfitnah ni elok la jauhkan. Kebenaran akan muncul jua nanti kalau betul fitnah. Pemfitnah bakalan termalu terduduk sendiri dengan fitnah dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2018 02:58 PM | Show all posts
Catpaw replied at 3-1-2018 02:06 PM
Nape ramai ngat menci chuolls tu.. check diri sendiri pelis.. betul ke semua benci... takkan takdak  ...

yang ok pun dua-tiga je.itupun mangsa-mangsa dia jugek.
me nak kata me ni hensem, tak jugek, tapi comel tu ada la.
tak tau apa masalah dia. semenjak dapat melanjutkan pelajaran di luar negara, terus menjadi-jadi perangai da.
sampai kawan yang pernah memulaukan me pun bagitau diols sentap dengan mulut dia.



kira hebatlah mulut dia ni. banyak lagi kisah pasal dia, tapi sebab benang ni me cuma focus perangai member je.
sebab me yakin yang korang pun mesti ada yang tak suka perangai member masing-masing.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 3-1-2018 02:58 PM
yang ok pun dua-tiga je.itupun mangsa-mangsa dia jugek.
me nak kata me ni hensem, tak jugek, tapi ...

Biar sajork yang suka menfitnah tu lama2 dia malu sendiri.. tak payah layan yang acah2 pihak nak jadi penyelamat tu... padahal nan hado korek cerita sana korek cerita sini tak menyumbang pun.. last2 dia jadilah ala2 penyelamat dunia kunun2 padahal menyemak je...

Dah kerja ni takdak masa nak layan yang jahat2.. nak merapat2 sangat pun takdak... buat hal sendirik je..

ade benda lepas kita kena tinggalkan...termasuklah kawan chuolls yang tak bawak kebaikan.. pilih2 la kawan bawak ke syurga pula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:45 AM | Show all posts
senang cite be positive je.. die nak kutuk, buat cite fitnah psl awk kt org laen then fine..let them be..

org judge kita based on dr cite org laen, xkenal pn kita yg sebenar kn.. org camtu ignore je, xyah pening2 sakit kepala pikir sgt...

rmai lg org kt luar kita boleh cari jd kawan.. hilang kwn cmtu pn xpe as long as kita kenal diri kita camne & xjht mcm yg mmbr awk tu fitnah and sebar kt org lain..

awk admit awk quite comel kn, myb die jeles kot..dats y dia buat cite..

ape pun be positive okay...kalau pikir negative sampai bila2 pn xtenang hati..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 11:07 AM | Show all posts
aku dulu ada gak kawan peel ni.. tapi dah menghilang.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 11:38 AM | Show all posts
aja109 replied at 4-1-2018 09:45 AM
senang cite be positive je.. die nak kutuk, buat cite fitnah psl awk kt org laen then fine..let them ...

yeahhhh betul tu sis.takkan sebab orang macam tu kita kena menyerah kalah kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 12:11 PM | Show all posts
tetiberjer replied at 4-1-2018 11:07 AM
aku dulu ada gak kawan peel ni.. tapi dah menghilang.. hahaha

Peel yang mana satu?
Yang tak boleh tengok orang lebih?
Berangan hot?
kedekut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 12:29 PM | Show all posts
Lagi satu, aku memang tak suka kalau dah janji jumpa jam sekian sekian, member kau selamba je lambatkan beberapa jam.

1.
Janji nak keluar, aku pun datang tempat kerja dia. Sebab senang pergi sama.
Sampai je tempat kerja dia, aku ingatkan dia dah siap, rupanya dia bersenang lenang jahit baju. Adalah dalam 3 jam aku tunggu. Paling tak pun, langsung tak jadi keluar.
Banyak kali dia buat macam ni.



2.
Member aku yang lain, buat aku tertunggu dalam hujan.
Mula aku call, dia kata baru balik. Nak bersiap dulu.

Setengah jam kemudian, aku call.
Dia cakap tengah mandi.
Aku lek lagi...

Setengah jam lepas, aku call kali ke tiga..
Dia kata tengah pakai baju.
Aku cool lagi..........
Walau guruh berdentum di langit. Hujan rintik-rintik.

Kali keempat aku call lepas setengah jam..
Dia tengah makan katanya..
Ni memang aku membara.
Tapi aku try lek lagi....
Walaupun hujan...

Kali kelima aku call lagi, setengah jam lepas tu...
Dia cakap..
"Wei, kejap eh... Aku tengah kemas siapkan kerja lepas tu aku nak kemas rumah kejap".
Selamba dia cakap macam tu walaupun dia tau aku dekat bawah rumah dia.
Aku nak naik rumah dia, tapi lif rosak.
Nak naik tangga? rumah dia tingkat 18.

Aku cakap, aku tak jadi keluar.
Terus dia datang dekat rumah aku. Dia cakap aku dekat mak aku yang aku merajuk dengan dia.
Siap dia marah aku lagi kenapa aku tak jadi keluar.
Dia yang suruh aku faham dia.

Mentang-mentang aku tak pernah marah member-merber aku...
HAHAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 10:45 AM | Show all posts
kawan2 ko ni dik pernah x pinjam duit ko atau ko pinjam duit dorang??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:56 PM | Show all posts
Edited by wadiunong at 15-1-2018 01:00 PM

hahaha ada pon orang bukak benang pasal BFF ni. BFF aku jenis mudah sentap , outspoken & rasa diri sendiri je betul. tapi yg bagusnya diaorang ni bila aku sesak dulu2, diaorang bagi aku pinjam duit. friendship kitaorang lebih 10 tahun dah.

tula, aku selalu tanamkan dalam hati utk berprasangka baik kat BFFs aku ni. walaupon ada kalanya aku makan hati gak hadap perangai diaorang. sebab aku pikir balik maybe ada gak perangai aku yg diaorang terpaksa telan tapi tak luahkan. sesekali dtang angin meroyan tu, masing2 kena la tahan kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:00 PM | Show all posts
aku ada kawan yg bahan orang boleh, tapi bila kita bahan dia tak boleh, merajuk seminggu


aku kalau bergambar memang jarang sengih nampak gigi, sebab  tak confident dengan gigi rabbit + sedikit jongang.

so theyols membahan aku sambil tunjuk semua gambar2 aku yg sama je mimik muka , tak sengih pun.

aku pun tunjuk pulak gamba theyols yg everytime tangkap gambar mesti nak buat duckface, SEMUA gambar theyols duckface, which lagi teruk dari aku.


terus sentap taknak bercakap



yang lagi sorang membahan aku gigi terkeluar, aku balas balik,

"gigi aku pakai braces boleh elok, tapi kau badan besar sebab tulang kau besar, exercise la macam mana pun, kau tetap badak selamanya"

tau pulak sentap kan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMoustache replied at 16-1-2018 03:00 PM
aku ada kawan yg bahan orang boleh, tapi bila kita bahan dia tak boleh, merajuk seminggu



macam member aku la.. bila bahan aku, tak ingat apa dah. bila aku bahan dia, sentap pulak. lepas tu, buat satu group whatsapp lain semata nak mengata aku.. ek eleh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 15-1-2018 12:56 PM
hahaha ada pon orang bukak benang pasal BFF ni. BFF aku jenis mudah sentap , outspoken & rasa diri s ...

sebenarnya aku ok dgn member aku walaupun diaorang buat macam macam dekat aku.

tapi.. pernah satu tahap, aku tak boleh join diaorang pergi kursus sebab ayah aku eksiden &patah kaki. Punya melampau bila diaorang suruh aku selfie & latar belakang bapak aku yang terlantar sakit dekat hospital. sebab nak bukti.

lepas tu aku kena balik kg sebab pakcik aku meninggal, diaorang suruh aku selfie dekat jenazah pakcik aku.

masa aku sakit & tak dapat keluar pun diaorang dah bising kata nak tengok badan aku yang
bengkak bengkak tu.


kalau aku balik kg, mesti diaorang tanya "kenapa eh bapak kau ajak kau balik kg? kenapa eh bapak kau macam ni?"

siap berkomplot ramai-ramai nak siasat betul ke pakcik aku meninggal, betul ke ayah aku sakit, betul ke aku takde dekat rumah.

kakak aku pun tak terkecuali..
"kenapa kakak kau macam ni eh? memang jenis menyusahkan mak ayah ke?".

sabar je aku ni.. positif je fikiran aku ni, sebab tu aku kawan diaorang lagi.








Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084768 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list