CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2054|Reply: 6

Jangan Pakai Helmet, Bra Ketat Kalau Benci Jerawat!

[Copy link]
Post time 3-1-2018 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Jerawat merupakan satu masalah besar bagi mereka yang mementingkan kecantikan terutama golongan hawa. Kalau hari-hari berbedak, muka licin bak artis K-pop, siapa yang tidak suka, kan? Yang memandang pun boleh 'cair'.


Umum tahu ada banyak sebab jerawat boleh naik. Tetapi, anda mungkin tak pernah dengar empat sebab ini.




Foto: Skincare Org.




Menurut Merdeka.com, beberapa sebab munculnya jerawat adalah disebabkan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, ketidakseimbangan hormon, malas membersihkan mekap di wajah dan kualiti udara yang tidak bersih. Malah, pemakaian helmet antara disenaraikan sebagai penyebab utama tumbuhnya jerawat!




Apa kena-mengena helmet dengan jerawat?

Foto: luismoto.it





Helmet yang dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kelembapan berlebihan hingga pori-pori muka tersumbat. Ia mudah berlaku terutama bila waktu panas, muka kita jadi cepat berpeluh.  Ini menyebabkan jerawat cepat naik terutama di kawasan dahi.




Kerap bertelefon



Foto: picdn.net






Selalu sangat bertelefon menyebabkan kuman melekat di permukaannya. Kesan air liur dan keadaan muka berpeluh atau berminyak menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Kalau boleh, segera bersihkan permukaan telefon selepas digunakan.




Penggunaan cekak rambut (headband) ketika berolahraga


Foto: Pinterest




Kepada yang suka bersenam seperti Zumba atau habiskan masa di gim, elakkan memakai headband. Ini kerana kesan peluh yang banyak boleh jadi punca jerawat naik mencanak-canak. Sebaik selesai activiti bersenam, terus lap peluh dengan tuala, okey?




Aduh, bra ketat pun jadi punca jerawat?


Foto: Odyssey




Ha, ini biasa berlaku kepada mereka yang sering mengalami perubahan berat badan. Bila hati tengah bahagia, mulalah berat badan naik. Masa itulah baju dalam pun terasa semakin mengecil dan sendat.


Jadi, elakkan dari memakai baju dalam yang ketat kerana peluh berlebihan juga boleh menyebabkan bakteria membiak, sekali gus membuat kulit menjadi gatal-gatal dan tumbuhnya jerawat pada tubuh. Perkara sama akan berlaku sekiranya anda memakai seluar dalam ketat.


Jadi, anda dah tahu apa nak buat untuk menghalang 'musuh utama' dari menempel di tubuh? Kalau malu orang melihat jerawat pada wajah atau tubuh, segera bersihkan empat barang ini selepas digunakan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 05:24 PM | Show all posts
kalau sis vokuru memang wajib pakai bra ketat sebab kopek dia labuh sangat sampai tersangkut kat pagar rumah jiran sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo...this new findings makes sense, tq {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:59 PM | Show all posts
good info .. tq
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 08:42 AM | Show all posts
yg helmet tu mmg dah perasan lama
tp yg naik pon sikit kecik2 je hampir x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 04:20 PM | Show all posts
thanks for info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info TT thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069607 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list