CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2890|Reply: 5

Kenapa Penduduk Kampung Ni Solat Hajat Di Kubur ? Puncanya Amat MENAKUTKAN

[Copy link]
Post time 4-1-2018 10:58 AM | Show all posts |Read mode





Sekumpulan 200 orang penduduk kampung di Kelantan telah menunaikan solat hajat di kawasan kubur. Bila diselidiki, puncanya amat menakutkan. Mana taknya selama beberapa malam mereka telah…..







Sekumpulan 200 orang penduduk kampung di Kelantan telah menunaikan solat hajat di kawasan kubur. Bila diselidiki, puncanya amat menakutkan. Mana taknya selama beberapa malam mereka telah….


SOLAT HAJAT DAN TAHLIL

Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan ALLAH susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.

Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar.

Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pagi ini.


MISTERI SUARA GHAIB DARI KUBUR

“Tentang suara ghaib yg didengari penduduk itu, jika benar itu semua kuasa dan hikmah ALLAH S.W.T.

“Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu mesej dan peringatan kepada hamba Allah yang masih hidup agar mencari keredhaan, menggandakan amal soleh serta sentiasa mendoakan keampunan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah,” katanya.


HIKMAH KEJADIAN

Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmah kerana pagi ini ramai ahli keluarga menziarahi pusara, luar biasa pada kelazimannya.

“Saya juga ada umumkan tentang tapak perkuburan yang baru, ianya nanti dapat memuatkan lebih banyak jenazah dan lebih tersusun untuk urusan pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara mcm mana?  Ada sesiapa yg tau citer sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara2 ni, jangan bebudak dajal nak main2 kan orang je. Dlu ada kubir bercahaya. Alih2 budak letak lampu tersorok di situ sambil main lampu laser tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dlm gambar yg 1st tu apa yg dibulatkan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:14 AM | Show all posts
berita tak spesifik pon, suara apa? then tetiba solat kat kuburan
surau xde kah?
bangkit dari kuburan versi syahir??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:48 PM | Show all posts
cerita tergantung, ntah ape2
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.283885 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list