CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 11

[Tempatan] Najib Razak teruja jumpa Najib Razak.

[Copy link]
Post time 8-1-2018 01:52 AM | Show all posts |Read mode



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan sumbangan kepada Mohd Najib Razak pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan bagi Parlimen Pekan, di Pekan hari ini. - Foto Muhd Asyraf Sawal


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO mengagihkan
peralatan persekolahan 2018 pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan bagi Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. - Foto Muhd Asyraf Sawal


PEKAN: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh Hinai, Mohd Najib Razak Jefree, menarik perhatian Perdana Menteri ketika menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Murid Tahun Dua dari Taman Selasih, Paloh Hinai, yang berkongsi nama dengan Perdana Menteri, turut teruja apabila dapat bersua muka dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Malah, Najib sendiri tergelak selepas nama murid itu dipanggil ke pentas untuk menerima bantuan.

Sementara itu, Mohd Najib Razak, 8, bangga namanya sama dengan Perdana Menteri selepas dimaklumkan bapanya, Jefree Wahab, 49, beberapa tahun lalu.

Ibunya, Siti Norfaizah Sh Harun, 40, berkata nama Mohd Najib Razak diberikan oleh suaminya kerana kagum dan bangga dengan kepimpinan Ahli Parlimen Pekan itu.

"Suami cakap, nama Najib Razak adalah kenangan untuknya, malah saya tak tahu suami bagi nama anak Mohd Najib Razak sehingga tiga minggu selepas melahirkannya.

"Kami sekeluarga gembira dan berharap dia menjadi anak yang berguna untuk bangsa dan negara," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Siti Norfaizah berkata, anaknya turut kerap menjadi usikan rakan dan jiran termasuk bertanyakan hal berkaitan dasar kerajaan dan selalu juga bila pulang ke rumah, dia bertanya maksud Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya.

"Saya dan suami menerangkan kepadanya mengenai perkara sedemikian dan dia tidak kisah serta ambil hati," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/na...k-curi-tumpuan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nama anak sempena pemimpin ulong kebanggan kak mah

nama bini pulak gabungan dua biduanita faveret cek jeffri ke? SITI nurhaliza dayang NORFAIZAH ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:07 AM | Show all posts
Tua dah Pok Jib ... haa aii ingat kan dia ni kalis tua
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar mesti malu dek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 8-1-2018 08:05 AM
nama anak sempena pemimpin ulong kebanggan kak mah

nama bini pulak gabungan dua biduanita faveret ...

Pandai kau nyah, dodol terhibur pagi2 buta ni. Hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:43 AM | Show all posts
"Suami cakap, nama Najib Razak adalah kenangan untuknya, malah saya tak tahu suami bagi nama anak Mohd Najib Razak sehingga tiga minggu selepas melahirkannya.


serius ko x tau selama 3 minggu tu??????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2018 11:08 AM | Show all posts
budak kecik ibarat kain putih...harap2 besar esok tak jadi mcm najib razak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 01:37 PM | Show all posts
apak nya mmg macai no.1 ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 01:40 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 8-1-2018 08:47 AM
Dah besar mesti malu dek.

adoooiii ini komen paling win.. tergelak meollss sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 8-1-2018 10:43 AM
serius ko x tau selama 3 minggu tu??????????

Mesti dia benci laki dia lepastu. Bertabah je lah kak siti. Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 8-1-2018 01:37 PM
apak nya mmg macai no.1 ke

No 2, no 1 mesti la bini dia sbb bini dia x ceraikan laki bodoh dia yg bagi nama tu. Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-1-2018 06:39 AM
No 2, no 1 mesti la bini dia sbb bini dia x ceraikan laki bodoh dia yg bagi nama tu. Hahaha...

where a "great" man stands, there's a women behind..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.094542 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list