CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5509|Reply: 36

Takdalah Mahal Mana Percutian Cruise. Jom Pecah Tabung Nikmati Pelayaran Mewah

  [Copy link]
Post time 8-1-2018 03:52 PM | Show all posts |Read mode




Pernah tak berangan untuk bercuti di dalam kapal cruise?
Bunyinya macam percutian mewah kan?
Kata orang cuma yang have-have ja mampu bercuti mewah begini.

Tapi percaya tak kalau kami katakan ia lebih kurang 1k++ untuk seorang selama 5 hari 4 malam?

Kalau anda kata masih mahal, nampak gayanya anda tidak berpeluang merasai pengalaman bercuti di atas laut. Jadi, ia sebenarnya berbaloi dengan keseronokan yang akan diperolehi.

Jom baca perkongsian netizen Nur Natasha Abdullah tentang percutian mereka sekeluarga.




1)    Bajet
“Kami mengambil pakej superstar Libra untuk 5 hari 4 malam dengan bertolak dari Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang. Harga untuk keseluruhan perjalanan  untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak lebih kurang RM4,000. Untuk lebih terperinci, saya pecahkan seperti di bawah.

2 dewasa
Harga kabin RM1,229 + cukai pelabuhan RM130 + ‘gratuity fee’ RM200 (RM50 x 4 malam)
= RM1,559 x 2 orang
= RM3118

1 kanak-kanak
Harga kabin RM614.50 + cukai pelabuhan RM130 + ‘gratuity fee’ RM200 (RM50 x 4 malam)
= RM944.50

Keseluruhan RM3,118 + RM944.5 = RM4,062.50

p/s : ‘gratuity fee’ bayar masa daftar keluar manakala yang lain perlu dibayar penuh 45 hari sebelum trip.




2)    Pasport
Pasport diserahkan kepada krew kapal dan akan diberi ‘access card’ setiap orang. Setiap kali makan perlu ‘scan’ kad. Waima nak beli apa pun, guna kad tersebut. Bila daftar keluar, mereka akan mengiranya semula.  Jika hilang, akan di denda.


3)    Pilihan kabin
Harga bergantung pada jenis kabin yang dikehendaki. Bagi pakej ini, ia dikira bilik paling murah iaitu ada 3 katil bujang dan tiada tingkap. Jika mahu tingkap dan katil ‘king’ sila tambah RM1,500 (masa daftar masuk, staf akan mempelawa pakej ini).



Ada set televisyen dalam bilik dengan beberapa saluran Astro termasuk HBO. Selain itu, boleh juga tengok perjalanan cruise/lokasi cruise. Air mineral akan di tambah setiap hari iaitu 3 botol sehari.




4) Makanan
Makan lima kali sehari dan tak sempat lapar sebab 'terpaksa' makan lagi. Sampaikan kami hanya pergi ‘supper’ dua kali saja sebab kekenyangan. Makanan memang mewah dan sedap malahan menu bertukar setiap hari.



Akan ada satu malam yang dipanggil ‘gala night dinner’. Tapi perlu ditempah awal sebab terhad. Menu utama ialah ‘lobster’. Ruginya kalau tak pergi.




5) Aktiviti
Setiap hari staf akan edarkan buletin ‘Star Navigator’  yang memaparkan pelbagai aktiviti. Memang takkan bosan kerana ada tayangan filem, pertandingan karaoke dan macam-macam lagi.



Ada restoran, gymnasium, kolam renang Jacuzzi,  trek jogging, salon dan spa dan lain-lain.








Tip khas
- Tidak dibenarkan bawa seterika. Jika perlu telefon operator dan aka nada staf yang ambil baju untuk diseterika (pressing). Harga tak mahal sangat. Tudung RM2, Blaus RM4 sehelai. Tetapi perlu dihantar lebih awal antara 12-24 jam awal, jika tidak dicaj 50% lebih dari harga asal.

Jadi, bagaimana? Sudah boleh menabung untuk merasai bercuti dalam pelayaran sambil menikmati matahari terbenam kan? - CARI


Kredit : Nur Natasha Abdullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 06:14 PM | Show all posts
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah i g bercuti kat aussie japan ...mmg boleh dpt rege below rm1400 per pax
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:55 PM | Show all posts
giyomi replied at 8-1-2018 06:14 PM
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt

tambah sis, sebab harga di atas untuk harga kabin termasuk minum air paip dan makan snake plate ombak biru|

lobster tu kalau nak makan murah makan kt sabah sis, kalau bawah satu kaum kerabat bangkrupt. cruiser ni akak bawa magi hotcup je. makan pun sedap atas kapal
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:56 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 8-1-2018 08:47 PM
Baiklah i g bercuti kat aussie japan ...mmg boleh dpt rege below rm1400 per pax

pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker kan ? bukan pakej travel agent?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:58 PM | Show all posts
gratuity fee nape lebih mahal daripada gst? baik bayar GST , kan gst untuk kebaikan rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 08:56 PM
pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker  ...

Now sume info dihujung jari...buat sendiri semuanya..x susah mana pon...with that rate i bole pegi 10 days kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 09:07 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 8-1-2018 09:01 PM
Now sume info dihujung jari...buat sendiri semuanya..x susah mana pon...with that rate i bole pegi ...

powerlah sis, hebat2 belaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut naik kapal sbb tak reti berenang
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 09:07 PM
powerlah sis, hebat2 belaka

Sis dah buat so sis berani commit
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 08:56 PM
pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker  ...

Jap snake plate tu apa?hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:27 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 8-1-2018 10:20 PM
Jap snake plate tu apa?hahahhaha

yang pernah naik cruiser je tahu snake plate ombak biru sis. resipi baru chef michelin 3 star, i think he was korean guy but fluent speaks malay. this menu special dish on gala dinner. only lucky guest can taste ombak biru dishes
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 10:27 PM
yang pernah naik cruiser je tahu snake plate ombak biru sis. resipi baru chef michelin 3 star, i t ...

Beb lain mcm bunyi nya..adventure yet dangerous...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
4 ribu sampai patong je..mm not for me lah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 11:29 PM | Show all posts
swimswim replied at 8-1-2018 10:38 PM
4 ribu sampai patong je..mm not for me lah kot..

kalau nak backpacker blh sis, belakang cruise ship kita ikat rantai balak dengan rumah rakit.. satu malam perhead RM 20
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 11:31 PM | Show all posts
moonbug replied at 8-1-2018 09:09 PM
Takut naik kapal sbb tak reti berenang

kapal sekarang modern sis, bukan cam titanic. dulu titanic punca karam sbb abg sejat nyanyi lagu abg nak tegur dalam titanic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 11:29 PM
kalau nak backpacker blh sis, belakang cruise ship kita ikat rantai balak dengan rumah rakit.. :lo ...

Haa murah tu kaka.. Kami mmg bajet barai habis. Kalau ada makanan2 buffet ta habis tu boleh pakat huluq pakai tali rafia dkt kami. Mana nak daftar pakej
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:10 AM | Show all posts
swimswim replied at 9-1-2018 01:22 AM
Haa murah tu kaka.. Kami mmg bajet barai habis. Kalau ada makanan2 buffet ta habis tu boleh pakat  ...

pakej di tutup sebab panda makan rakit buluh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:35 AM | Show all posts
giyomi replied at 8-1-2018 06:14 PM
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt

buffet tu skali masuk dlm harga
ada certain restoran je yg kena byr asing
tp buffet tu pn dh xlarat nk makan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-1-2018 03:10 AM
pakej di tutup sebab panda makan rakit buluh

Alaaa kukeciwa


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077785 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list