CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3026|Reply: 23

[Tempatan] Cemburu buta: Pemandu Grab disangka teman lelaki

[Copy link]
Post time 9-1-2018 07:10 AM | Show all posts |Read mode
LELAKI yang juga pemandu Grab kerugian RM3,000 selepas cermin Nissan Almera dipecah sekumpulan lelaki ketika menghantar penumpang perempuan di flat Taman Arbi, Tabuan di Kuching, awal pagi.

Dalam kejadian 3.40 pagi itu, mangsa tiba di kawasan berkenaan untuk menghantar wanita berusia 20-an yang menggunakan perkhidmatannya dari pusat beli belah di bandar ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Fir, 26, berkata, beliau menerima tempahan daripada wanita terbabit menerusi aplikasi Grab beberapa minit sebelum itu untuk dihantar ke flat Taman Arbi.

Menurutnya, sepanjang perjalanan, tiada sebarang perlakuan mencurigakan dilakukan wanita terbabit dan hanya berbual kosong.

"Sebaik tiba di kawasan flat berkenaan, saya lihat lima hingga enam lelaki berusia 20-an sudah berada di sana bersama spanar dan besi memerhatikan kereta saya," katanya kepada Harian Metro.

Fir berkata, seorang daripada mereka dipercayai abang wanita terbabit kemudiannya menghampiri kereta sebelum menghemburkan kata kesat kerana beranggapan Fir adalah teman lelaki penumpang yang dibawanya.

Katanya, lelaki terbabit berang kononnya membawa adiknya sehingga awal pagi sehingga berlaku pertengkaran walaupun sudah dijelas beliau hanya pemandu Grab yang menerima tempahan untuk menghantar wanita itu ke destinasi yang diinginkan.

"Lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol juga meminta wang sebanyak RM20 daripada saya kononnya sebagai balasan sekiranya mahu dilepaskan keluar dari kawasan berkenaan, namun saya enggan menyebabkan mereka menghentak cermin depan dan sisi menggunakan besi dan spanar berulang kali sehingga pecah dan retak," katanya.

Tambahnya, keadaan semakin tegang menyebabkan dia terus memecut Nissan Almera miliknya keluar dari kawasan berkenaan dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Tabuan Jaya.

Fir berkata, ini adalah kejadian pertamanya diserang sejak menjadi pemandu Grab Oktober lalu demi mencari sesuap nasi sementara menunggu tawaran kerja yang lebih baik.

"Kejadian ini sememangnya tidak diduga kerana hasrat untuk mencari rezeki disalah erti oleh individu lain dan nyaris mengancam nyawa sekiranya saya tidak melarikan diri dari kawasan berkenaan," katanya.

Fir juga mengingatkan rakan pemandu lain supaya lebih berhati-hati sekiranya berdepan dengan individu sedemikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg betina tu buat apa? Tgk je? Babi sgt tau msyrkt bodoh mcm ni. Serang tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:28 AM | Show all posts
ermm.....mcmane dah siap standby geng

3.40 dr pusat beli belah?? n ppuan tu x bole explain lgsung kat abg nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kasi repot la. pompuan tu patut bayar ganti rugi, menyusahkan org je
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:42 AM | Show all posts
abang pun kaki mabuk, mintak rm20 lg kat orang...hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:55 AM | Show all posts
hmm mesti ada cerita lain ni, takkan la smpai mcm tu sekali kalau tak betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal minta rm20 je?nk beli belacan ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:07 AM | Show all posts
so kalau kes mcm ni, kite buat report kat balai, yg si abang kpd penumpang tu kena tangkap tak sb merosakkan kereta org lain dan kena byr ganti rugi la kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah Tau Sapa pelaku dia, saman je sampai kebulur 7 keturunan.

Jgn bagi muka pailang2 bangsat mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:13 AM | Show all posts
hmm.. area ni mmg banyak kaki pau...

pompuan yang dia hantar tu pun hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi.. Saman jah. Mintak ganti rugi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:43 AM | Show all posts
nasib ko la dpt penumpang sundal borneo
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:40 AM | Show all posts
kasi reportlah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:43 AM | Show all posts
saman jgn tak saman..
biar padan muka dorg..
nak tunjuk gangster sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:25 AM | Show all posts
perangkap ke apa ni?..
kesian org cari makan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Borneo lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
saman jah mamat sialan tu.. suh penjarakan jah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu lah nasib kalau kerja hantar orang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 02:11 PM | Show all posts
kat sana pasaraya bukak smpai 3 pagi?
kt sini NSK ye la 24jam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 02:38 PM | Show all posts
dah la mabok, menyusahkan orang pula!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.108293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list