CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6674|Reply: 60

[Tempatan] 'Saya dah terdesak...'

  [Copy link]
Post time 9-1-2018 10:01 AM | Show all posts |Read mode
'Saya dah terdesak...'










Gambar yang digunakan Annas ketika memuatnaik status meminta sumbangan di FB.










Tweet
Mazizul Dani
mazizul@hmetro.com.my



“ALHAMDULILLAH, ada yang hubungi saya dan beri sumbangan, menawarkan pekerjaan kepada saya, tawarkan pelbagai jenis ubat mahupun ada yang nak beli rumah dan kereta saya.”
Demikian kata Affeirul Annas Azzandry Azizan, 33, bekas kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) (kini MAB) selepas status dimuat naiknya di Facebook (FB) meminta sumbangan untuk meneruskan kehidupan tular.

Dia yang mesra disapa Annas bagaimanapun mengakui sedikit tertekan dengan keadaan itu memandangkan dirinya menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) dan kemurungan.

"Saya agak tertekan apabila ramai yang hubungi saya selepas status yang saya muat naik 3 Januari lalu tular dan memang tidak melihat kembali status berkenaan sehingga kini kerana bimbang memudaratkan kesihatan.
"Saya terpaksa melakukan demikian (muat naik status memohon sumbangan) kerana dalam keadaan terdesak sukar mendapat pekerjaan selain tidak mampu meneruskan perniagaan," katanya yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
Annas berkata, dia memegang kad berkenaan sejak pertengahan tahun lalu kerana 20 peratus kehilangan upaya kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja.
"Saya mengalami slipped disc pada 2007 ketika bertugas dan bermula 2008, saya menjalani lapan pembedahan. Ini juga antara faktor perkhidmatan saya termasuk isteri sebagai Ejen Perkhidmatan Pelanggan ditamatkan pada Ogos 2015 selepas 11 tahun berkhidmat.
"Sementara penyakit OCD pula dikesan pada September tahun lalu dan sekarang ini bergantung kepada ubat sepenuhnya dan terpaksa berehat di rumah," katanya yang menetap di Bayan Lepas, Pulau Pinang bersama isteri dan tiga anak berusia 5, 9 dan 12 tahun.
Katanya, dia ada menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM200 sebulan yang diberikan setiap tiga bulan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat baru-baru ini untuk menampung persekolahan anak-anaknya.
Annas berkata, dia menghargai beberapa tawaran kerja yang diberikan kepadanya, tetapi mereka perlu memahami keadaan kesihatannya dulu supaya pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya.
Sementara itu, isterinya, Sharin Jamalia Jamaludin, 37, mengakui dia tidak sanggup untuk mendengar hinaan daripada orang sekeliling selepas kisah keluarganya diketahui menerusi status di FB suaminya yang tular.
"Saya tertekan, malu dan marah kepada Annas dan minta dia memadamkan status berkenaan dan saya mohon berhenti kongsikan di FB.
"Dia minta teruskan saja kerana mungkin dia sudah buntu kerana tiada jalan lain dan katanya, Allah SWT yang menunjukkan jalan ini kepadanya. Jadi, saya reda..," katanya.
Sharin Jamalia berkata, pada permulaan ketika mereka berdua ditamatkan perkhidmatan, tekanan sangat dirasai memandangkan wang pampasan tidak mencukupi untuk membayar hutang dan perbelanjaan anak-anak.
Mereka kemudian menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara dalam talian sehingga yang terakhir perniagaan membuat tepung ayam goreng, tetapi terpaksa dihentikan sementara Ogos lalu kerana kesihatan suaminya tidak mengizinkan.
"Duit banyak juga habis untuk buat pemasaran perniagaan kami dan kemudian terpaksa berhenti kerana Annas mengalami kemurungan yang sangat teruk. Saya tak mampu teruskan seorang.
"Jadi kini saya bekerja sambilan di tempat kerja lama saya. Mudah-mudahan selepas ini ada pihak yang sudi membantu untuk kembangkan perniagaan tepung ayam goreng kerana kami tidak mampu," katanya.
Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan kerana bantuan kecil itu sekurang-kurangnya mampu meredakan kekusutan dihadapi keluarga mereka.
"Saya malu... Saya tidak mahu orang salah anggap kerana dari segi luaran orang memang nampak Annas sihat kerana dia sebenarnya 100 peratus bergantung kepada ubat. Orang nampak dia macam sihat, tetapi sebaliknya saya perlu awasi dia sepanjang masa.
“Sebagai isteri dan ibu, saya perlu kuat demi suami dan anak-anak kerana dia (Annas) pun mengharapkan saya. Saya minta orang jangan pandang kami ke belakang, pandang kami ke depan,” katanya.
Sharin Jamalia berkata, bantuan mungkin boleh dihulurkan kepada keluarganya dalam bentuk membantu perniagaan berkenaan yang sebenarnya diasaskan oleh Annas supaya suaminya itu mampu beroleh semangat baru dan lebih kuat.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 9:49 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... Kerja apa je laa si anas ni bole buat... May Allah ease everything 4 them
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:27 AM | Show all posts
Apa status FB heols yang viral tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:27 AM | Show all posts
lifestyle diorg masa dulu2 mcmne? enjoy sakan membazir atau biasa2 je?

semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are yusss???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:32 AM | Show all posts
apa yg viral?
tak penah nmpk kat fb pon cter nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 10:34 AM | Show all posts
Kesian... 8 kali operate still pain x relieve. Pergi ler jumpa chronic pain specialist. Maybe blh tlg ajar cara manage pain
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:36 AM | Show all posts
kasihannya... moga dipermudahkan la ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia Tak de socso ke? Tak boleh minta pencen ilat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:38 AM | Show all posts
kesiannn
mcam2 dugaan yg kena tempuh
nasib masing2..
semoga Allah permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buang kerja itu siksa oo, jika tak dapat kerja lain dlm tempoh 6 bulan tiada semanagt utk hidup tau, kerja2 lain boleh buat tapi ia bukan pendapatan tetap, 1 org minima gaji 3k baru selesa hidup, kalau 1.5k itu spt hidup berkais pagi petang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:47 AM | Show all posts
Sharin Jamalia berkata, bantuan mungkin boleh dihulurkan kepada keluarganya dalam bentuk membantu perniagaan berkenaan yang sebenarnya diasaskan oleh Annas supaya suaminya itu mampu beroleh semangat baru dan lebih kuat.
macam ni baru betul...  diminta bantuan pancing bagi menangkap ikan...  bukan macam sesetengah orang, mintak ikan tetiap hari...  pastu bila orang tak bagi, marah2...

semoga Allah memudahkan urusan kalian berdua...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:49 AM | Show all posts
seeriesagain replied at 9-1-2018 10:34 AM
Kesian... 8 kali operate still pain x relieve. Pergi ler jumpa chronic pain specialist. Maybe blh tl ...

masalah dia yang lain, ada depression dan OCD...  tu yang buat keadaan makin teruk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:50 AM | Show all posts
arasham replied at 9-1-2018 10:37 AM
Dia Tak de socso ke? Tak boleh minta pencen ilat?

takut starting salary dia rm2500 dan lebih...  sebab zaman dulu2, mana2 yang gaji rm2500 keatas tak perlu mencarum socso...  kalau bawah dari tu, wajib carum socso...

atau takde orang bagitau pasal pencen ilat kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:02 AM | Show all posts
Aku ada beberapa kawan kerja MAS , yang di berhentikan dulu.
Dapat pampasan, dan sibuk mencari kerja baru.

Tapi ... memilih kerja, sebab gaji tak setimpal katanya. Ye la, dulu keje gaji masyuk, tetiba bila mintak keje, dapat gaji 3K je ....

Akhirnya, sekarang baru keje balik, sebab takde pilihan dah, dengan gaji sebanyak 2.5K huhu


Semoga kemurungan orang dalam  berita di atas tu cepat la settle.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:33 AM | Show all posts
apa benda yang viral sampai jiran hina tu.. nak baca kat mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 12:52 PM | Show all posts
Moga diberi kekuatan, ketabahan dan limpahan rezeki yg byk dariNYA buat keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 01:05 PM | Show all posts
dubuk replied at 9-1-2018 11:33 AM
apa benda yang viral sampai jiran hina tu.. nak baca kat mana

nak tau gak apa yg jiran tu hina..banyak masa betul jiran tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 01:27 PM | Show all posts
tak buat uber ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
metro specialist hospital?  hosp private kah itu? mahal ubat service segala weh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.074075 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list