CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4306|Reply: 8

Hamil Luar Nikah, Pasangan Artis Ini Bakal Berkahwin

  [Copy link]
Post time 9-1-2018 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Pasangan artis terkenal di Korea Selatan ini bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.


Hal ini kerana Yulhee dikhabarkan telah hamil sebelum nikah. Minhwan daripada kumpulan band FT Island dan Yulhee daripada kumpulan wanita Laboum sebelum ini mengesahkan mereka sedang hangat bercinta.


Minhwan - Yulhee saat sedang hangat bercinta.

September tahun  lalu, Soompi melaporkan berita pencintaan mereka disahkan oleh syarikat pengurusan selepas gosip mengatakan pasangan itu sedang hangat bercinta tersebar.


"Selepas bertanya sendiri dengan Minhwan kami mengesahkan berita yang tersebar itu adalah benar dan mereka adalah pasangan kekasih."


Manakala pada 3 Januari, Minhwan akhirnya membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan dengan Yulhee tidak lama lagi.


Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman Instagram miliknya bagi mengesahkan segala spekulasi mengenai hubungan percintaan yang dikhabarkan.


November tahun lalu, Yulhee ambil keputusan keluar daripada kumpulan Laboum.


"Saya menulis ini untuk secara rasmi berkongsi dengan anda terlebih dahulu. Saya telah membuat keputusan yang besar dalam hidup untuk berkahwin.

"Saya rasa bersyukur menerima ucapan tahniah daripada ramai orang. Saya sekali lagi terharu ramai orang yang turut gembira dengan hubungan kami.

"Keputusan ini saya kongsi dengan keluarga dan rakan terdekat dan mereka gembira mendengarnya," tulis Minhwan.


FT Island bukan sahaja popular di Korea malah mendominasi carta muzik di Jepun.


Berita baik ini telah menerima reaksi pelbagai daripada Korean Netizen. Kebanyakannya mengatakan Yulhee, 20 tahun terlalu muda untuk berkahwin.


Bagaimanapun ada yang mengucapkan tahniah kerana kedua-dua penyanyi tersebut telah menemui kebahagiaan mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 12:33 PM | Show all posts
ceit... igtkan sape
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg grup pompuan tu siyes,xleh nk kenal muka sbb sepesen jah hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:55 PM | Show all posts
yg pempuan tak kenal,
yg laki kena choi minhwan FT Island Drummer
Dia org mcm muda sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 08:31 AM | Show all posts
Kumpulan Laboum mana pula ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:14 AM | Show all posts
Edited by hasniey at 11-1-2018 01:17 AM

pasangan trkenal ke? ft island ye la glamer tp yg  org kenal pon biasanye hong ki jeconfirm ke preknen?diorg just ckp nak kawen je kan.xbgtau pon dah ngndung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 01:16 AM | Show all posts
mieymiey replied at 10-1-2018 08:31 AM
Kumpulan Laboum mana pula ni?

girl group mmg bersepah.susah nak cam diorg sekarang ni

contoh lagu diorg "only u"


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 03:05 PM | Show all posts
tak kenal huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 09:41 AM | Show all posts
minhwannnnnn cute
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.356086 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list