CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6203|Reply: 10

Tak Payah Rebonding! Mudah Je Nak Dapatkan Rambut Lurus Tanpa Perlu Ke Salon!

[Copy link]
Post time 9-1-2018 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang menginginkan rambut yang lurus sehingga sanggup berbelanja sejumlah wang untuk mendapatkan rawatan di salon.





Tanpa kita sedari kesan sampingan akibat dari penggunaan bahan kimia yang kerap telah mengakibat rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.


Jom ikuti cara mudah untuk mendapatkan rambut idaman hanya dengan 5 bahan yang boleh didapati di dapur rumah!


1. Minyak Rambut Yang Dipanaskan

Sumber: Carian Google



Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

2. Minyak Zaitun, Minyak Almond & Minyak Bijan.




Caranya:

  • Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
  • Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
  • Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
  • Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
  • Selepas itu, syampu dan bilas.
  • Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah



3. Santan kelapa!

Sumber: Carian Google



Caranya:

  • Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
  • Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
  • Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
  • Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
  • Sikat rambut sementara rambut masih basah



4. Susu!



Caranya:

  • Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan air.
  • Masukkan dalam botol spray
  • Sikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambut
  • Sikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepala
  • Kemudian syampu serta bilas



5. Telur & Minyak Zaitun!


Sumber: Carian Google



Caranya:

  • Pukul sebiji telur
  • Kemudian masukkan empat sudu minyak zaitun
  • Sapu pada rambut dan kulit kepala
  • Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang
  • Balut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit
  • Syampu dan bilas.



Mudah je, kan? Boleh lah cuba selepas ni! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 11:42 PM | Show all posts
alaaa... rugi la buat rebonding.. nak try cara yang first tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
good petua
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT   lepas ni boleh try
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:40 PM | Show all posts
Wah.. resipi menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Takdanya menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 10:43 AM | Show all posts

agreed

rebonding tu, bahan kimia yg digunakan melemahkan struktur rambut asal kita, so bila di iron rambut akankekal lurus dlm jangka masa yg agak lama
plus if buat yg no 1 tu selalu, if u nak kaler rambut...warna dah ssh nak lekat. I x ingat info ni dpt dr sapa, rasa mcm dr my hair dresser je


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 18-1-2018 10:43 AM
agreed

rebonding tu, bahan kimia yg digunakan melemahkan struktur rambut asal kita, so bila di  ...

Chemical tu dia tembus masuk dalam helaian rambut dan regangkan protein bond. Bila dia iron, bond tu tersusun balik. Then kena set supaya jangan kerekot lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 09:04 AM | Show all posts
ayjay replied at 19-1-2018 02:58 AM
Chemical tu dia tembus masuk dalam helaian rambut dan regangkan protein bond. Bila dia iron, bond  ...

yes betul...
so tanpa bahan kimia yg boleh buat camtu mmg jgn harap rambut nak lurus hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 01:33 PM | Show all posts
Cubalah... alternatif....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 02:37 PM | Show all posts
Macam tak menjadi je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.079422 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list