CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4288|Reply: 27

[Idea] Tekanan Hidup

  [Copy link]
Post time 9-1-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Disebabkan apa...
kesannya kepada kita...
tanda - tanda tekanan hidup..
cara -  cara mengatasinya..
apakah pendapat anda semua?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan apa...
sebab management tak betul, tak da backup plan kalau apa kita nak tak menjadi,
mungkin juga sebab tak redha atas apa berlaku
kalau redha insyaallah sekejap je move on

kesannya kepada kita...
hidup tak keruan, stuck dalam ketaktentuan

tanda - tanda tekanan hidup..
malas mandi, malas uruskan diri sendiri, banyak makan, banyak tido, ignorant

cara -  cara mengatasinya..
sentiasa ingat Allah
Kita merancang Allah merancang Allah sebaik baik perancang

apakah pendapat anda semua?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:26 PM | Show all posts
tekanan hidup aku slalunya berpunca dari pasangan hidup.

tp dah lama makin matang dah kurang la tekanan tu.

cara dia...jgn letak expectation yg tinggi kat dia...n kalau ada jugak sentiasa mengadu kat Allah. apa2 pun hanya Allah yang mampu ubah apa yg jd kat kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 9-1-2018 02:37 PM
Disebabkan apa...
sebab management tak betul, tak da backup plan kalau apa kita nak tak menjadi,
...

Pendapat akak kau dah boleh masuk syurga jadi ketua pelacur dekkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:57 PM | Show all posts
Disebabkan apa?
Anything. Boleh disebabkan internal factor dalam diri atau juga external factor.

Kesannya kepada kita.?
Hidup tak tenteram? Kerja tak siap? Tanggungjawab diabaikan?

tanda - tanda tekanan hidup..
Menjauhkan diri dari manusia. Hidup tak terjaga. Mudah sedih.

cara -  cara mengatasinya
Lain orang lain cara. Kalau saya personally akan take a break. Take a stroll. Membaca atau pun tengok wayang. Talk to people also help.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn je aprazolam n luvox.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja - bos
Life - belum ada anak
Duit - masih belum banyak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
senahitam replied at 9-1-2018 03:26 PM
tekanan hidup aku slalunya berpunca dari pasangan hidup.

tp dah lama makin matang dah kurang la  ...

Betul tu. Buat2 rileks je. Bila x letak harapan tinggi kita pn x stress.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Faktor - bila masalah tak nmpak cara penyelesaian
Kesan - stresssssss
Tanda2 - kuat tidur, tak de selera mkn, muke murung
Cara atasi - jgn fikir sgt.. divert otak kpd benda lain & bile dah ok baru fikir semula how to solve the problem.. insyaAllah.. ada jalan nya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
finn replied at 9-1-2018 05:29 PM
Mkn je aprazolam n luvox.

Ubat untuk mental illness
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:59 PM | Show all posts
sebab apa - family problem (ada yg buat hal ada yg sakit)
kesan - semua planning tergendala, banyak duit nak kena guna
tanda2 - nak buat kerja xde mood, murung, badan susut
atasi -  dekatkan diri dengan Allah, berdoa, solat sunat dan sentiasa bersedekah. (Alhamdulilah sekarg keadaan dah getting better , harap2 cahaya 2018 mampu bersinar)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebanan  ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.”

Tekanan akan mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak waras untuk mendapatkan sesuatu seperti :-
-Membunuh
-Amuk
-Memukul/mendera
-Merogol
-Mencuri

Sifat-sifat yang boleh kita kenal pasti seseorang hadapi tekanan di peringkat awal :-
-Membebel
-Berdiam / Menyendiri
-Memprotes
-Marah yang keterlaluan
-Panas baran

Cara paling mudah untuk mengawal tekanan atau emosi ini haruslah sentiasa bersifat
-Berlapang dada dalam sesuatu masalah supaya jalan tenang dijumpai.
-Elakkan dari memaksa diri dan cuba tahu dimana kemampuan diri agar tiada yang terganggu.
-Banyakkan berdoa memohon pertunjuk dari ilahi dan bersulamkan usaha yang sihat.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:38 AM | Show all posts
jauhi parasit
time/life management
kesihatan yang baik
pekerjaan yang bagus
riadah
simpanan waktu susah
ilmu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 9-1-2018 04:54 PM
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi t ...

syukran @seribulan.. seronok dpt baca mcm. mcm. pendapat dari sahabat yg lain juga.. good job!

Comments

no prob  Post time 10-1-2018 08:39 AM
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 duduk sorang2 tanpa teman, keluarga, sahabat pun boleh jadi tekanan. Menyendiri. Kena byk bergaul, jgn jadi katak bawah tempurung. Kena jugak keluar jalan2, tengok org sekeliling.

Malas pun boleh menyebabkan tekanan. Malas buat itu, malas buat ini. Bila dah malas, asyik duduk saja then banyak pikir, tu yg nak jadi tertekan. Pastu makan banyak, kuat tidoq, lagi la bertambah2 malasnya, lagi lah tertekan hidup.

Faktor kewangan pun boleh jadikan kita tertekan. Even tak kerja, kena pandai cari income sendiri. Selain dpt mengurangkan tekanan sebab dok saja tak buat apa, atleast ada jugak duit masuk, boleh beli keperluan diri, makan etc. Macam i ni jenis segan nak mintak duit kat org. Bila segan, duit takda, mula la tekanan. Then, tidoq.

Punca tekanan yg utama. Kurang mendekatkan diri padaNya. Banyak dekatkan diri padaNya, inshaAllah hati rasa tenang, hidup jadi aman.

Banyak la faktor jadinya tekanan dalam diri. Tapi ni ja muncul dalam pikiran sbb dah pernah lalui semua ni. Teruk jugak rasa sbb dulu asyik memendam ja. Now dah pandai share dgn org yg boleh dipercayai, alhamdulillah rasa berkurang beban dalam kepala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 07:53 AM | Show all posts
Disebabkan apa...  sebab 1) poor time management 2) very little free time for self
Kesannya kepada kita... 1) disappointed with myself 2) runs away into FORUM!! kerana ingin lari dari kerja yg melonggok 3) maka banyaklah replies dalam forum
Tanda - tanda tekanan hidup.. (saya tak cam tandanya pada sy, maybe tiada, cuma kurang time utk diri eg makan selalu sgt maggi atau makan makanan umum yg ditinggal dalam fridge hospital)
Cara -  cara mengatasinya.. sedang cuba membina disiplin diri kembali.. byk sgt kerja, sampai the work itself yg disrupt the discipline

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
punca:
tekanan hidup berpunca dari pelbagai masalah.. kewangan, kerja, hubungan dengan manusia, masalah kesihatan, chemical imbalance atau kekurangan nutrisi dll

kesan:
ada tekanan yg boleh motivate kita utk buat lebih baik dan lebih berusaha, ini kesan yg positif
ada kesan yg boleh menekan perasaan sehingga terganggu fikiran dan juga kesihatan.. yg ni kesan negatif yg kadangkala perlukan sokongan luar seperti nasihat dari keluarga atau rakan terdekat, atau bantuan profesional seperti kaunselor atau shrink

tanda2:
tekanan ringan: cepat marah, sukar tidur, pelupa, selera makan bertambah , cepat letih, sakit leher, bahu, gastritis

tekanan melampau:
tidak berselera makan, berdebar2, panick attacks, sangat susah utk tidur, atau tidur berlebihan, tiada semangat utk melakukan apapun

cara2 mengatasinya:
berdoa, pendekatan agama, luahkan pada org yg dipercayai, exercise, deep breathing, meditasi, baca buku2 motivasi, sibukkan diri, bersosial, makan makanan yg boleh menenangkan seperti turkey, ayam, chamomile tea, vitamins

jika berlanjutan cari bantuan profesional dan ubatan

kesimpulannya:
semua org tidak boleh lari dari masalah/ tekanan.. cuba sentiasa positif dan fokus pada penyelesaian punca tekanan itu.. apa yg berlaku adalah ketetapan.. tapi cabaran sebenar adalah cara kita mengendalikannya.. seek profesional help if needed

quotes:

“worrying is like sitting in a rocking chair, it gives you something to do but gets you nowhere”

“its not the load that breaks you down, its the way you carry it”

recommended reading:
How to stop worrying and start living by Dale Carnegie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:49 PM | Show all posts
Disebabkan apa...
Macam2 sebab. Bos kat ofis, rakan sekerja, keadaan kewangan, pasangan hidup, keluarga sendiri, keluarga mertua.

kesannya kepada kita...
Selalu murung, takde mood. Jarang senyum dan bercakap. Ni semua akan beri kesan kepada suasana dalam rumah. Dah kalau mak muka masam je, of course akan affect suasana kat rumah. Anak2 pun jadi pendiam. Semua buat hal masing2. Paling takut jika ianya affect pembelajaran anak2.

tanda - tanda tekanan hidup...
Jiwa rasa kosong. Fikiran selalu melayang. Selalu bersangka buruk sbb terlalu byk memikir benda yg ntah apa2. Rasa terasing dari orang lain. Suka menyendiri.

cara -  cara mengatasinya...
Muhasabah diri. Orang terdekat patut memain peranan. Mesti dia boleh perasan sikap kita dah berubah. Sounds cliche, tapi hakikatnya dekatkan diri dgn yg Maha Esa insyaAllah membantu sgt. Cuba bersangka baik. Cuba ubah diri sendiri dulu. Kalau tekanan disebabkan pasangan hidup, talk to your partner.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
finn replied at 9-1-2018 05:29 PM
Mkn je aprazolam n luvox.

Tepat sekali.. agak2 tekanan hidup tu berat sgt sampai tak leh nak tido bagai.. iols syorkan telan pulak zopim. Konpom tido nyenyak tanpa gangguan.. hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.315751 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list