CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 3

Patutlah Kawan Baik Selalu Mengandung Serentak, Rupanya Aura Kehamilan Boleh ‘Be

[Copy link]
Post time 9-1-2018 03:41 PM | Show all posts |Read mode




“Kenapalah tiba-tiba ramai pulak kawan aku yang mengandung ni. Tengok FB pun sama, scroll punya scroll semua cerita orang mengandung. Elok pulak tu semua serentak. Macam berpakat je.”
Pernah tak terfikir macam mana kita boleh mengandung serentak dengan kawan baik kita? Kalau siapa yang rajin baca kisah artis, anda mesti ingat satu masa dulu Sharifah Shahira dan Sakinah pernah hamil serentak. Begitu juga kesnya dengan kedua-dua isteri Ashraf Muslim.
Sebenarnya, mungkin ramai yang menganggapnya sebagai kebetulan. Tapi tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’?
BENARKAH AURA KEHAMILAN BOLEH ‘BERJANGKIT’?

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan oleh sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil!
Bahkan, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.


Apapun, perlu dijelaskan di sini bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi. Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2018 03:41 PM | Show all posts
3 SEBAB ‘KEHAMILAN’ BOLEH MENULAR



Menurut kajian pada tahun 2014 tersebut, ada 3 teori mengapa seseorang wanita boleh merasakan sedemikian.

Pembelajaran Sosial: Wanita lebih cenderung untuk merasakan pengalaman menjadi ibu apabila melihat ramai rakan mereka berjaya menempuhinya dengan sukses. Kalau dulu rasa macam leceh, gementar  atau tak ada rasa apa-apa langsung, kini mungkin lebih teruja bila melihat bayi dan anak-anak rakan dengan keletah yang comel dan melucukan.

Pengaruh Sosial: Wanita berasa ‘takut’ untuk ketinggalan apabila melihat ramai rakan mereka telah memiliki zuriat masing-masing. Kadang-kadang bila asyik ditanya pun, rasa stres juga.

Berkongsi Kos: Daripada sudut logistik, mungkin ada yang berasa lebih bersedia apabila rakan mereka memberi tips penjimatan dan mahu berkongsi kos tertentu seperti penjagaan anak. Bila dulu terasa beban, bila nampak kawan-kawan semua okey, barulah mula nampak jalan dan lebih terbuka hati.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:39 PM | Show all posts
sama je kes org beli kete baru tepon baru kasut baru etc..
org lain pon nk beli jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:34 AM | Show all posts
rasanya betul juga ni. sebab meols dengan bff sama2 accidentally pregnant
konon kitorang tak ready lagi jadi mak haha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056554 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list