CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5762|Reply: 7

Lokasi Filem Star Wars: The Last Jedi - Ah, Sungguh Memukau!

  [Copy link]
Post time 10-1-2018 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Anda peminat filem Star Wars? Jom tengok lokasi penggambarannya yang buat anda membayangkan berada bersama Rey, Finn dan BB-8. Oh, tak perlu cari kapal angkasa untuk melawat ke galaksi lain, semuanya ada di bumi sahaja!


Memetik Mirror, kebanyakan penggambaran dibuat di Pinewood Studios, namun lokasi lain terletak di Ireland, Amerika Selatan dan lain-lain lokasi.


Ireland


Bagi yang tak tahu, negara ini sememangnya menjadi lokasi utama untuk filem-filem Star Wars sebelum ini. Landskap pelbagai serta kawasan pantai memukau menjadikan ia pilihan tempat untuk lokasi penggambaran. Contohnya, tebing tinggi termasuk di County Donegal's Malin Head, Loop Head dan Ceann Sibeal menjadi latar belakang filem. Cukup unik, macam berada di dunia lai

1. Skellig Michael

Skellig Michael macam di dunia lain



Pulau terbesar Skellig ini menjadi latar untuk babak terakhir filem sekuel Star Wars: The Force Awakens. Pulau yang tersenarai dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO ini tidak penghuni sehingga sebuah biara dibina di situ antara abad ke-6 hingga ke-8, dan ia masih ada di situ.


Teringin nak melawat? Boleh. Lawatan dengan bot dibenarkan dari hujung Mac hingga awal Oktober kerana pada bulan lain, cuaca biasanya menyulitkan keadaan.




2. Brow Head, County Cork


Loop Head dengan tebing curam dan padang menghijau




Pihak Berkuasa Udara Ireland (IAA) mengumumkan kawasan ini sebagai kawasan larangan penerbangan sepanjang penggambaran dibuat. Ini untuk mengelakkan penduduk menggunakan drone untuk 'mengintai' apa yang sedang difilemkan di situ. Kawasan bertebing curam dengan padang menghijau memang sesuai sebagai tempat persembunyian daripada 'First Order'.





Croatia


Croatia terus menjadi tumpuan pelancong terutama selepas kota-kotanya dijadikan lokasi filem 'Game of Thrones'. Sekarang, bertambah-tambah lagilah jumlah kunjungan sebab lokasi The Last Jedi adalah di Dubrovnik.

Dubrovnik


Pelabuhan Dubrovnik




Walaupun ada pengubahsuaian dibuat dengan menggunakan kesan khas imej janaan komputer (CGI), tapi latar yang sebenar masih dapat dilihat. Dalam filem itu, Dubrovnik merupakan Casino City Canto Bight.


Di lokasi, mereka menggunakan jalan raya dan struktur bangunan untuk mencipta kota baru. Dubrovnik juga tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO kerana terkenal dengan pelabuhan bersejarah, kubu yang mengagumkan serta gereja dengan seni bina Baroque di bahagian kota lama.




Bolivia


Salar de Uyuni, Bolivia


Macam kat planet lain, kagum dengan ciptaan Ilahi.



Dataran garam terbesar di dunia merupakan Planet of Crait dalam filem itu. Sememangnya dataran itu nampak macam berada di galaksi lain. Landskapnya cukup cantik dengan pemandangan amat mengagumkan, macam tak percaya wujud lokasi seperti ini!




Sequel filem Star Wars mendapat sambutan sejak 1977





Start Wars masih dan terus diminati ramai. Malah, bukunya juga dijual berjuta-juta naskhah. Memang filem epik begini 'lain daripada lain' dengan bajet besar dan tentulah, lokasi terbaik.


Mana tahu, ada rezeki satu hari nanti bolehlah melawat lokasi filem itu. Kalau tak, kena puaskan hati tengok dalam filem sajalah. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 12:04 PM | Show all posts
Bisalah mana2 tempat yang pernah jadi lokasi sesebuah filem atau drama pasti akan ada pelancong yang teringin nak lawatinya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:59 PM | Show all posts
so donald duck dah jadi jedi ka blum??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 02:33 PM | Show all posts
mmg cantik betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 03:13 PM | Show all posts
cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:24 AM | Show all posts
nice.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2022 09:32 AM | Show all posts
dataran garam tu cantik woo..mmg ase kat dunia lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.095732 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list