CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 10

[Tempatan] Dasar boros kerajaan BN. Hutang RM722 bilion., faedah RM31 bilion setahun

[Copy link]
Post time 11-1-2018 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Kelmarin, bonus yang dijanjikan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2018 tahun lalu dikreditkan ke akaun kakitangan dan pesara kerajaan. Beban perbelanjaan tambahan untuk bonus tahun 2018 dianggarkan sekitar RM3 bilion yang akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan kerajaan dan 775,000 pesara kerajaan. Penjawat awam akan menerima RM1,500 manakala pesara kerajaan akan menerima RM750 dengan 2 kali pembayaran tahun ini.

Meskipun sejumlah besar wang rakyat dibelanjakan, bonus ini hanya masuk ke kantung kira-kira 10% daripada keseluruhan tenaga kerja di Malaysia dan perbelanjaan boros emolumen kerajaan adalah tidak mampan buat kewangan negara dalam jangka panjang.

Data yang dikeluarkan menunjukkan pada 2009 ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih, perbelanjaan emolumen negara iaitu perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan hanyalah sekitar 26% daripada keseluruhan perbelanjaan operasi. Namun kini, peratusan perbelanjaan emolumen kerajaan berada pada paras 34% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus ataupun kira-kira RM79 bilion.

Perbelanjaan pencen dan gratuiti kerajaan juga semakin membimbangkan hari demi hari. Tahun ini sahaja, dijangkakan 25,000 kakitangan kerajaan akan bersara. Perbelanjaan pencen dan gratuiti oleh kerajaan dijangka terus meningkat kerana kerajaan baru sahaja meningkatkan kadar pencen minimum kepada RM1,000 untuk pesara yang pernah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

Pada 2009, perbelanjaan untuk pencen dan gratuiti hanyalah sekitar 6% daripada keseluruhan perbelanjaan operasi kerajaan. Jumlah ini meningkat kepada lebih kurang 11% pada 2018 ataupun kira-kira RM25 bilion. Dalam “absolute figure”, perbelanjaan pencen dan gratuiti ini meningkat RM15 bilion daripada RM10 bilion pada 2009 kepada RM25 bilion pada 2018.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan emolumen serta pencen dan gratuiti meningkat 12% daripada 33% pada 2009 kepada 45% pada 2018 daripada keseluruhan perbelanjaan operasi kerajaan.

Perkara ini sememangnya memberi kesan kepada rakyat kerana kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan pembangunan bagi menampung perbelanjaan yang disebutkan di atas. Harus diingatkan perbelanjaan pembangunan yang akan digunakan untuk membina hospital, sekolah, sistem pengangkutan dan hal berkaitan bagi memacu pembangunan negara.

Perbelanjaan pembangunan kerajaan merudum dengan begitu drastik dalam era pentadbiran Najib. Ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, perbelanjaan pembangunan daripada keseluruhan belanjawan kerajaan adalah sekitar 24%. Namun setelah 9 tahun memerintah, perbelanjaan pembangunan pada 2018 hanyalah sekitar 14%, iaitu penurunan 10% berbanding 2009.

Perbelanjaan pembangunan ini pula hampir 90% dibiayai hutang. Perkara ini tidak mengejutkan kerana tahun ini, jangkaan hasil kerajaan hanyalah sekitar RM240 bilion manakala perbelanjaan kerajaan sekitar RM280 bilion. Dalam erti kata lain, RM40 bilion daripada keseluruhan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan akan dibiayai hutang.

Jentera kerajaan seringkali berbangga dengan kejayaan kerajaan menurunkan kadar hutang negara kepada kira-kira 50.7% berbanding KDNK pada suku ke-3 tahun lepas. Bahkan pada tahun ini, kadar hutang negara dijangka turun lagi kepada sekitar 50% berbanding KDNK meskipun jumlah hutang akan meningkat kepada kira-kira RM722 bilion.

Walaupun begitu, mereka tidak pernah bercerita mengenai pembayaran faedah akibat hutang negara. Pada 2009, jumlah pembayaran faedah hanyalah sekitar 9.1% berbanding perbelanjaan operasi. Jumlah ini meningkat 4.1% kepada 13.2% pada 2018. Dalam “absolute figure”, kos pembayaran faedah kita tahun ini adalah sekitar RM31 bilion setahun ataupun RM2.6 bilion sebulan.

Selain itu, kesan daripada dasar boros kerajaan dalam berbelanja, subsidi yang diberikan kerajaan juga berkurangan dengan mendadak sekali yang turut memberikan kesan kepada orang ramai. Pada 2009, subsidi yang diberikan kerajaan sekitar RM74 bilion mengikut anggaran Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan). Namun pada tahun lepas, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan hanyalah sekitar RM10 bilion.

Oleh itu, penulis berharap kerajaan lebih peka dalam berbelanja agar tidak memberi kesan kepada rakyat melalui pengurangan kadar peruntukan perbelanjaan pembangunan negara dan subsidi. Skim pembayaran pencen dan gratuiti kerajaan juga perlu diubah agar lebih mampan kerana jumlah pesara kian meningkat tahun demi tahun.

Osman Bakar ialah pembaca FMT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 01:27 AM | Show all posts
akak risau pencen je.

sbb jumlah penjawat awam meningkat mendadak, kalau tak urus mapan mungkin istilah kerja secara kontrak macam askar atau pun potongan macam private sector terpaksa dilakukan dan pencen di hapuskan.

benefit penjawat awam hilang begitu sahaja.

kenapa akak risau penjawat awam? selagi mana portion ekonomi tak di pegang oleh melayu islam selagi tu peluang pekerjaan sukar diwujudkan untuk orang melayu sektor swasta.

tak selamanya kerajaan boleh support melayu. kita kena berdiri sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
pembangkang menang nanti bonus kktgn awam naik 3 bulan mcm Selangor. tak risau nak bankrap ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:27 AM | Show all posts
akusukaq replied at 11-1-2018 01:46 AM
pembangkang menang nanti bonus kktgn awam naik 3 bulan mcm Selangor. tak risau nak bankrap ke

kalau pembangkang menang portion macam selangor akak setuju. bukti kt selangor ekonomi jumlah bajet untuk pembangunan lebih tinggi percent daripada kerajaan pusat ( federal gov) . camne tu?

akak tak setuju penjawat awam ramai sangat agak merbahaya kesan jangka panjang, begitu juga BRIM.  BRIM mekanisma sementara akak setuju tapi untuk long term agak bebankan kerajaan, cari mekanisma supaya dpt bantu tambah golongan pertengahan kurangkan kemiskinan.

duit banyak tp hilang sebab rasuah.rasuah sana sini bajet patut sampai pada rakyat lesap berpuluh juta ratus juta contoh kes syarikat air sabah.pkfz dan syarikat2 kroni.



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 04:39 AM | Show all posts
tau takpe...dasar nak tolong"tongkat" melayu ni akhirnye akan mampuskan melayu dulu

dari dulu lagi aku duk highlight..tapi puak gomen kampung ni otak selalu duk pikir..eleh dengki la tu..biz community bertahun duk bising..yang rugi akhirnye mulayu jugak...


mulayu kampung ingat dunia ni hanya ade kerja gomen je dan paling "hebat" dah la tu..prrfthhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tunggula acik kepam gomen tudung bokita masuk komen lps pkl 8 nnt



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 06:15 AM | Show all posts
Edited by rykall at 11-1-2018 06:17 AM

sekarang ni saiz bilangan penjawat awam sedang dikecilkan...cthnya jawatan pencen, ada yg tak diganti balik JPA ambil waran tu semula (7 jawatan pencen, 5 dikembalikan ke JPA) dan perkara ini sdg dilakukan dari semasa ke semasa di semua sektor awam termasuk berkanun dan PBT...Kerajaan sdg buat pun inisiatif pengurangan penjawat awam..tak perlulah si Osman ni duk sibuk2...JPA dah alert akan perkara2 ini...utk pencen pula skrg kalau nk pencen penjawat awam pun kena ada justifikasi kukuh...belum lg Exit Policy...semua sdg dan telah diperkemas dari semasa ke semasa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 07:49 AM | Show all posts
singapore negara kecil mcm taik hidung pun hutang trillion dollar.....nak cakap apa lagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-1-2018 01:27 AM
akak risau pencen je.

sbb jumlah penjawat awam meningkat mendadak, kalau tak urus mapan mungkin  ...

Betul tue kak... Tak mustahil akan datang gov akan buat pelan rasionalisasi perkhidmatan awam plak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 11-1-2018 06:15 AM
sekarang ni saiz bilangan penjawat awam sedang dikecilkan...cthnya jawatan pencen, ada yg tak digant ...

Bila pembangkang kata nak kurang kan penjawat awam terus jadi isu... Sekali tgk BN pun buat benda sama tp senyap2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 09:17 PM | Show all posts
Too much wastage of public funds  being channeled just to pay off interests loan...belum berbillion lagi yang ghaib tanpa berita.....

Sovereign company set up untuk kepentingan rakyat kepala habah dia.....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067428 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list