CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7809|Reply: 94

[Tempatan] Tular Cikgu Zetty menyanyi Menahan Rindu di majlis sambutan Hari Guru

[Copy link]
Post time 11-1-2018 09:12 AM | Show all posts |Read mode


“Saya memang suka menyanyi sejak sekolah rendah dan selalu membuat persembahan. Di universiti pun saya aktif dalam seni suara dan kebudayaan sehingga pernah dijemput oleh beberapa stesen televisyen untuk membuat persembahan.
"Jadi apabila saya ditempatkan di sekolah itu dan diminta untuk membuat persembahan, memang bakat saya ke arah itu jadi saya memilih untuk menyanyi tapi tak sangka ia dirakam lalu tular di laman sosial," kata Nur Izzati Mohd Arifin, 27, guru yang tular di laman sosial selepas menyanyi di hadapan pelajar di dewan sekolahnya di Kulai, Johor.
Video berdurasi tiga minit 38 saat itu menyaksikan Nur Izzati menyanyikan lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita yang dirakam pada Mei tahun lalu dan mula menjadi tular sejak sebulan lalu serta menerima pelbagai reaksi netizen.
Nur Izzati yang mesra dengan panggilan Cikgu Zetty berkata, sejak kecil dia memasang cita-cita mahu menjadi seorang penyanyi namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana mahu menunaikan impian ibu bapanya yang mahu dia menjadi seorang pendidik.
Katanya yang ditempatkan di sekolah berkenaan Mac tahun lalu, sudah seperti menjadi tradisi di sekolah itu, guru baharu harus membuat persembahan pada sambutan majlis berkenaan.
"Terima kasih sebab menghargai dan menyokong bakat saya,” katanya.
Menurut Cikgu Zetty, dia tidak kisah dengan kecaman dan tanggapan negatif netizen kerana menganggap tindakannya itu hanya untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Guru di sekolahnya.
Kata pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, dia hanya mampu tersenyum apabila melihat komen netizen mengatakan dia 'gila glamor', melebih-lebih dan mengutamakan hiburan daripada mengajar.
"Saya tidak mahu layan sangat komen negatif netizen sebab pada saya membuat persembahan seperti itu tidak salah dan hanya untuk majlis tertentu sahaja bukannya setiap hari atau ketika waktu pembelajaran.
"Tapi ramai yang bersangka baik dan saya berterima kasih. Tidak lupa juga yang memberi komen lucu," katanya yang sedang mengandung lapan bulan anak kedua.
Menurut Cikgu Zetty, dia yang kini mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah berkenaan gemar mendekati pelajar dengan berkongsi minat sebagai kaedah untuk memastikan pelajarnya tidak rasa terbeban untuk belajar.

  Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 09:15 AM | Show all posts
tek besaq tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:33 AM | Show all posts
sedap suara cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:47 AM | Show all posts
Menyanyi macam ni pun boleh tular?  Biasa2 je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
biasa jer suara sheol
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:02 AM | Show all posts

nak teq besaq sila merisik andartu @Vokuro

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleylaaa Cikgu memoonlightingkan diri during wiken ke memalam kerr, dpt kott xtra income
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Merdunya suara kau dek. Lgi bagus drpd sesetengah penyanyi smpah yg ada sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak ada anak 2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangga le tu geng cikgu dlm ci ni..ke jeles
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya suara cikgu ni.......dulu I ada classmate merangkap kawan baik orang Johor juga masa kat U dulu .....yang suara sedap macam CT nurhaliza. ..suka sangat menyanyi dalam kelas...sampai ke bilik air hehe. ...sekarang dah jadi lecturer di UIAM.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:18 AM | Show all posts
@kentel nyanyi lagik best kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:35 AM | Show all posts
Cikgu rajin karok ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:05 AM | Show all posts
ni salah satu contoh cikgu sampah...org bayar ko utk mengajar akademik,,ko gi menyanyi...pprt punya cikgu...mmg sah nak glamer betina ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:07 AM | Show all posts
kononlaa bajet suara sedap pastu org2 seni perasan keujudan,pastu offer amik jadi rekording artis...yelah kan,,,sekarang ni kan trend glamer express guna youtube/smule etc...mentaliti sampah punya cikgu...u not deserve to be a good teacher...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:08 AM | Show all posts
alamak....pagi2 dah memaki ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2018 11:51 AM | Show all posts
spt biasa sure ada yg dengki
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku..sedap la
Xyah jemput penyanyi lain dh
Cikgu sendiri pung dh boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:32 PM | Show all posts
MH3707 replied at 11-1-2018 11:05 AM
ni salah satu contoh cikgu sampah...org bayar ko utk mengajar akademik,,ko gi menyanyi...pprt punya  ...

nak jadi cikgu pun bukan cita2 sheols ok!

sheols di'paksa' menurut keinginan parents yang nak sangat sheols jadi cikgu

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:32 PM | Show all posts
biasa2 je... takyah la nak viral sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.305395 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list