Pernah dengar tentang Pulau Sayak? Biasanya di Pulau Sayak ni ramai yang ke sini untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa ataupun hari raya.
Tapi, di sini terkenal juga dengan menu mee udangnya yang fresh.
Antara gerai mee udang yang terkenal di sini ialah gerai Pak Su. Sebenarnya banyak lagi gerai-gerai mee udang kat sini.
Lokasi Pulau Sayak ni sebenarnya terletak di antara jalan menuju ke Pantai Merdeka, Kedah.
Dari pekan Tikam Batu, ambil jalan ke Kuala Muda/Pantai Merdeka. Dan Pulau Sayak terletak hanya beberapa km sebelum sampai Pantai Merdeka.
Selain dari mee udang, ada juga menu-menu 'killer' lain yang terdapat di sini antaranya mee goreng udang, nasi goreng udang dan macam-macam lagi.
Dan yang paling penting semua menu ini menggunakan udang-udang yang fresh. Memang boleh terasa kesegaran udangnya bila kita makan.
Harga menu-menu disini boleh tahan. Ia sesuai dengan hidangan yang mengandungi udang yang segar. Range harga adalah daripada RM 10 hingga RM 15 sepinggan. Memang berbaloi!
Jadi, jika anda dalam perjalanan bercuti atau berjalan-jalan ke utara, singgah lah sebentar di Gerai Pak Su ni untuk merasai keenakan mee udang orang utara yang sedap.
Selamat mencuba! - CARI |