CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165092|Reply: 2126

Pelakon bergelar Datuk tampar polis, tendang orang awam

    [Copy link]
Post time 11-1-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelakon bergelar Datuk tampar polis, tendang orang awam

BERITAKes
Khamis, 11 Januari 2018 | 3:16pm

Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my

PETALING JAYA: Seorang pelakon yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, ditahan selepas menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

"Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.
  
"Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts

Datuk FK buat hal?? Positif mengganja

Edited by katibism at 11-1-2018 06:05 PM

PETALING JAYA: Seorang pelakon yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, ditahan selepas menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

"Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/373994/pelakon-bergelar-datuk-tampar-polis-tendang-orang-awam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang baru dapat Datuk ada dua, Farid Kamil and Aaron.yang mana satu umur 37??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:44 PM | Show all posts
farid kamil ke FK tu? dia lah kot...wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:45 PM | Show all posts
FK memang baran tapi tak sangka lak sampai berani tampar polis, tendang orang...  kalo betul la, itu tandanya gosip dia buat bini dia masa masih kapel dulu boleh jadi betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:45 PM | Show all posts
truememe replied at 11-1-2018 07:43 AM
Yang baru dapat Datuk ada dua, Farid Kamil and Aaron.yang mana satu umur 37??

thread laie satu tulis farid kamil (FK)...kalu farid kamil amik dadah,i no doubt...dia mmg kaki stoned...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
MH3707 replied at 11-1-2018 03:44 PM
farid kamil ke FK tu? dia lah kot...wakaka

Sape lg Datuk 37 tahun.. bamharun dah 40’s
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon jer tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 03:48 PM | Show all posts
eyansss replied at 11-1-2018 07:45 AM
FK memang baran tapi tak sangka lak sampai berani tampar polis, tendang orang...  kalo betul la, itu ...

dia ni kaki stoned...tu yg perangai teruk sikit...alah,,artis lelaki mana yg tak stoned? habak mai???
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:49 PM | Show all posts
ala..apedehal setakat ringkuk sekejap kat hotel besi tuh
tak dan panas punggung keluar la dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:50 PM | Show all posts
oh maii dahsyatnye perangai
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:51 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 88526#ixzz53rRsxYTK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak hairan pun jika benar FK amik dadah. Sejak 10years back lagi i dah agak dia amik dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aduradura at 11-1-2018 03:55 PM

2,3 hari ni iolls pelik tengok FK...and iolls pun rase heolls tgh bergaduh dgn bini heolls, DD...

iolls rasa DD dah block farid dkt IG....

And uolls perasan tak DD dah start nk buat food bisnes sendiri semua bagai....siap jual baju preloved ....bertabahlaa DD
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:54 PM | Show all posts
mat dadah rupanya...sian DD
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:56 PM | Show all posts
gujiwa replied at 11-1-2018 03:51 PM
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas diper ...



lepas dapat datuk terus tampar polis.. hebat




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 03:56 PM | Show all posts
eyansss replied at 11-1-2018 03:45 PM
FK memang baran tapi tak sangka lak sampai berani tampar polis, tendang orang...  kalo betul la, itu ...

bukan shamsul selam ke yg tampar dd dulu... bukan FK?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:56 PM | Show all posts
alahai motip g tampar polis yang tengah ambik report kat kaunter tu tak semena-mena? ke polis tu ada tanya apa2? takkan teruk punya baran tak bertempat pergi marah polis tu? selayaknya meringkuk dalam lokap

ko ingat polis hadap sangat kat ko?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-1-2018 03:45 PM
FK memang baran tapi tak sangka lak sampai berani tampar polis, tendang orang...  kalo betul la, itu ...

fk pukul bini die ke? iols igtkan sol sol sol yg tampar didiandfriends
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ish wat malu ja..tarik blik la gelaran tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.380406 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list