Akibat Datuk Aliff Syukri menunjukkan kemewahannya di laman sosial, dia dinasihat oleh Ustaz Ahmad Husam untuk tidak terlalu menayang kekayaannya secara terbuka.
 Foto: Carian Internet
Seperti biasa, sudah tentu cerita seperti ini menarik perhatian penyanyi rap, Caprice yang sering memuat naik video di laman Instagram dengan berkongsi pendapatnya tentang pelbagai isu-isu semasa dalam mahu pun luar negara.
 Foto: IG Caprice
Dalam video tersebut Caprice tidak bersetuju dengan pendekatan Ustaz Ahmad Husam menasihati Aliff Syukri kerana dia menganggap teguran itu melampau. Ini disebabkan Ustaz seakan menyamakan perbuatan Aliff Syukri dengan sifat yang ada pada seorang Firaun.
“Kalau Ustaz pergi ke Dubai atau Qatar, saya jamin terdapat ramai orang disana yang menunjukkan kekayaan seperti ini.”
“Saya suka saudara kita menjadi kaya. Semakin kaya anda, semakin banyak zakat yang mereka akan bayar dan semakin banyak orang yang akan mereka tolong”
Caprice juga mendedahkan Ustaz Ahmad Husam juga riak kerana memuat naik gambar sebuah kereta Mercedez Benz pada bulan Oktober 2017 yang bernilai lebih RM300 000 di laman Facebook.
 Foto: FB Ustaz Ahmad Husam
Dia juga mempersoalkan tindakan Ustaz tersebut kerana ini juga boleh membawa kepada sifat riak.
 Foto: IG Caprice
Namun begitu, Ustaz Ahmad Husam telah membidas kenyataan tersebut kerana itu bukanlah kereta miliknya malah ia kepunyaan ayahnya yang dihadiahkan oleh anak muridnya dan tujuannya adalah untuk mengelak fitnah.
 Foto: FB Ustaz Ahmad Husam
Netizen pula menghentam kelantangan Caprice yang memberi komen tentang isu ini seakan-akan dia sahaja yang betul.
Betul ke Caprice memang suka mencari kesalahan orang? Semoga lepas ini Caprice berhati-hati berkongsi pendapatnya secara terbuka. Nanti makan diri pula. Bang bang! - CARI |