CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3440|Reply: 39

[Tempatan] Segelintir peniaga kantin 'rembat' wang baki pelajar yang tak pandai mengira

  [Copy link]
Post time 12-1-2018 10:56 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Kisah seorang ibu yang kesal dengan tindakan peniaga kantin di sebuah sekolah ‘merembat’ RM3 milik anak perempuannya berumur lapan tahun menerusi sebuah video yang tular menarik perhatian seorang guru.

Mengakui terdapat kebenaran mengenai kes pekerja kantin tidak amanah, beliau berkata, masalah itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa melakukan pencegahan awal dengan mengajar anak mereka mengenali wang dan dan mengira baki.

Tanpa merujuk kepada video yang tular, Mohd Fadli Salleh berkata, selain pekerja kantin yang tidak jujur, terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi insiden murid tidak menerima semula baki wang selepas berbelanja.

“Aku dah pesan banyak kali, ajar anak kenali wang, terima baki. Saban tahun di depan mata, murid membeli, hulur wang dan berlalu pergi walau baki masih ada.

“Waktu rehat ratusan murid ada di kantin, sesak. Anak kau bawa duit RM5, beli keropok harga RM1. Hulur duit dan berlalu pergi.

“Terpekik-pekik pekerja kantin panggil anak kau. Tapi mana anak tu nak perasan dalam suasana riuh-rendah. Nak dikejar, takkan dia nak tinggalkan kaunter,” katanya menerusi satu ‘posting’ di laman sosial pada Jumaat.


Video yang tular mengenai seorang murid yang mengadu baki wangnya didakwa diambil oleh pekerja kantin.

Mohd Fadli berkata, selepas membeli, segelintir murid pula tidak terus menyimpan wang mereka di dalam poket atau dompet, sebaliknya meletakkan di atas kaunter.

“Diletak dulu atas kaunter lepas tu nak minum air, berborak dengan kawan. Kalau kau penjual, duit ada di atas kaunter saat pelanggan tengah ramai bersesak-sesak, pasti kau ingat itu duit kau kan?

“Lagipun memang biasa murid yang dah tahu harga dan kenal nilai wang hanya ambil barang, letak duit atas meja kaunter dan berlalu pergi,” katanya.

Mengenai pekerja kantin yang tidak jujur, mendidik anak mengenai perbelanjaan pasti dapat menangani isu mengambil kesempatan ke atas murid.

Selain mengenali wang, menerima baki, ibu bapa turut perlu menasihatkan anak-anak mereka supaya meminta baki dan Mohd Fadli memberi contoh: “Pak cik, duit saya lima ringgit. Saya beli seringgit sahaja. Mana baki saya empat ringgit?”

Jelasnya, pekerja yang tidak jujur tidak lagi berani ‘mencuri’ wang murid terutama dari Tahun Satu sekiranya anak-anak kecil ini tahu menuntut hak mereka.



Namun kata Mohd Fadli, anak-anak mereka dinasihatkan untuk membuat laporan kepada guru bertugas sekiranya tindakan pekerja kantin yang tidak bertanggungjawab terus berlaku.

“Guru yang akan pergi berurusan dengan pekerja kantin dan bertanya hal sebenar. Jika ada pekerja yang tidak jujur, pasti saban hari ada laporan murid.

“Jika setiap hari guru yang kena pergi minta baki murid, pemilik kantin pasti tukarkan pekerja yang tidak amanah itu. Kes selesai,” katanya.

Dalam pada itu, guru tersebut turut menasihatkan ibu bapa supaya memberikan wang kertas RM1 kepada anak-anak mereka berbanding wang kertas bernilai lebih besar.

“Mudah kerja anak, mudah kerja orang kantin tak perlu beri baki,” kata Mohd Fadli.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anak aku girl darjah 2..
belanja sekolah pagi RM2..aku bagi singit singgit..sekolah petang pun sama..

gigih tisp awal tahun aku tukar terus not RM1 seribu keping utk setahun belanja sekolah..

last year aku bagi RM4...sakan anak dok soping kt kedai buku hari2..

terus aku tukar bg rm2 sampai sekarang..
and yes anak aku masih blur tentang nilai duit..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah zaman kita 80an senang je, sbb makanan sepiring 20 sen je, dan air seposen. Jadi hulur duit seposen seposen seposen atau doplohsen seposen. Settle transaksi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 12-1-2018 11:25 PM

Zaman sekarang, nak kena kenal semua denominations yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 12-1-2018 11:20 PM
Sekolah zaman kita 80an senang je, sbb makanan sepiring 20 sen je, dan air seposen. Jadi hulur duit  ...

zaman dolu majoriti pekerja kantin adalah org tempatan dan tarap makcik2

depa lebih jujur dgn budak ..
now ni majoriti pekerja kantin pendatanh haram indon..lebih pikir nak keep de change duit budak..ujong2 bole cilok hantar I dongaruduburku
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:46 PM | Show all posts
koko2 replied at 12-1-2018 11:09 PM
anak aku girl darjah 2..
belanja sekolah pagi RM2..aku bagi singit singgit..sekolah petang pun sama ...

tp ada benda kena didik dengan menyimpan.akak dulu kaki joli jajan. baguslah sis didik anak.


kaka masa kecil zaman jahiliah dulu pernah curi satu barang hypermarket , curi aiskrim atau motorsikal batman, adik baru boleh berjalan jadi kaka nak happykan adik, tauke kedai pula sibuk bercinta dengan janda baru cerai ( janda bergetah kt tempat akak). kaka tengok cashier tak de terus belah je. duit takut letak takut hilang.

syg hypermarket tu dah gulung tikar, ingat nak pulangkan, niat sedekah RM 12 kepada pemilik tauke tu. jangan jadi cm akak, syg adk tp bg motorsikal batman haram kaka pilih motor tu sebab dia boleh reverse tarik gerak sendiri. adk happy je. seronok tgk adik happy.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pekerja jujur. ..masyarakat jujur...orang dewasa jujur. ..takkan tergamak nak mencuri dari budak kecil. ...tak.payah nak salahkan budak kecil 100% lah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 11:34 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-1-2018 10:33 AM
Kalau pekerja jujur. ..masyarakat jujur...orang dewasa jujur. ..takkan tergamak nak mencuri dari bud ...

Takkan mydin sorang jer penghuni neraka kalau dah semua org baik, jujur?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2018 11:38 AM | Show all posts
koko2 replied at 12-1-2018 11:09 PM
anak aku girl darjah 2..
belanja sekolah pagi RM2..aku bagi singit singgit..sekolah petang pun sama ...

dah tiap hari kena sental melantak telor selama hidupnya..mana otak tak blur sotong macam kau?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dari zaman tok kadok lagik noks benda ne berlaku.. kalau parents sejenis hulur duit tak pantau duit, tak tertangkap lahanat tu semua maka berterusan lah iya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-1-2018 03:46 PM
tp ada benda kena didik dengan menyimpan.akak dulu kaki joli jajan. baguslah sis didik anak.



kurlass tau akak.. kecik2 dah tahu siapa janda bergetah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak je kes macam ni..bila budak2 mintak duit baki..kena marah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ni la anak aku 6 tahun aku dah ajar kenal note duit..paksa dia belajar tambah tolak..walaupun tak perfect sbb tak boleh kira sampai sen..tp at least nombor ringgit dia boleh kira..satu lg ajar baca jam analog dan digital..takdelah anak blur2 tgk jadual sekolah...bukan kiasu..tp utk survival
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 01:24 PM | Show all posts
anak2 memang patut dididik kenal angka sebelum masuk sekolah..
biar membesar tak jadi macam laba fail maths
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk2 pon meleis kita jugak kan? Cina dapig jah pandai menipu ummah. Meleis kita baik2, x mungkin buat perangai Yahudi sebegini. Mesti pitenoh dapig kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu tak nipu, bukan lah Melayu namanya ... kat tred sebelah Melayu masak tak basuh dan jual nasik basi kat kantin sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 12-1-2018 11:09 PM
anak aku girl darjah 2..
belanja sekolah pagi RM2..aku bagi singit singgit..sekolah petang pun sama ...

dua ringgit pagi dua ringgit petang ke
anak saya saya bagi dua pagi tiga petang
rasa nk bagi empat ringgit juga la lepas ni
dah pandai beli ngarut2 baru dua minggu sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak-anak sekarang. Silibus sekolah rendah bukan main lagi. Nak masuk sekolah kena pandai membaca dan menulis tapi nak kira baki duit pun masih terkial-kial. Benda asas kena tekankan sebab tu budak-budak sekarang ni tak hairan sangat dengan duit. Peniaga pun satu hal jugak tapi aku tak nafikan pasal ramai budak serbu bila waktu kantin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 03:30 PM | Show all posts
aku tk pnah blanja kt kantin msa skola rendah
paling2 beli air aja

psl dh ada bekal
busuk2 pun roti aja
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Merangkak la kau kat akhirat nanti nk mulangkan duit bebudak tu yer acik2 kantin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.393619 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list