CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9021|Reply: 120

[Tempatan] Cuaca mirip Eropah kini ada di Malaysia: Genting Highlands jadi tumpuan hujung m

  [Copy link]
Post time 14-1-2018 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca Eropah ‘Singgah’ Ke Malaysia
Diterbitkan: Ahad, 14 Januari 2018 8:45 AM




Pemandangan di Genting Highlands ketika cuaca sejuk.

GENTING HIGHLANDS: Dengan suhu sejuk dan kabus tebal yang dapat dilihat, anda akan berasa seperti berada di Eropah pada musim sejuk.

Realitinya anda bukan di Eropah, sebaliknya hanya berada Genting Highlands, kira-kira satu jam perjalanan dari Lembah Klang.

Pengunjung dan pelancong berkumpul di sini pada hujung minggu untuk menikmati suasana ‘musim sejuk’ di negara tropika, sambil membeli-belah.

Dengan suhu jatuh serendah 14°C hingga 16°C di tanah tinggi ini, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memakai pakaian musim sejuk yang pastinya tidak akan dipakai di rumah.

Akauntan Alan Kua, 32, yang datang ke sini dari Kuala Lumpur bersama isterinya, Hui Nee, 32, dan anak perempuan yang berusia tiga tahun, Laeticia, berkata mereka memang sukakan cuaca sejuk.

"Memandangkan ia cuti hujung minggu, kami merancang untuk datang ke Genting. Kami sukakan cuaca sejuk dan lebih mudah untuk kami membeli-belah dan berjalan-jalan.

"Tahun Baru Cina pun dah dekat, kami juga berbelanja di sini," katanya, Sabtu.

Pada Khamis, Lembah Klang mengalami cuaca paling sejuk dengan suhu mencecah hingga 21° C.

Jabatan Meteorologi berkata ini disebabkan oleh kesan monsun timur laut, menyebabkan langit mendung, hujan lebat dan angin sejuk.

Pegawai polis Mohd Farhan Jamion, 35, memandu dari Ipoh bersama isterinya, Suhanita Hussain, 32, dan anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun, Muhammad Izz Ferriz.

"Saya sangat sukakan cuaca sejuk dan akhirnya kami boleh menggunakan jaket musim sejuk kami. Bagaimanapun, anak saya terus mengeluh bahawa cuaca terlalu sejuk," katanya.

Jurutera Al-Firman Zahari, 34, dari Johor, turut membawa keluarganya dari Jakarta untuk menikmati cuaca sejuk.

"Sekarang, kita tak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati cuaca indah ini.

"Walaupun perlu memakai jaket, saya rasa cuaca macam ni bagus untuk berjalan-jalan. Ia juga nampak seperti musim sejuk," katanya.

Bagi M. Tharani, 22, yang sedang belajar di sebuah universiti di Pahang, perjalanan ke sini pada hujung minggu dengan rakan-rakannya dirasakan mampu memberikan ketenangan.

"Kami mahu melepasakan tekanan dan cuaca sangat bagus. Kami akan mencari restoran baru untuk kami makan-makan," katanya.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang ‘gembira’ dengannya.

Suri rumah, Siti Zaleha Abdullah, 53, dari Taman Tun Dr Ismail, berkata cuaca seperti ini menyebabkan pakaian yang dijemurnya lambat kering.

"Sentiasa hujan dan mendung. Saya perlu minta anak perempuan saya bawa saya ke dobi untuk mengeringkan pakaian kami," katanya.

"Ini menambahkan kos tambahan kepada perbelanjaan keluarga."

Mohd Razif Abdul Karim, 29, berkata dengan cuaca sejuk dan hujan, lebih sukar baginya untuk berjoging.

"Biasanya, saya boleh berjoging di taman selepas kerja tetapi sekarang susah sikit," kata penduduk Petaling Jaya ini.

Kedai dobi layan diri di Seksyen 17, Petaling Jaya, dikunjungi ramai pelanggan, dengan ramai yang datang menggunakan pengering.

C.K. Wong berkata beliau membelanjakan RM4.50 untuk mengeringkan pakaiannya selama 23 minit di mesin itu.

"Jika tidak, pakaian saya akan berbau hapak dalam cuaca seperti ini," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 12:46 PM | Show all posts
Suka cuaca sejuk, tapi x suka hujan. Boleh? Baju mmg kena tumble dry sbb hujan. Kecik baju ku jadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu je? Choi dari kecik hakak dah merasa takat view gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka cuaca camni..plis last for the whole year!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok ok cuaca mcm ni. Takdelah asal keluar rumah je melekit ketiak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Batak nya dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dr tahun lepas lg plan nak cikcur kat genting premium outlet
Tp smpi skang blom pegi2 lagi sbb stp weekend ada jah kenduri2 meleis ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:44 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-1-2018 01:42 PM
Akak dr tahun lepas lg plan nak cikcur kat genting premium outlet
Tp smpi skang blom pegi2 lagi sbb ...

meleis sgt sis ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 01:52 PM | Show all posts
chazey replied at 14-1-2018 01:23 PM
Gitu je? Choi dari kecik hakak dah merasa takat view gitu.

Entahlah kan.Saya mcm tak teruja kalau setakat berjalan-jalan di tempat pelancongan komersil mcm tu. Kalau join aktiviti jungle trekking dan berkhemah tu rasa thrill la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-1-2018 01:44 PM
meleis sgt sis ni

Nak wat camno.... Klassmate la, skoolmate la, unimate la, old kolig la, sedara mara la.. Sume stok2 kenduri melenggang perut la, hens party la, aqiqah la, tahlil la, wedding la, house warming la,besday party anak2 diorg la... sume jah stp weekend
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Me prefer cuaca panas..feeling2 summer gitu..since bp hari mandi kena guna air panas..dulu xpernah pun mcm ni..mmg btul2 sejuk or faktor usia meningkat kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
batak sejuk ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Press duk kata suhu Malaysia sekarang macam winter kat Europe.
16-21 degrees tu spring or summer weather saja kat sana ok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun sukerr cuaca sejuk mcm skung ni...nyaman
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungla duk Malaysia cuaca sesuai sepanjang tahun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji rakyat dpt update socmed sambil pakai baju tebal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 14-1-2018 01:23 PM
Aku suka cuaca camni..plis last for the whole year!!

Kan! I pun berharap cuaca gini je. Tapi realitinya tak lama lagi mesti panas kemain balik huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mangkuk punya press, winter kat yurop tu below freezing lah, takpun single digit
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Batak Gila dgn cuaca sejuk.   Kat Europe.. Jepun Korea China etc time Musim sejuk pakat nak bunuh diri stress... Xhadap ku bab musim ni...xsabar nak tunggu mei\june summer... Nak jejalan pakai selipar jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm..hari dh rs panas balik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.081421 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list