CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AbukRokok

[Tempatan] Premis Bitcoin Puchong Diserbu

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2018 10:32 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 14-1-2018 05:37 PM
hacker ni dah p inject script kat website.... bukak website tu hbis la pc hang dok mining tanpa se ...

aku suspek website cari  pun guna taktik licik tu pasal latelly beberapa bulan lepas web cari mcm berat nak loading
sebab hari tu heboh forum sarang pengganas letak script bitcoin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2018 10:34 PM | Show all posts
cempakaa replied at 14-1-2018 09:47 PM
Betul, anytime boleh crash. Jenis tak kaji market fikir jalan singkat je. Macam haritu ade yg inve ...

yang beli sebelum bulan 11 untung / bertahan... yang lepas tu habis masa bitcoin jatuh menjelang krismas sampai skrg stagnant

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:12 PM | Show all posts
bkn kena serbu pasal mining....kena serbu pasal buat farm mining.....pakai asic mmg la bising.....jirian kiri kanan berbunyi...org keluar masuk ..org jadi pelik......ramai warga malaysia tak berapa paham pasal mining coin ni.....yg owner pon satu bodo...pi la sewa kilang ke bangunan tingkat dua ke....ade jadah g buat kat umah ...mmg kena la....bodo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-1-2018 10:32 PM
aku suspek website cari  pun guna taktik licik tu pasal latelly beberapa bulan lepas web cari mcm  ...

aku smp skrg tak paham psl bitcoin... how bitcoin bleh ade value... since bkn bersandar pd emas ke ape...
tp matawang pun sama skrg mana ade bersandar pd emas pun.... n bitcoin bkn dikontrol mana2 gomen....

mohon pakar ekonomi cam sis kabu bg penjelasan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:57 PM | Show all posts
Mentang2 la bitcoin dah mahal sekarang. Semua nk amik kesempatan. Pdhal zaman dulu bitcoin rega sekadar utk exchange game/download content dlm steam xde pon org nk kisah ko nk melombong brp byk (tetap 0.000..... la)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:07 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 14-1-2018 11:14 PM
aku smp skrg tak paham psl bitcoin... how bitcoin bleh ade value... since bkn bersandar pd emas ke ...

ia disandarkan pada hanya ada 21 juta bitcoin je akan wujud serta diasaskan pada kerja susah pengiraan matematik oleh mesin mining


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 10:01 AM | Show all posts
Melombong bitcoin....mmg tempat yg sesuai sungguh memandangkan Puchong kan bekas lombong...

BTW, tadi check 1 bitcoin harga dia RM55K...perghh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:12 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-1-2018 04:51 PM
bitcoint ni duit digital yang ada market, berbeza dgn paypal western union. bitcoint ada chart unt ...

Bijaknya sis. Nak join clver gurl musim ke 3 tak? Sis wakil negeri mana yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:25 PM | Show all posts
Bitcoin sekarang harga naik turun macam nakharom. Dah takleh nak jadi duit beli bege dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:53 PM | Show all posts
kalu duit hasil jual bitcoin halal ke harom uolss..ke sama harom mcm makan rasuah jugok
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:17 PM | Show all posts

Bitcoin: Sebuah Pengenalan

By Khairul Azri  December 21, 2017 0 2149 views
Share on Facebook Tweet on Twitter  


Seperti yang diketahui umum, populariti bitcoin dikala ini semakin mainstream..

Dari pakcik-pakcik kat kedai kopi,budak sekolah menengah,sampaikan financial guru dan broker-broker investment bank pun duk cerita pasal nak beli bitcoin.

Ok, dalam keghairahan ramai orang dok bercerita pasal bitcoin,ada satu benda yang membimbangkan… apa dia?

Ramai orang yang minat bitcoin, ramai orang yang nak beli bitcoin dan ramai juga yang dah hodl/beli bitcoin.

TAPI

Lagi ramai yang sebenarnya tak faham pun apa itu cryptocurrency secara umum, mahupun bitcoin secara khasnya.

Membeli cryptocurrencies seperti Bitcoin hanya kerana ikut trend atau hype aka FOMO(Fear Of Missing Out)

Kalau kita tanya, dia faham ke tak apa yang dia beli tu akan kata takpa ini salah satu cara/mekanisma pelaburan.

Which is very scary.

The mantra yang kita harus ingat and praktik dalam apa-apa jenis pelaburan adalah,

‘Never invest in something you don’t understand’

Usually when you do this in any kind of investing you will definitly fall to FUD(Fear, Uncertainty,Doubt).

Ok enough with the ranting. Let Focus with the topic.
.
.
Oleh sebab aku selalu dapat soalan mengenai bitcoin instead of cryptocurrency itu sendiri, maka aku akan fokus tulisan ini dan tulisan-tulisan akan datang mengenai bitcoin secara keseluruhan kalau aku rajin.

And let face it, without bitcoin, cryptocurrency scene tak akan jalan pun.

The other 1300+ altcoin will not even be there without bitcoin, so yeah bitcoin +1.

Aku mulakan tulisan aku ini dengan tujuan untuk mengupas apa itu bitcoin dari sudut generalnya, non-teknikal dengan harapan,at least para pembeli dan peminat bitcoin ni faham apa yang telah dibeli dan akan dibeli.
.
.
JADI APA ITU BITCOIN?

1.Bitcoin = Sistem Pembayaran Elektronik.

Secara ringkasnya bitcoin hanyalah sebuah sistem pembayaran secara elektronik, dimana ianya boleh dilihat sebagai sebuah kaedah/saluran yang membenarkan 2 pihak untuk berurusniaga/transaksi diatas talian/internet.

Fullstop.

Sebagai contoh, kita ada dua pihak Ali dan Borhan,
*Biasanya omputeh akan gunakan Alice and Bob as pseudoname, tapi ni sebab melayu yang tulis, dia pilih Ali dan Borhan *

Ok kembali kepada Ali dan Borhan.

Ali nak bagi duit pada Borhan melalui internet, tak kiralah apa sebabnya, sama ada berhutang, berniaga ataupun derma, ceritanya Ali nak bagi ‘duit’ kepada Borhan.

Katakanlah Borhan pula sanggup menerima bitcoin sebagai kaedah/saluran bayaran elektronik urusniaga/transaksi mereka.

Maka Ali pun menghantar beberapa jumlah bitcoin kepada Borhan.

Itu sahaja.

Simple.
.
.
2. Bagaimana urusniaga/transaksi bitcoin itu berlaku?

Secara mudahnya ianya adalah sebuah transksaksi diantara Ali dan Borhan yang melibatkan sebuah urutan nombor/sequence of numbers yang dimiliki Ali pada asalnya dan dihantar kepada Borhan melalui internet.

Dan sequence of numbers ini pula mempunyai mathematical properties tersendiri untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan dan juga serangan kepada transaksi itu sendiri.

Untuk melakukan transaksi tesebut juga, Ali hanya perlu install/menggunakan software yang kita panggil bitcoin client, kalau tak nak guna bitcoin client, Ali juga boleh guna 3rd party punya servis yang boleh handle transkasi tersebut untuk dia.
.
.
3. Bitcoin adalah urutan nombor

Begitu juga dengan Borhan, dia juga hendaklah mempunyai bitcoin client/menggunakan 3rd party services untuk membenarkan dia menerima urutan nombor-nombor tersebut dan juga menggunakan number sequence tersebut.

Dengan sequence number yang diterimanya, Borhan pula boleh membeli sesuatu dengan number-number tersebut mahupun menukarkannya untuk duit yang sebenar.

Eh urutan nombor/number sequences tukar jadi duit? Macamana pulak tu?

Ya bitcoin adalah urutan nomber@number sequence.

Bukan duit syiling emas dengan tanda ‘Ƀ’ yang selalu anda nampak dalam media -media massa tu ya 🙂

It a string of numbers sequence.
.
.
4. Apa ada pada urutan nombor?

Aku yakin soalan yang bermain kat kepala otak anda sekarang, kenapa pulak Borhan nak terima Bitcoin at the first place sebagai sebuah medium duit/wang walhal ianya hanyalah sebuah urutan nombor/number sequence with mathematical properties?

Dan sapa pulak yang ‘tongong’ selepas tu nak terima number sequences dari Borhan dan menukarkannya pula dengan duit.

Apa intristic value yang ada pada urutan nombor ini?

Haa ini yang menariknya..

Yang menariknya, pada hari ini, diseluruh dunia wujudnya merchant-merchant/peniaga yang menerima bitcoin sebagai sebuah medium transaksi.

Anda boleh beli makanan, basikal, emas even rumah dengan menggunakan bitcoin! wowi

Selain dari merchant, wujudnya juga exchange menerima bitcoin untuk ditukarkan kepada matawang seperti usd,yen,won even RM pun ada – coinbase, Kraken,Bitfinex,etc
*Kalau dulu ada Mt.Gox..cough3..*

Sekarang berbalik kepada soalan asal apa yang ada pada nombor-nombor tersebut?apa intristic valuenya?

Sejujurnya jawapannya adalah TIADA. Ya TIADA

Habis kenapa orang menukarnya kepada wang dan barang?

KEPERCAYAAN@FAITH@TRUST whatever you called it.

Sebagaimana kita percaya note RM100, USD100 or JPY100K yang juga dari sudut fizikalnya tidak bernilai RM100, USD100 or JPY100K.

Tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda merasakan kos printing duit kertas RM100 itu bernilai RM100? RM 100 USD itu 100USD?

Sudah tentu tidak bukan.

Begitu juga dengan emas? kenapa logam yang terhasil secara natural itu diberikan nilai?

Kerana kita sebagai masyarakat percaya ianya bernilai.

Begitu juga dengan Bitcoin@urutan nombor-nombor tersebut.

Its all about FAITH. KEPERCAYAAN terhadap instrumen ini.

Maka VALUE bagi Bitcoin adalah terletak kepada FAITH dan KEPERCAYAAN masyarakat terhadap instrumen ini.

Titik.
.
.
5.Kenapa Bitcoin?Kenapa bukan CreditCard?Paypal?e-check?

Simple. Disebabkan faktor-faktor dibawah ini:

i. Privasi – Di dalam ekosistem Bitcoin, kita boleh melakukan transaksi tanpa perlu mendedahkan siapa kita di dunia sebenar.

Sebagai contoh Ali dan Borhan hanyalah kelihatan sebagai sebuah urutan nombor/sequence of number yang berfungsi sebagai pseudoname untuk mereka.

Transkasi Ali dan Borhan(termasuk juga Identiti Ali dan Borhan itu sendiri) seperti diatas hanya akan kelihatan dalam bentuk urutan nombor dan tak nampak langsung akan kaitannya dengan Ali dan Borhan, yang mana kita tak akan dapat jika kita gunakan transaksi online yang lain seperti credit card/paypal etc yang mana kita perlu menyediakan akaun number, billing address etc.

ii. Open

Siapa siapa pun boleh melakukan transaksi, ada internet,ada bitcoin client/3rd party exchange servis.

Anda tak perlu bank akaun mahupun bank online, anda juga tak perlu card credit, namun transaksi masih boleh berlaku.

Tak kira dimana anda berada, ada internet, transaksi jalan!

~Voila.

iii. Decentralize

Yang ni yang ramai favourite.

NO Bank, NO Centralize entiti yang control apa yang berlaku dalam bitcoin ekosistem.

Dalam ekosistem bitcoin, tiada siapa yang in-control.

Semuanya dilakukan secara adhoc/bila perlu.

Bila ada transaksi, contohnya Ali –> bayar–>Borhan

Transkasi ini tak perlu pergi ke 3rd party, ianya terus ke Borhan. Tiada Bank, tiada entiti di tengah.

Yang mana secara mudahnya:

– Tidak ada entiti yang boleh mengawal money supply dalam ekosistem bitcoin

– Tidak ada entiti yang boleh merampas/seize asste

– Tidak ada entiti yang boleh membatalkan/reverse transaksi tersebut.
.
.
6. Selamat ke kalau decentralization/Tanpa Bank?

Decentralize adalah salah satu sudut bitcoin yang paling hebat diperbincangkan.

Wujudnya kebimbangan bahawa perlunya bank atau sesebuah entiti, *kalau kat Malaysia kita suka guna perkataan Lembaga ataupun Majlis..🤣🤣* untuk melindungi/mengesahkan sesebuah transaksi dan mengelakkan penipuan sebagaimana yang kita ada dalam sistem matawang traditional sekarang.

Namun pengesahan dalam transaksi bitcoin juga sebenarnya tetap dilakukan.

Cumanya ianya dilakukan dengan cara decentralized oleh pihak yang lain/nod-nod lain yang dikenali sebagai miners di dalam rangkaian bitcoin seterusnya menghapuskan keperluan bank.*problem solved.

*Haa..miners tu bukan kerja korek2 hard disk, miners adalah nod-nod yang validate setiap transaksi bitcoin dalam dunia ni.

.
.
Ok rasanya cukuplah untuk bab 1, untuk bab berikutnya aku akan cuba terangkan mechanics of bitcoin transaction, dan bagaimana transaksi ini disahkan/validate(macam yang dicerita kat bahagian decentralize diatas)

Bagaimana depa validate bitcoin transaction walaupun ianya decentralized dan juga teknik-teknik cryptography yang digunakan dalam transaksi bitcoin itu sendiri.

Harapnya aku rajin untuk sambung tulis…supaya anda faham dan tak kena ‘chong’ dikemudian hari.

Sapa nak aku sambung tulis chapter 2.. sila komen ‘Sambung’ di ruangan komen.

Sekian.

Comments
203 comments
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 02:32 PM | Show all posts
Kalau nak join jugak, janganlah keluarkan semua duit simpanan untuk beli bitcoin atau sebarang cryptocurrency. Benda ni sangat volatile dan sangat berisiko tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:16 PM | Show all posts
Edited by boogeese at 15-1-2018 03:19 PM
CiliPadiSedap replied at 14-1-2018 04:17 PM
melombong bitcoint ni kena guna komputer sebab pe bitcoint sekarang orang lombong? sebab harga bitco ...

PS setakat AMD APU.. tawon bila la nak dapat sis
Kalo AMD RX580 tu lain cerita hehe..

Anyway ada tip crypto yang harga masih rendah tak?
And mengikut telekan sis bila crypto ni akan crash


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau forex plak gimana soal daku yg bimbos
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 14-1-2018 05:37 PM
hacker ni dah p inject script kat website.... bukak website tu hbis la pc hang dok mining tanpa se ...

Sesak nafas terus processor kalau kena hanat betol geng2 bitcoin cisss..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 14-1-2018 11:12 PM
bkn kena serbu pasal mining....kena serbu pasal buat farm mining.....pakai asic mmg la bising.....ji ...

Takda bajet laa tuh wakaka.. tuh pasai bantai kat rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2018 05:31 PM | Show all posts
Mengaut Bitcoin sementara layari laman web online. Percayai atau TIdak?! Apakata jikalau ia betul-betul berlaku!!!!

Senang seperti 123.

Langkah 1. Layari https://bit.ly/2Oyp7IE dengan google chrome atau Firefox browser.

Langkah 2. Muat turun dan pasang dengan browser baru ini.

Langkah 3. Anda boleh dapat duit poket secara tidak langsung dengan menggunakan browser ini seperti biasa kamu melayari facebook, Instagram, youtube, carian online, ataupun main online game. Cuba sekarang!!

Kongsikan berita baik ini kepada rakan-rakan anda secepat mungkin!

Bina pendapatan pasif anda sekarang dengan menggunakan browser ini. Anda takkan menyesal jika anda gunakan browser ini sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 05:24 PM | Show all posts
Bitcoin ini bukan utuk cepat kaya. Kena banyak study dahulu dan too good to be true sebenarnya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.091519 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list