CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2770|Reply: 26

[Tempatan] Angkara cemburu, suami pukul isteri sampai mati

  [Copy link]
Post time 14-1-2018 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Pukul isteri sampai mati

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/303498/pukul-isteri-sampai-mati

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 3:44 PM

Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my


Noor Waheedah meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam semalam. FOTO ihsan pembaca.

ANGKARA cemburu, seorang lelaki sanggup memukul isterinya sehingga mati di sebuah rumah di Matang Road, Matang, Taiping, kelmarin.
Mangsa, Noor Waheedah Abd Wahid, 38, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat trauma tumpul di kepala pada 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang berusia 40 tahun pada 9.15 pagi memaklumkan isterinya dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri selepas memukul mangsa.


Katanya, kejadian pergaduhan antara suami itu dipercayai berlaku pada waktu malam Khamis lalu.

Beliau berkata, susulan keadaan isteri suspek yang tidak sedarkan diri, mangsa dibawa ke Hospital Taiping dengan ambulans sebelum dirujuk ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat daripada perasaan cemburu suspek.

“Pemeriksaan di HRPB mendapati mangsa disyaki mempunyai pendarahan dalam otak sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.30 malam semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad berkata, hasil bedah siasat pada pagi tadi mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, tempoh sambung reman suspek dijangka akan dipohon esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So... Lepas laki dia bantai dia.. Laki dia sendiri report? Bila syaitan dah menguasai diri...

Innalillahiwainnailaihirajiun... Takziah buat mangsa dan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
See.

Korang yang dok mengeji pompuan ni macam2 bila buat benda gila karna jeles,

Tengok lelaki camna bila jeles - dibunuhnya terus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:47 PM | Show all posts
mesti laki bewak.....
TAk kerja, hidup atas belas ikhsan bini....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya .. Kalau ada anak,  kesian anak2 tibe2 hilang ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 05:30 PM | Show all posts
ni mesti telan ganja + ketum+ pil kuda + pil kambing + pil cegah hamil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas la ati laki die.. X yah jeles2 lg dh pasni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka jantan mcm ni... Pastu makpak siblings backing kekonon brother  depa stress.. Padahal Memang jenis setan...bewak pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mybodyshop replied at 14-1-2018 04:59 PM
Kesiannya .. Kalau ada anak,  kesian anak2 tibe2 hilang ibu..

Hilang bapak juga nnt dah bapak masuk dlm
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 07:12 PM | Show all posts
Takziah....semoga mendapat keadilan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki bila cemburu sampai membunuh.. bila kahwin banyak, playboy suruh perempuan redha.. kepala bana kau
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 08:14 PM | Show all posts
cm muka classmate aku aja, namanya wahidah juga

slalu juge nama wahidah ni sopan aja bdknya

papepn takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 08:40 PM | Show all posts
umbut replied at 14-1-2018 07:39 PM
Lelaki bila cemburu sampai membunuh.. bila kahwin banyak, playboy suruh perempuan redha.. kepala ban ...

aku ok aja kalau yang kahwin banyak tu mati kena bunuh....


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 08:30 AM | Show all posts
kesian anak2  

dah menyusahkan atok/nenek/sedaramara nak jaga anak2 dia  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:43 AM | Show all posts
cemburu plus baran...yang tu boleh bawa kematian..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak brapa.tahun laki ni mandi x.pakai sabun?
Jilake bunuh bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 10:02 AM | Show all posts
Jahatnya orang tua ni. Isteri sendiri pun dibunuhnya. Dah xde rasa sayang lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:17 AM | Show all posts
Alahai kasihannya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:00 PM | Show all posts
suami dia ada ramai isteri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:06 PM | Show all posts
perlu ke sampai dibunuh? lelaki klu suspek isteri mencurang mmg akan hilang sabar sampai tahap membunuh mcm ni la....tapi klu dorg yg mencurang isteri ni selagi terdaya simpan aib suami ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069018 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list