CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8398|Reply: 10

Masalah rumah sewa tiada agreement

[Copy link]
Post time 14-1-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai...

Saya nak kongsi pengalaman saya menyewa rumah ni.

Saya masuk rumah ni sebab urgent nak bilik, saya dah nak start kerja esoknya kat area rumah tu.

Saya contact tuan rumah nak inform pasal saya nak masuk rumah tu. Tapi dia suruh saya berurusan dengan penyewa lain rumah tu.

Saya dah masuk, dah bagi deposit dekat penyewa rumah tu. Deposit total rm1000.

Awal2 saya masuk rumah tu, saya pernah bertanya pada salah satu tenant rumah, rumah tu ada perjanjian tak? Katanya ada. Rumah ni ada peraturan tak? Katanya tak ada.

Okay, saya menjalani hidup macam biasa. Tak risau apa2 sebab rumah ni ada perjanjian dan kononnya tak ada peraturan.

2 bulan saya duduk situ, saya dapat tahu, saya kena bayar untuk akhir bulan saya duduk situ, sebab tak boleh tolak duit deposit. Saya juga baru mendapat tahu, saya hanya akan dapat deposit selepas saya mendapat tenant baru untuk menggantikan saya. Okay, yang tu saya tak kisah.

So lepas saya keluar rumah pula, saya baru diberitahu bahawa selagi saya tak jumpa tenant, selagi tu saya kena bayar duit sewa rumah. Saya pun terkejut.

Lepas tu saya tanya balik pada tenant lagi satu, saya nak tengok perjanjian rumah. Mana boleh suka2 caj orang bayar rumah sewa, sedangkan dia tak duduk situ dah. Dah tu, inform lambat.

Tup2, dia kata perjanjian dah tak valid. Nampak tak situ? Awal2 dulu saya tanya, katanya ada. Pastu kata tak ada peraturan rumah.

Lepas tu saya tanya tuan rumah pasal hal tu, tuan rumah lepas tangan. Katanya ini hal antara saya dengan tenant lain.

So sekarang ni, tenant yg lain tetap tuntut duit sewa daripada saya. Siap kata saya tak akan dapat duit deposit kembali sebab saya tak bayar duit sewa yg kononnya sepatutnya saya bayar. Saya memang betul2 rasa saya teraniaya.

Saya nekad nak buat laporan polis dalam hal ni. Adakah point2 saya valid untuk saya membuat report polis dalam hal ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 07:41 PM | Show all posts
akak syak ni sublet macam famous sublet tu duk pau duit orang.

dia saja tak nak buat tenancy aggrement sbb dia xde deal aggrement dengan tuan rumah secara surat perjanjian. dia deal tuan rumah sewa rumah bukan bilik.

jd sis masuk rumah tu siang2 kena pau semua.

dia nak untung jd dia suruh bayar sewa sebegitu. ikut term aggrement 6 bulan atau setahun , nak keluar kena bgtahu 2 bulan awal kalau keluar mengejut deposit burn kecuali ada penyewa baru.

report polis , sebelum report whatsapp penyewa lain dan tanya . screenshoot dan viralkan. nanti baru mangkuk2 lahanat tu malu.

orang buat duit kau nak buat duit.tp cara kau haram menindas penyewa rumah. niaga style yahudi rezeki xberkat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-1-2018 07:41 PM
akak syak ni sublet macam famous sublet tu duk pau duit orang.

dia saja tak nak buat tenancy aggr ...

Awal2 masuk saya dah inform tuan rumah dan tenant2 lain yg saya just stay untuk 5 bulan.

Tuan rumah caj untuk satu unit, & lantik sorang tenant untuk kutip duit sewa. Tuan rumah ni just tau dapat duit, dia tak ambil tahu hal lain. Walaupun saya dah bagitau masalah ni, dia tak nak campur tangan.

Saya cakap baik2 dgn tenant lain, tapi dorang ni biadap dekat saya. Kata saya tak cari pengganti baru, so saya tak layak dapat duit deposit. Padahal awal2 dulu ada yg nak bilik tu, dorang yg reject sebab dorang nak melayu je. Bila saya cakap saya nak buat laporan polis, dorang kata dorang tak faham kenapa saya perlu buat laporan polis.

So kiranya point2 saya ni valid eh nak buat polis report?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 08:37 PM | Show all posts
Bubucaca86 replied at 14-1-2018 08:18 PM
Awal2 masuk saya dah inform tuan rumah dan tenant2 lain yg saya just stay untuk 5 bulan.

Tuan r ...

valid, cuma simpan bukti buat group whatsapp tenant luahkan dulu lepas tu screenshoot baru report polis. ni ckp verbal susah sbb tiada bukti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-1-2018 08:37 PM
valid, cuma simpan bukti buat group whatsapp tenant luahkan dulu lepas tu screenshoot baru report  ...

Susah juga sebab yg time saya tanya first pasal perjanjian, tu secara depan2. Saya just ada bukti yg bila dia cakap tak valid. Orang yg saya tanya ni dua tenant yg berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening jugak masalah camni nohh..semoga dpermudahkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubucaca86 replied at 14-1-2018 08:58 PM
Susah juga sebab yg time saya tanya first pasal perjanjian, tu secara depan2. Saya just ada bukti  ...

Dik, ikut suggestion kaka Cili tu buat group whatsapp, add semua tenant dlm rumah tu and emphasize point-point penting yg u rasa boleh support your case. Sebelum nak create group tu, karang siap2 soalan nak tanya nanti senang copy paste je. Tujuan dia utk diorang repeat balik jawapan diorang tu dalam bentuk bertulis (whatsapp message) supaya u boleh snap screenshot and later on guna as bukti.

TT: "Salam semua. Tujuan i buat group ni sebab nak confirmkan balik tentang bilik yg i sewa dulu. First sekali i nak tanya betul ke memang tak ada agreement? I dah tanya masa awal masuk rumah dan diberitahu ada agreement tp masa nak keluar haritu A ckp tak valid. Sebenarnya ada ke tak?"

B: "Aku tak campur, ok bye nak exit group"

A: "Kan dah bgtau takde agreement, dah tak valid"

TT: "Ok. Kalau mcm tu, kat mana yg ada tertulis kata kalau i tak dptkan penyewa i still kena tanggung duit sewa bulan2 dan tak dapat balik deposit 1k i tu? Mcm mana i nak sahihkan rules mcm ni?"

A: "Memang i takkan pulang balik duit u. Kalau nak, cari penyewa sampai dpt. Kalau tak u bayar juga sewa bulan2 tu."

Dan soalan2 lain yg perlu...

Haaa kan dah dpt bukti bertulis kata2 diorang ni. So u snap screenshot, pergilah buat report ke aduan kat tribunal pengguna ke apa yg u nak buatlah. Sila cuba ok TT. Harap membantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 14-1-2018 10:31 PM
Pening jugak masalah camni nohh..semoga dpermudahkan..

Haa tu la. Amin2. Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 14-1-2018 10:32 PM
Dik, ikut suggestion kaka Cili tu buat group whatsapp, add semua tenant dlm rumah tu and emphasize ...

Saya dah buat group whatsapp, takde sorang pun nak jawab  tapi takpe, saya ada bukti convo whatsapp seperti yg awak buat ni. Saya dah bagi peluang, tapi dorang ingat saya tak berani kot nak lapor polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 14-1-2018 10:32 PM
Dik, ikut suggestion kaka Cili tu buat group whatsapp, add semua tenant dlm rumah tu and emphasize ...

Tapi terima kasih atas cadangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubucaca86 replied at 15-1-2018 11:29 AM
Tapi terima kasih atas cadangan ni

Semoga ada jalan utk awak. Doa byk2, doa org teraniaya byk berkatnya, semoga dimudahkan urusan ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.608506 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list