CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2236|Reply: 38

[Tempatan] Henti ambil buruh asing murah untuk industri minyak sawit

[Copy link]
Post time 15-1-2018 10:04 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cemas dengan laporan yang melaporkan Kementerian Sumber Manusia mengambil pekerja Kemboja untuk industri minyak kelapa sawit di Sarawak.

Menteri Datuk Seri Richard Riot Jaem dilaporkan berkata rakyat Indonesia tidak lagi mahu bekerja di Sarawak kerana ladang-ladang di Indonesia membayar gaji yang setanding dengan gaji yang ditawarkan ladang-ladang di Malaysia.

“Ini sangat memalukan kerana kita pernah mendahului Indonesia dari segi pembangunan ekonomi sehinggakan ramai rakyat Indonesia datang ke negara ini untuk bekerja di sini kerana gaji yang lebih tinggi,” kata Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo.

Beliau berkata perkembangan itu membuktikan kerisauan MTUC selama ini iaitu negara mengguna pakai dasar ekonomi dan buruh yang salah dan tidak mampan.

Lo dalam kenyataan berkata kesatuan buruh tempatan disekat dan majikan memgeksplotasi pekerja sehinggakan gaji turun ke bawah paras produktiviti.

Beliau berkata rakyat Sarawak terdorong mencari pekerjaan di Malaysia Barat dan luar negara, dan mungkin tidak lama lagi akan bekerja di ladang-ladang di Indonesia.

“Kita masih memanjakan pemain industri kita dan kini membantu mereka mendapatkan buruh murah dari negara lain.”

Lo berkata kerajaan harus mengambil langkah holitik dan menstrukturkan semula ekonomi dan industri.

“Kementerian harus mencari jalan untuk berpindah dari minyak sawit ke ekonomi digital memandangkan jumlah penduduk kita yang kecil dan bukannnya mengambil jalan keluar mudah dan hanya mengeksploitasi tanah kita,” katanya.

Beliau berkata tidak ada gunanya membuka tanah begitu banyak untuk kelapa sawit dan mewujudkan isu NCR, hanya untuk mewujudkan pekerjaan yang membayar gaji rendah untuk pekerja asing.

“Pendirian Persatuan Pemilik-pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak mengalu-alukan bantuan kementerian itu sudah dijangka, tetapi tidak berpandangan jatuh dan tidak mampan.”

Beliau berkta pemain industri hanya bimbangkan kewangan masing-masing daripada membangunkan industri yang mampan.

Beliau menambah pemain industri harus memperuntukkan dana untuk penyelidikan dan pembangunan dan juga menubuhkan institusi pengajian untuk melatih pekerja tempatan.

“Bagaimanapun, apa yang mereka lakukan adalah mendesak kerajaan negeri membawa masuk warga asing untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja,” katanya.

Menurut Lo, Indonesia kini setanding atau mengatasi Malaysia, dan jika Malaysia enggan menstrukturkan semula ekonomi negara, Malaysia akan ketinggalan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-1-2018 10:38 AM | Show all posts
kuot yang menarik ni

dilaporkan berkata rakyat Indonesia tidak lagi mahu bekerja di Sarawak kerana ladang-ladang di Indonesia membayar gaji yang setanding dengan gaji yang ditawarkan ladang-ladang di Malaysia.

Ini sangat memalukan kerana kita pernah mendahului Indonesia dari segi pembangunan ekonomi sehinggakan ramai rakyat Indonesia datang ke negara ini untuk bekerja di sini kerana gaji yang lebih tinggi,”
Beliau berkata rakyat Sarawak terdorong mencari pekerjaan di Malaysia Barat dan luar negara, dan mungkin tidak lama lagi akan bekerja di ladang-ladang di Indonesia.

Indonesia kini setanding atau mengatasi Malaysia, dan jika Malaysia enggan menstrukturkan semula ekonomi negara, Malaysia akan ketinggalan.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 10:39 AM | Show all posts
@pyropura tanpa indon ekonomi malon terbukti hancur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:12 AM | Show all posts
@pyropura gaji 2000 ringgit je ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:16 AM | Show all posts
@pyropura   gaji sawit malon tinggi kan nape malon tak nak keje di negare sendiri je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mirada replied at 15-1-2018 10:38 AM
kuot yang menarik ni

dilaporkan berkata rakyat Indonesia tidak lagi mahu bekerja di Sarawak ke ...

Ndon 1.5k tu lebik dikit dari gaji minimum ajah

https://youtu.be/DoEje-2xGoE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 11:24 AM | Show all posts
pyropura replied at 15-1-2018 11:23 AM
Ndon 1.5k tu lebik dikit dari gaji minimum ajah

kalau lebih dikit nape malon tak nak keje sawit je sanggup jadi pati di korea je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya ladang2 Malasia dh gunakan Mesin....tapi masih hadap dgn buruh
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-1-2018 11:29 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 15-1-2018 11:27 AM
Sepatutnya ladang2 Malasia dh gunakan Mesin....tapi masih hadap dgn buruh

sepatutnye maleysie berhenti eksport sawit negare kecik je thailand yang lagi luas dari malon pun tak eksport sawit
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mirada replied at 15-1-2018 11:29 AM
sepatutnye maleysie berhenti eksport sawit negare kecik je thailand yang lagi luas dari malon pun  ...

Kecik atau besar bukan masalah dik....

Israel yg kecik pon ok je keluarkan minyak Zaitun.

Malaysia punya minyak sawit lebih berkualiti dikkk....sebab tanah malaysia lebih suci.

Post time 15-1-2018 11:33 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 15-1-2018 11:31 AM
Kecik atau besar bukan masalah dik....

Israel yg kecik pon ok je keluarkan minyak Zaitun.

masalah sangat  tapi israel tak banyak keluarkan minyak sikit je  ,maleysie kecik gigih nak keluarkan banyak banyak pule
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mirada replied at 15-1-2018 11:33 AM
masalah sangat  tapi israel tak banyak keluarkan minyak sikit je  ,maleysie kecik gigih nak keluar ...

Dah boleh keluarkan banyak apa masalahnye dik? Bagos la.

Yg penting gunakan Machinery.... Yg akak pasti estate Malaysia ramai berdegil untuk tak mahu gunakan machine.

Dan lagi satu problem ldg di Sarawak mereka buka dikawasan Peat Soil.

Post time 15-1-2018 11:38 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 15-1-2018 11:36 AM
Dah boleh keluarkan banyak apa masalahnye dik? Bagos la.

Yg penting gunakan Machinery.... Yg ak ...

masalahnye malon negare kecik hutan pun seciput je tapi tak sejalan dengan pengeluaran,peat soil cume cover seciput je tak dapat ditanam banyak banyak  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sawit memng banyk gunakan tenaga manusia terutama pada usia pokok sawit 1-3 tahun

Kena buat ablation, basal prunning, pre-harvesting, pre-prunning, palm racking....tu belum lagi manual weeding untuk elakkan daun scorching, twisted leaf disebabkan racun.

Memang banyak guna tenaga manual.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-1-2018 11:42 AM | Show all posts
whatever it takes to shy those pendatang haram away from the nation....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:45 AM | Show all posts
bulalof replied at 15-1-2018 11:42 AM
whatever it takes to shy those pendatang haram away from the nation....

good moge rakyat maleysie sendiri yang petik sawit felda usah pakai pendatang haram
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mirada replied at 15-1-2018 11:38 AM
masalahnye malon negare kecik hutan pun seciput je tapi tak sejalan dengan pengeluaran,peat soil c ...

Apa ko cakap akak tak faham dik....seciput peat soil bla bla cover bla bla bla hutan kecik.

Apa tah ko nak sampaikan akak pon tak faham.

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.102365 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list