CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4155|Reply: 43

[Tempatan] Memang sojuk bona! Dah macam duduk di Korea atau Australia yang ada salji. Tempa

[Copy link]
Post time 15-1-2018 11:20 AM | Show all posts |Read mode



KUALA PILAH - "Dah macam duduk di Korea atau Australia yang ada salji, tapi ini Pilah dan di sini hanya ditemani hujan sahaja".

Itu yang dikongsikan anak muda kelahiran Kuala Pilah, Mohamad Pahami Mohamad Tarmizi, 31,  yang bertugas sebagai kelasi kapal dan kerap merantau ke negara-negara beriklim sejuk.

Menurutnya, ini kali pertama rumahnya yang terletak di Gunung Pasir mengalami cuaca sejuk seumpama itu.

“Rasa macam Pilah ni ada salji pula, cuaca sejuk betul," katanya lagi.

Menurutnya sudah lebih dua hari, daerah ini dilanda hujan yang berlarutan dari pagi sehinggalah ke malam.

“Hendak pegang air pun rasa 'bercinta' kerana air sangat sejuk," ujarnya berseloroh.

Katanya, kebiasaan keadaan berkabus di Kuala Pilah hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi tertentu sahaja.


Jalan licin jejas pengguna jalan raya
Seorang lagi penduduk, Muhamad Khairy Shukor,  28, berkata, cuaca sejuk ini sedikit sebanyak mengganggu urusan harian.

“Cuaca ini juga memberi impak kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang perlu melalui jalan basah, licin dan berlopak gara-gara hujan berpanjangan," katanya.



Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin turut menyertai ‘Funride dan Basikal Vintage’ dalam suasana sejuk.




Tetap teruskan aktiviti

Sementara itu peserta ‘Funride dan Basikal Vintage’ di Seri Menanti, Anuar Abu Said, 58, berkata, meskipun dalam keadaan cuaca sejuk, hujan renyai, dia tetap menyertai program berbasikal itu.

“Sebagai tanda sokongan dan meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar ke 70 yang disambut 14 Januari  (hari ini), saya dan para peserta lain bersama sertai program ini," katanya.

Terdahulu,  Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan di negara ini mengalami penurunan suhu dan Kuala Pilah merekodkan suhu 21 darjah Celsius, kelmarin.

Suhu  yang dikatakan menyamai Amterdam, Belanda itu dikongsi dengan Subang, Selangor dan Kluang, Johor.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2018 11:22 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama nya kau org batak ni semua. Kalau sejuk smpai nak salji, xde nya kau keluar pakai sweater tu jah, mau membungkus balut bagai. Drama batak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan...terima saja apa yang ada
Nnt panas kemarau..time tu kita boleh bayangkan sejuk hujan berterusan ni mcmana..so..fefeling winter dlm kepanasan.gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana sejuk dah .....hehe. ...dah terasa panas balik. ...2 3 hari lepas jah yang sejuk bebeno. ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:32 AM | Show all posts

wa kat toronto ni aman2 je -7°c
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 11:36 AM | Show all posts
mana tunku zain?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:36 AM | Show all posts
tunku aki setia betul dgn rambut belah tengah dia tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 11:38 AM | Show all posts
Takderlah sejuk mana pun kalau takat 22C. Bagi aku sejuk tu kalau bawah 10C jah. Atas 10C masih summer gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:39 AM | Show all posts
dah panas balik dah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on la...takat suhu ats 20°C, mana la nak rasa sejuk mcm salji
Yg pernah keje oversea tu pun mcm xtau beza sejuk dgn sejuk beku
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:42 AM | Show all posts
panas pon masalah, sejuk pon masalah, hujan pon masalah, kemarau pon masalah,  mengada2nya kau dekk...

bila masa nak bersyukur pon taktaw laa hanat2 ni.. selayaknya lah dpt PM mcm najib, mmg tak reti bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:50 AM | Show all posts
syukur nikmat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:51 AM | Show all posts
esok matahari terik komplen pulak panas bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:01 PM | Show all posts
rocksteady replied at 15-1-2018 11:32 AM
wa kat toronto ni aman2 je -7°c

tu belum rasa sejuk kat rusia lagi.iklim siberia ni sejuk lain macam
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni panas woi...
Membahang,takyah drama sgt lasetakat 2 hari sejuk choiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni panas woi...
Membahang,takyah drama sgt lasetakat 2 hari sejuk choiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm dh start x berapa sejuk, sejuk gigil gigi hanya 2 hari
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:14 PM | Show all posts
Dah tak yah kecoh2 hari dah panas balik boleh ler berhot pants dan ber spaghetti strap semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:20 PM | Show all posts
Kuala Pilah merekodkan suhu 21 darjah Celsius, kelmarin.



21 celcius sama ngan korea atau australia bersalji? kalau aruah peyno masih ada, mesti dia kata ko tak penah pegi obersea.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074261 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list