CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3166|Reply: 41

[Tempatan] Taska, tabika percuma jika BN menang di Selangor

[Copy link]
Post time 15-1-2018 12:06 PM | Show all posts |Read mode




MENTERI Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (tiga kiri) dan Pemimpin Tempatan Persekutuan , Datuk Yusoff HM Haniff (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Transformasi Sosial NBOS Kejiranan Indah 'My Beautiful Neighbourhood' di Apartment Mentari Court, Petaling Jaya. - Foto Aziah Azmee




PETALING JAYA: Kira-kira 1,600 projek perumahan kos rendah dan sederhana seluruh Selangor akan menikmati kemudahan taska dan tabika percuma sekiranya Barisan Nasional (BN) mentadbir semula negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata itu janji BN bagi terus membela rakyat.

Sebelum ini Noh berkata BN Selangor akan memberikan pendidikan percuma di semua sekolah rendah agama (SRA) jika Selangor kembali ditadbir Kerajaan Persekutuan.

"Keutamaan ini akan disediakan di projek perumahan strata (flat) kos rendah dan sederhana bagi membantu pasangan muda dalam kategori B40 meringankan beban menguruskan anak dan membolehkan mereka keluar bekerja dengan tenang.

"Justeru kita akan mewajibkan perumahan flat kos rendah dan sederhana menyediakan ruang untuk kemudahan taska dan tabika yang akan menggunakan konsep Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Tabika Perpaduan yang lebih murah berbanding diusahakan pihak swasta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Transformasi Sosial (PTS) Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Mentari Court Apartment, dekat Taman Sri Mentari, di sini.

Yang turut hadir, Pemimpin Tempatan Persekutuan, Datuk Yusoff HM Haniff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dr Mary Wong Lai Lin.

Terdahulu, Noh mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM3.1 juta menggantikan tangki air, RM2.8 juta kerja baik pulih bumbung dan RM300,000 membaik pulih surau di Mentari Court Apartment, sementara RM200,000 lagi bagi surau lain yang terletak di Jalan PJS 10.

Beliau berkata, kesejahteraan bandar bukan saja membabitkan infrastruktur tetapi kepada persekitaran serta kemudahan lain terutama pendidikan dan aspek kesihatan.
"Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menangani wabak denggi dengan memasang perangkap nyamuk di 'kawasan panas' wabak denggi terutama di Selangor yang mencatatkan kes paling tinggi berbanding negeri lain.

"Bagaimanapun peringkat permulaan ini peruntukan RM1 juta diperuntukkan bagi memasang perangkap nyamuk berteknologi iaitu Integrated Mosquito Management (IMM) yang setakat ini sudah dipasang empat unit, akan ditambah 24 lagi di kawasan perumahan ini," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah... Masing2 berlumba Lumba bagi yg terbaik pada rakyat, jgn terlalu populist Dah lah Dan jgn Ada statement 'manifesto bukan janji' lagi yach!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:12 PM | Show all posts
puih..offer la best sket takde ke? yg menyeluruh sket
bukan semua rakyat selangor ada anak kecik, berapa kerat je yg dpat manafaat ni...
tak menarik langsung,
next idea please
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:16 PM | Show all posts
ntah2 yuran pendaftaran je percuma
gaji cikgu, makan minum, material semua kena bayar..
tak boleh nak husnuzon dengan BN ni especially dengan noh udang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:16 PM | Show all posts
dia kan menteri persekutuan , pasai apa dia tak boleh buat 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:19 PM | Show all posts
percaya la sangat.. ujung-ujung percuma buat pasangan pendapatan rm2000 ke bawah sahaja..
yang tersepit korang jugak yang pendapatan antara rm2000 - rm5000 anak berderet sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 12:20 PM | Show all posts
kalau buat yg 24/7 lagi bagus, tugas ibubapa reproduce seramai ramainya...t/jawab serahkan pada taska.tadika
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 15-1-2018 12:22 PM

Aaku bukan tak suka benda2 free ni ..  tapi logik ke idak  ??  Jangan kata nak bagi free semua ..  tapi besok ko naikkan gst .sekarangpun sekolah2 ..  malahan di kolumpo ..  sekolah2 pun tak berduit srkolah agama kolumpo pun tak berduit nsk bayar gaji kerani ..  ini lagi nak cerita free . Lagipun mampu ke kerajaan nak sediakan taska disemua tempat ?  Bagaimana pula yg hak milik swasta ?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:20 PM | Show all posts
Selangor dah aman sentosa dah. Macam-macam dah disediakan, tak payah tunggu pilihanraya pun. Bukan takat budak tadika, hampir menyeluruh dah semua merasa... Budak baru lahir, ibu tunggal, surirumah, student...

Noh Udang, mohon pikir benda lain ye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:23 PM | Show all posts
tu je ke ....  kasi la BR1M khas warga selangor


yg taska tu ...  ajar budak lenkali besar jilat bebird bijan ke ...   baik bayar terus biar parents pilih taska yg deols berkenan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat senarai apa yang percuma.  

Main sebut aje boleh blah..

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tak lulus semua.  Nak bodek orang kenalah keluar duit.  

Harap rakyat Selangor fikir elok2 ...nak jangka panjang senang ker nak jangka pendek senang.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia berani ckp absolutely free taska to all, then aku akan kagum lah juga...

Kalau setakat ayat sekerat2 aku akan anggap mcm salesman jual ayaq jampi je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala turunkan harga minyak hanya di Selangor sahaja pon akak rasa dah ok sangattt kalau nak menang.

Tak pon Eletrik free ke macam PR dulu buat air free terus menang weyhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:39 PM | Show all posts

selangor negeri paling kaya di malaysia.. itu berebut2 nak perintah. rakyat dah bagi mandat berpuluh tahun ujong2 buat tahi. sekarang rakyat dah tak percaya bn.. booo


tak menarik langsung taska percuma. tengok apa azmin bagi,, internet percuma..air percuma.. duit bayi baru lahir..duit anak masuk u...

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:37 PM | Show all posts
tu je?

usaha lagi.. tak menarik langsung. cuba bagi something yang semua rakyat selangor boleh rasa..bukan applied to selective people je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 02:06 PM | Show all posts
sibuk naw nak buat macam2 utk selangor..ni negeri2 lain yg bawah bn ni..takde nak bagi percuma apa2 ke?air ke..letrik ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 02:55 PM | Show all posts
kucingitam replied at 15-1-2018 02:06 PM
sibuk naw nak buat macam2 utk selangor..ni negeri2 lain yg bawah bn ni..takde nak bagi percuma apa2  ...

negeri lain ckupla ambil gambar potong riben depan tugu bertulis 'satu lagi projrk kerajaan persekutuan'

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:39 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 15-1-2018 02:55 PM
negeri lain ckupla ambil gambar potong riben depan tugu bertulis 'satu lagi projrk kerajaan persek ...

hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:49 PM | Show all posts
offer yg sungguh x menarik & x menguntungkan bagi majoriti rakyat selangor...
now janji manis, kata free laaa... then once nak implement, only applicable to household income <RM1500 etc...
dah paham sangat taktik BN, depa ingat rakyat tak bijak & tak pikir panjang...
Go away from Selangor!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.104752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list