Namun, kemunculan robot seks berkenaan turut mencetuskan pelbagai isu sosial kompleks perlu dipertimbangkan semula oleh pembuat dasar dan masyarakat waima negara yang terbuka kepada industri pelacuran domestik.
Ini termasuk sama ada penggunaan peranti sedemikian hanya digalakkan dalam klinik terapi seksual, pesalah seks, atau orang kurang upaya untuk membolehkan golongan ini melampiaskan nafsu syahwat mereka secara sah.
Noel Sharkey, seorang profesor kecerdasan buatan (AI) dan robotik di Universiti Sheffield berkata, sukar diramal berapa jauh atau cepat pasaran itu berkembang, atau apa kesan kepada masyarakat pada tahun-tahun mendatang
Beberapa laporan kajian bebas turut memandang pelbagai isu kontroversi sampingan, sekali gus mendorong ahli akademik, tokoh masyarakat dan firma industri pelacuran untuk tampil menyuarakan pandangan jujur mereka.
Ia kemungkinan sama ada misalnya robot seks mungkin membantu dalam usaha pengurangan jenayah seksual apabila bakal perogol tidak perlu cari mangsa lagi sebaliknya dapat perkosa ‘wanita’ idamannya itu berulang kali.
Ini kerana kajian akademik mendapati, melakukan persetubuhan dengan robot akan mengurangkan nafsu meluap-luap si penyerang untuk merosakkan kemaluan wanita sebenar terutama gadis cantik yang digilai ramai jejaka.
Ada berpendapat bahawa langkah membenarkan lelaki ‘kuat seks’ menjalani fantasi secara gelap dengan robot bakal memberi kesan jangka panjang apabila menghancurkan norma tradisi masyarakat khasnya institusi perkahwinan.
Mengenai masalah hubungan “bermakna”, laporan badan itu mengatakan bahawa dengan teknologi AI semasa, dan meskipun pada zaman hadapan, hakikatnya tiada perasaan cinta manusia daripada robot itu akan menjadi sama.