Ops Samseng Jalanan: Rempit kudung antara 91 ditahan Astro Awani | Januari 15, 2018 07:30 MYT
Lelaki berusia 23 tahun itu diberkas bersama 91 pesalah trafik lain dalam Ops Samseng Jalanan di Bukit Raja di sini, malam tadi. - Astro AWANI
KLANG : Walaupun kudung kedua-dua tangannya, namun seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) masih berani merempit di lebuh raya.
Lelaki berusia 23 tahun itu diberkas bersama 91 pesalah trafik lain dalam ‘Ops Samseng Jalanan’ di Bukit Raja di sini, malam tadi.
Hasil penyamaran dari unit risikan dan operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, yang diketuai ASP Khairul Azhar Ismail dan Insp Firdaus Syafik Abu Talib bersama 12 peronda lebuh raya Zon Tengah, mengepung di susur masuk Bukit Raja.