CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 2

[Dunia] PBB bakal dedah butiran kapal Libya yang dirampas.

[Copy link]
Post time 16-1-2018 05:44 AM | Show all posts |Read mode
PBB bakal dedah butiran kapal Libya yang dirampas
15 JANUARI 2018



PBB


TRIPOLI -  LIBYA. Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ketua Misi Bantuan PBB di Libya, Ghassan Salame, pada Ahad berjanji untuk mendedahkan butiran sebuah kapal Libya yang dirampas oleh Pengawal Pantai Greece kerana membawa bahan letupan beberapa hari lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

"Keputusan antarabangsa untuk mengharamkan eksport senjata api adalah jelas dan eksplisit. Pasukan pakar akan melakukan tugasnya secara profesional dan adil untuk memperjelas kebenaran Andromeda (nama kapal terbabit) serta yang lain.

"Libya perlukan keselamatan dan keamanan, bukan peledak atau bahan letupan,"," kata Salame menerusi akaun Twitter pada Ahad.

Majlis Keselamatan PBB telah mengharamkan penjualan atau pembekalan senjata api ke Libya sejak 2011.

Pihak berkuasa Libya yang tidak sehaluan di bahagian timur dan barat telah menggesa agar sekatan senjata api ditarik balik.
Pengawal Pantai Greece mengumumkan pada Rabu bahawa mereka telah merampas sebuah kapal dengan bendera Tanzania kerana membawa bahan yang digunakan untuk membuat bahan letupan ketika belayar ke Libya.

Rekod kargo kapal itu menunjukkan  kargonya diisi di pelabuhan Mersin dan Iskenderun, Turki sebelum menuju ke Djibouti dan Oman.
Bagaimanapun, Pengawal Pantai Greece berkata satu siasatan awal menunjukkan bahawa kapten kapal itu menerima arahan daripada pemilik kapal untuk belayar ke bandar Misurata, Libya yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur ibu kota Tripoli, bagi memunggah keseluruhan kargo.
Kementerian Luar Libya pada Jumaat mendesak Greece untuk memberikan maklumat siasatan terkini berkaitan kapal yang dirampas itu. - Bernama





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:13 AM | Show all posts
Erdogan lidah biawak... munafik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:18 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 16-1-2018 08:13 AM
Erdogan lidah biawak... munafik

sejak bila lh si erdogan nih cakap jujur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058538 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list