CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2716|Reply: 31

[Tempatan] Pampasan RM20 juta tak masuk akal

[Copy link]
Post time 16-1-2018 05:54 AM | Show all posts |Read mode
Pampasan RM20 juta tak masuk akalNURUL HUDA HUSAIN
15 JANUARI 2018



Ahmad Razif (tiga, kanan) ketika meninjau projek pembinaan Masjid Seberang Takir.


KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat menilai sendiri tuntutan tidak masuk akal berjumlah RM20 juta yang dibuat Wan Mansor Wan Yusof, 57, sebagai pampasan untuk merobohkan kediaman yang masih didudukinya di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.
Jelas Ahmad Razif lagi, rekod juga menunjukkan rumah yang didiami keluarga berkenaan dibina atas tanah milik kerajaan.
"Mengikut rekod kita tanah berkenaan adalah milik kerajaan. Jika benar tanah itu milik beliau (Wan Mansor) atau keluarga seperti didakwa kita minta dia buktikan tetapi sampai kini tiada keputusan.

"Jadi, kita serah kepada rakyat Terengganu untuk menilai sendiri. Kita bersedia untuk membayar pampasan rumah dengan harga yang paling maksimum," katanya ketika diminta mengulas mengenai keengganan Wan Mansor untuk berpindah selagi kerajaan tidak membayar pampasan seperti mana yang dituntut.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan undang-undang memandangkan isu berkenaan telah dipanjangkan ke mahkamah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kisah sebenar mengapa rumah kayu dua tingkat berciri tradisional Melayu menjadi satu-satunya kediaman yang belum dirobohkan di kawasan yang sedang pesat membangun itu.
Kediaman itu menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial hingga mencetuskan pelbagai persepsi masyarakat.
Tampil menjelaskan perkara itu, Wan Mansor berkata, tanah dan rumah itu adalah milik arwah ayahnya, Wan Yusof  Wan Abdul Kadir dibeli dari ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 7 Julai 1977.

Menurutnya, andaian banyak pihak termasuk melalui Facebook mengatakan keluarganya mempertahankan rumah berkenaan dari diroboh kerana mahu mengekalkan warisan adalah tidak betul.
Sebaliknya, beliau memberitahu, keluarganya tiada masalah untuk berkerjasama kepada pihak yang membangunkan kawasan berkenaan namun pemberian jumlah pampasan perlu lebih adil.

"Pihak pemaju sebelum ini, ada menampal notis pada dinding rumah dan mengarahkan supaya kosongkan tanah dan rumah dalam tempoh tiga minggu dan bayaran pampasan ditawarkan mereka hanya RM20,000.
“Bagi kami (jumlah tersebut) adalah sangatlah tidak berbaloi," katanya yang turut memaklumkan pihaknya telah menyerahkan isu tuntutan pampasan kepada mahkamah melalui peguam yang dilantik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 07:44 AM | Show all posts
kasian..habislah...begitu lah undang undang....kena patuh & ikut. Malaysia dah 100kali cukup bagus berbanding negara singapura
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 07:56 AM | Show all posts
na..na..na..na..na...ganu kiter....yeah!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:21 AM | Show all posts
habis le x de bukti ko pemilik Tanah ............dah tu nak  minta 20juta............mimpile...............
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
20m tu melampau
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah xde geran, tolak saja la rumah tu xleh ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 08:31 AM | Show all posts
Kepala hangguk ko nak rm20 juta. Ko ingat tanah ko tu dekat area klcc @ bukit bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:47 AM | Show all posts
ore ganung kalau bab rega memang up selalu..gulai kepala ikang je dah cecoh 500..belake mahal..main juta2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:50 AM | Show all posts
ramai jer perangai setinggan kat msia pefeeling warga teraniaya bila datang bab pampasan...

pacak tiang, tanam tanaman yg paling cepat tumbuh dgn harapan dapat pampasan yg setimpal lah kohnon nya..

ada yg aku uruskan pnh dapat lebih sejuta wang pampasan... aku anggap tu rezeki dia.. sbb dia ketua kampung tu.. dia yang claim, dia yang sain...

pada masa yang sama apply jadi guard...

byk tak byk duit yg dia dapat?

but, easy come easy go when it is come to money matter... walopun bergelar jutawan time tu, tp kehidupan dia pun masih sama mcm sebelum dia jadi jutawan.. cuma upgrade sikit rumah dgn kereta dan bini baru

anak2 pun huru hara.. bergaduh anak beranak...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:55 AM | Show all posts
20k.....emmm
memang tak berbalaoi....
tapi kalau tu tanah kerajaan....
memang tak boleh nak buat apo la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:56 AM | Show all posts
mmg melampau tak hengat dunia..mata duitan..ko igt umah ko seblah KLCC
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dari mula aku dah kata tanpa bukti dokument hak milik tak boleh nak bawak kemane..kalu nak lawan guna loyer pun buang duit je.nanti 20k melepas kena tuntut bayar cos ganti rugi plk.dah nama nya tanah gomen layak dpt pampasan nilai rumah usang je
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Seme orang nak duit ..maruah atau logik tolak tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:15 AM | Show all posts
Jelas Ahmad Razif lagi, rekod juga menunjukkan rumah yang didiami keluarga berkenaan dibina atas tanah milik kerajaan.
dah agak dah ni stok duduk secara haram cam indon bangla, pastu ada hati nak claim jota2...  hahahaa...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:15 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-1-2018 08:29 AM
Klu dah xde geran, tolak saja la rumah tu xleh ke..

kang jadi isu kerajaan tak berperikemanusiaan pulak...  semua jadi salah tau bila deal dengan orang yang suka duduk secara haram pastu play victiim...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
melampau la 20 juta... agak2 le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 16-1-2018 08:56 AM
mmg melampau tak hengat dunia..mata duitan..ko igt umah ko seblah KLCC

tu la psl.... nak jd modal politik la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 16-1-2018 11:49 AM

pelik pulak buat urusan jual beli tanah tapi tak da rekod kat pejabat tanah.jual beli guna akad je.ke tanah tu memang maseh hak gomen tumpang duduk buat rumah dan jual beli atas angin. ada orang jual rumah atas tanah yg bukan milik nya.mcm byk berlaku kat tanah setinggan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:32 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 16-1-2018 11:19 AM
tu la psl.... nak jd modal politik la tuh

terpengaruh pangai cina prc
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tanah kerajaan punya. agak2 la nk.minta sampai 20 juta
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.452734 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list