WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden yang semakin kurang popular, Donald Trump pelik dengan pertambahan jumlah imigran di Amerika Syarikat (AS) yang didakwa beliau dari 'negara sampah', antaranya Haiti.
"Kenapa kita nak simpan orang-orang dari negara sampah yang datang ke AS?" kata Trump dipetik CNN yang kemudian disahkan oleh pendakwaraya AS.
Respon Trump lahir selepas senator, Dick Durbin dan Lindsey Graham membentangkan rancangan untuk memotong loteri visa sebanyak separuh dan selebihnya diberikan ke negara 'kurang berprestij' di Afrika dan negara berstatus dilindungi sementara, Haiti.
"Kenapa kita perlukan lebih banyak orang Haiti (di AS)? Halau mereka," kata Trump dalam perbincangan tersebut.
Jurucakap White House tidak menafikan Trump menggelar negara-negara tersebut 'negara sampah' dan jelas serba-salah dengan kenyataan presiden yang disayangi majoriti rakyat AS berkenaan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap White House mengatakan kononnya Trump 'berusaha bersungguh-sungguh mencari penyelesaian untuk menguatkan lagi AS dengan meraikan mereka (imigran) yang boleh menyumbang kepada masyarakat, ekonomi negara dan bergabung dengan AS'.