CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 13

[Tempatan] Lahad Datu: Kekal Hukuman Mati Sembilan Warga Filipina

[Copy link]
Post time 16-1-2018 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Lahad Datu: Kekal Hukuman Mati Sembilan Warga Filipina

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2018/01/15/kekal-hukuman-mati/

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 8:18 PM

Sebahagian individu yang terlibat dalam rayuan kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah dikawal ketat oleh anggota keselamatan ketika dibawa ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya,Isnin.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman  mati yang dijatuhi ke atas sembilan warga Filipina kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad  Datu pada 2013.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan bahawa hukuman mati adalah hukuman yang paling sesuai berdasarkan dapatan fakta-fakta kes.

“Kami berpendapat bahawa sabitan terhadap mereka adalah selamat,” kata beliau.

Panel dengan sebulat suara menolak rayuan akhir yang dikemukakan oleh sembilan lelaki terbabit dan mengekalkan keputusan Mahkamah  Rayuan pada 8 Jun tahun lalu yang mengekalkan sabitan ke atas mereka dan menjatuhi hukuman mati.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua orang hakim Mahkamah Persekutuan  iaitu Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Kesembilan mereka ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54, anak kepada Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Julham Rashid, 70, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 53, Salib Akhmad Emali, 65, Tani Lahad Dahi, 64, Basad H. Manuel, 42, Atik Hussin Abu Bakar, 46, Al-Wazir Osman, 62, dan Ismail Yasin, 77.

Sementara itu, Hakim  Raus juga mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan 14 tertuduh lain atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas berhubung pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Februari dan 10 April, 2013.

Mereka ialah Masir Aidin, 23, Anwar Salib Akhmad, 34, Binhar Salib Akhmad, 32, Abdul Hadi Mawan, 53,  (warga Filipina memegang kad pengenalan Malaysia), Rijmal Salleh, 24, Abdul Majil Jubin, 46, (rakyat Filipina pemegang kad pengenalan Malaysia) Rizman Gulan, 24, Basil Samiul, 38, Totoh Hismullah, 60, (rakyat Filipina yang memegang kad pengenalan Malaysia) Saidili Jaharul, 56, Kadir Uyung, 31, Lating Tiong, 21, Dani Ismail, 61, dan Salib Akhmad Emali (bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas).

Ketika menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan mereka, Hakim Raus berkata mahkamah mendapati bahawa keputusan untuk membebaskan mereka adalah berdasarkan dapatan secara serentak fakta-fakta oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada sebab untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya.

Panel menyampaikan keputusan selepas mendengar penghujahan sebelumnya selama kira-kira tiga jam daripada peguambela Datuk N. Sivananthan dan timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mengetuai pihak pendakwaan.-- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah yg terbebas tu. Gunalah 2nd chance tu utk wt perkara yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
wow, bukan nak backing, tapi mcm pelik je undang2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:03 PM | Show all posts
samasam90 replied at 16-1-2018 11:20 AM
wow, bukan nak backing, tapi mcm pelik je undang2..



ARKIB : 08/03/2013

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam
LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 16-1-2018 07:03 AM
ARKIB : 08/03/2013

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

ok i tarik balik kata2 i...

btw, bukan kat johor pun ada keturunan kiram ke? dia ne ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:23 PM | Show all posts
Padan muka sembilan ekor babu itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 05:28 PM | Show all posts
rashiman replied at 16-1-2018 03:03 PM
ARKIB : 08/03/2013

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

Pekerja akhbar spesies dungu orang susah bukan boleh caya sangat. Mayat di dipenggal dan dicacatkan dia putar belit kata macam lain

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman mati terlalu ringan. Seeloknya mereka diseksa sampai mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya mampus...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Filipina yg ada IC malaysia tu patut tarik semula IC tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadis okeh
Terasa kejam sgt
Hukuman mati tu jela yg layak utk depa
Seksanya polis polis tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:23 AM | Show all posts
warga Filipina memegang kad pengenalan Malaysia


dual citizenship? pegang ic msia pelesu? ic ori tp msia malu mengaku terrorist suluk sbg rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak ingat lagi masa kes Lahad Datu ni mula2 berlaku...Hishmuddin kata kes terpencil (isolated case .  Tak perlu risau
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:40 AM | Show all posts
Moga jadi pengajaran buat yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 5.064494 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list