Jika sebelum ini ramai yang suka popia nestum sebagai snek pasti anda juga akan menggemari menu terbaru ini yang dikongsi dalam Facebook.
Berbentuk seperti kelopak bunga jika lihat pasti anda akan tertarik dan mungkin juga rasa sayang nak makan atau mungkin boleh letak di poket baju sebagai hiasan.
Dimuat naik oleh pemilik Facebook Zura Zul di dalam group Facebook Masak Apa Hari Nie (MAHN) ia mendapat lebih 21,000 Likes dan dikongsi lebih 18,500 pengguna laman sosial tersebut.
Menarik bukan? Kami kongsikan bahan dan cara menyediakan Popia Bunga yang rangup ini.
Bahan-Bahan
1) Kulit Popia (kecil)
2) Sosej
3) Straw Besar
Cara Penyediaan
1) potong sosej nipis-nipis
2) Ambil straw besar dan tekap pada sosej bagi mendapatkan lubang seperti bentuk cincin
Bahan-bahan yang simple sahaja
Foto - Zura Zul
3) Kulit popia yang bersaiz kecil dipotong dua lalu dilipatkan seperti bentuk kipas
4) Ambil sosej yang berlubang tadi dan masukan kulit popia ke dalamnya
Foto - Zura Zul
5) Masukan sosej tadi di tengah-tengah lipatan popia berbentuk kipas tadi
6) Kemudian kembangkannya seperti bentuk kipas
7) Panaskan minyak dan goreng kulit popia tadi sehingga kekuningan dan siap
Foto - Zura Zul
Difahamkan ianya amat rangup dan sedap dicicah bersama sos cili. Cantik sangat sampai sayang nak makan kan? Sesuai juga dihidangkan di majlis-majlis keraian. Selamat mencuba! -CARI |